Friday, January 6, 2012

BN masih releven di Sabah?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/sabah-bn-umno.jpgKENINGAU: Barisan Nasional (BN) masih releven di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Bingkor dan masih mampu menang pada pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun ia bergantung kepada calon yang akan diletak oleh pucuk pimpinan BN pada pilihan raya nanti.

Naib Presiden Persatuan Kujau Sabah Duni Otob berkata, kalau calon yang diletakkan juara dihati rakyat dalam erti kata sentiasa berdamping dengan rakyat atau pengundi di kawasan ini sudah pasti calon berkenaan akan mendapat majoriti yang lebih besar.

“Bakal calon yang dimakudkan oleh rakyat di kawasan ini adalah anak kelahiran Bingkor yang dikenali oleh rakyat di sini tidak mengira dari mana parti komponen ia datang” kata Duni kepada media di sini pada Selasa.

Duni mendedahkan ramai muka baru yang berminat bertanding di kawasan ini menjelang PRU 13 akan datang.

“Tetapi tekankan kepada pucuk pimpinan supaya lebih teliti memilih dan meletakkan calon di kawasan ini” tegas Duni yang mewakili rakyat di kawasan Bingkor.

Katanya, jangan letak calon dari luar yang bukan kelahiran kawasan Bingkor atau yang hanya timbul semasa pilihan raya.

Duni yang juga Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) kawasan Bingkor berkata, rakyat di kawasan ini mahu calon yang sentiasa berdamping dengan rakyat dan yang mudah ditemui pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama Duni yang merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor memohon penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.33 Bingkor Datuk Justin Guka agar menunaikan janji dalam ucapan kempen PRU 12 2008 di balai raya Kg. Bingkor Baru.

Pada ketika itu kata Duni, Justin merayu kemenangan untuk kali terakhir dan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Kami sifatkan ucapan Justin pada ketika itu memberi laluan kepada muka baru untuk bertaanding di kawasan Bingkor” kata Duni.

Tambahnya, memang rakyat di kawasan ini mahu muka baru pada pilihan raya akan datang asalkan orang itu anak kelahiran Bingkor kerana mahukan pembaharuan di kawasan ini.

-Duni

66 comments:
Write comments
  1. ya releven sedia tangki,zink jamban biru utk org sabah..tu jer pembaharuan yang ada pada BN

    ReplyDelete
  2. SEMEMANG NYA BERITA BAIK...sabah sudah lam ketinggalan dalm semua aspek...menanti kesedaran kdp semua rakyat untuk bertukar ANGIN..kpd PAKATAN RAKYAT!....SABAH NEGERI KAYA TAPI RAKYAT NYA MISKIN...PEMIMPIN NYA KAYA RAYA...minta semua rakyat sabah buka mata dan buka juga hati...sama kita ABUKAN UMNO/BN PADA PRU-13..

    ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!

    ReplyDelete
  3. jika SAPP dan parti jeffry kitingan tdk btanding pru13 maka pr sedap duduk.tp klu mereka btading maka pr hadapi....spt kes prk persiangan lepas BN vs pkr vs SAPP maka undi pembangkang bpecah dan beri kelebihan kpd BN songlap

    ReplyDelete
  4. BN relevan di sabah jika subjek ialah "merekrut PATI jd warganegara"!!!

    ReplyDelete
  5. Bukan senang mau abukan UMNO...Pakatan Rakyat atau STAR yang jadi abu....

    ReplyDelete
  6. Biarlah pengundi di Sabah untuk menentukan sama ada BN masih relevan di Sabah bila PRU-13.

    ReplyDelete
  7. Bagus jugalah bagi peluang kepada muka baru untuk bertanding selepas ini.

    ReplyDelete
  8. BN masih relevan di sabah..

    ReplyDelete
  9. namun, pemilihan calon harus dititik beratkan...kerana pemilihan calon yang kurang tepat, dlm erti kata calon yang tidak disukai oleh rakyat kawasan diwakili atau calon yang malas, maka sudah pasti bn akan kalah..maka kebijaksanaan pucuk pimpinan bn adalah perlu...jangan letakkan kroni sebagai calon kerana pasti akan mengundang kekalahan.

