Thursday, January 5, 2012

Ketua NFC cuba sogok polis, SPRM'?

Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NONESehubungan itu, menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.

Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah".

Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.

NONEMenurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.

NONESebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.

"Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.

Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar".

"Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah. -MK

6 comments:
Write comments
  1. Datuk Shamsul Bahari dikenakan tuduhan kerana menipu Datuk Salleh atas janjinya mampu memberikan khidmat nasihat kepakaran kepada NFC.Tidak timbul soal Datuk Salleh meminta Datuk Shamsul sebagai orang tengah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. semakin lama semakin terbongkar penyelewangan NFC. SPRM maseh nak nafikan lagi.Kalau parti pembangkang punya isu hari22 keluar kat media dan di manupulasikan so berlaku adil lah busuk yg tak boleh disembunyikan lagj

    ReplyDelete
  3. Semakin hari semakin terserlah kebodohan lembu-lembu UMNO, depa ingat depa cerdik sangat dgn kambing hitamkan Datuk Shamsubahrin Ismail, tetapi yg jelasnya ianya adalah arahan pengerusi NFC, tak bodoh ke namanya tu. Tapi orang orang yg bodoh macam lembu ni lah yg kaya raya dan mudah-mudah dapat title Dato' dibawah pemerintahan UMNO BN, tak rasa heran ke tuan puan?

    ReplyDelete
  4. Kita rakyat malaysia mahu yang jelas dan tidak berselindung pada kesalahan2 yang ada.Hanya pada yang hina untuk orang yang memberi dan menerima rasuah untuk menutup kes. Aku tabik sama PKR yang pandai dan selidik perkara NFC. bangkitkan rakyat malaysia untuk Tumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  5. tindakan UrmMNgOk utk mengalihkan fokus drpd isu sebenar... licik!!!

    ReplyDelete
  6. inilah perkara yang perlu di lihat oleh rakyat malaysia sebagai isu yg besar malangnya, mahkamah, polis, sprm semuanya dalam kawalan umno. siapa yang berani bertindak? hakim2 mahkamah, polis, sprm merupakan penyokong tegar umno. jadi siapa yang akan berani menongkah arus? jawapannya - TIADA. kes Taib Mahmod kes rasuah besar juga tapi hakim2, polis, sprm begitu sepi. agaknyalah pemberian RM100 dan RM500 menjelang PRU hanyalah satu sogokan dengan harapan rakyat boleh melupakan rasuah besar dalam kerajaan umno/bn. kalau kes ini berlaku di negara lain, dah lama kerajaan najib tumbang tapi malangnya FELDA hanya satu di dunia, tak kenal rasuah, tak kenal salahguna kuasa, yang mereka kenal cuma duit yang di beri time pilihanraya saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.