    ReplyDelete
  10. mungkin perlu bagi jentera pilihanraya bn untuk membuat survei di kawasan ditandingi nanti untuk mendapatkan pandangan dan suara rakyat siapa yang patut diletakkan sebagai calon..

    ReplyDelete
  11. muka lama harus digantikan dengan muka baru dari golongan muda..kita perlukan idea dan tenaga yang baru untuk membangunkan negeri kita.

    ReplyDelete
  12. yang pasti pru13 makin dirasai..terpulang kepada pengundi untuk memilih dan mengundi siapa..

    ReplyDelete
  13. let the people of Sabah decide on this matter on the voting polls...

    ReplyDelete
  14. betul, harus bijak memilih calon yang sentiasa berdamping dengan rakyat dan yang mudah ditemui pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  15. it is up to the people who they want to vote during GE-13

    ReplyDelete
  16. biarlah rakyat yang menentukan nasib BN di PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  17. menang atau tidak, kita tunggu dan lihat keputusan PRU nanti

    ReplyDelete
  18. semuanya di tangan rakyat Sabah

    ReplyDelete
  19. relevant or not, we will only know when election comes.

    ReplyDelete
  20. BN will need to buck up their performance. DOn't wait last minute to fix things up.

    ReplyDelete
  21. The people knew whats best for them and they will need to cast their votes to the right party. May the best party win.

    ReplyDelete
  22. We should wait for the next GE for the Sabahans to decide who will continue to lead the state.

    ReplyDelete
  23. BN dilihat masih lagi berpengaruh di Sabah.

    ReplyDelete
  24. kini semua parti berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menguasai Sabah.

    ReplyDelete
  25. apa pun, terserah kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka sndiri.

    ReplyDelete
  26. BN masih releven sebab pembangkang lemah.. asyik bawa rakyat turun ke jalan raya saja dia tau..

    ReplyDelete
  27. PRU nanti kita berpeluang melihat Pakatan Rakyat bersaing dengan Pakatan Borneo.. pembangkang sama pembangkang bersaing, BN terus kekal memerintah..

    ReplyDelete
  28. Harap calon boleh menang yang ditampilkan benar2 dekat dihati rakyat dan boleh diharap.

    ReplyDelete
  29. prestasi BN harus memuaskan supaya rakyat akan mengundi wakil BN

    ReplyDelete
  30. releven atau tidak PRU13 akan menentukan

    ReplyDelete
  31. releven atau tidak biar rakyaat yang menjadi hakim,tunggu siapa yang tersungkur menyembah sungai pegalan.

    ReplyDelete
  32. Hanya jika pembangkang di Sabah kuat dan mantap, maka kedudukan BN akan tergugat. Tapi nampaknya BN masih relevan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  33. BN will win if the oppositions are weak.

    ReplyDelete
  34. BN masih relevan di Sabah..

    ReplyDelete
  35. HAharap calon yang akan bertanding benar2 ikhlas membantu rakyat..bukan yg penting diri sendri dan tidak tau menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  36. BN masih di hati rakyat..

    ReplyDelete
  37. Prestasi BN sepanjang memerintah di sabah, memuaskan hati rakyat..mungkin ada kekurangan tapi masih boleh di perbaiki..

    ReplyDelete
  38. Semuanya terletak di tangan rakyat siapa yang mereka mau undi..

    ReplyDelete
  39. BN masih releven di Sabah? soalan ini kalau untuk org tua boleh la.. ada pemimpin umno/bn hanya pandai bercakap jer.. kawasan sendiri tak pernah dilawati untuk mengetahui masalah kawasan sendiri. ada jalan tidak turap contohnya kg. tinusa 2

    ReplyDelete
  40. BN indeed still strong in Sabah. Lets see how its goes.

    ReplyDelete
  41. Ada yang puas hati dengan Bn ada juga tidak. Terpulang kepada rakyat untuk menilai dan harus juga menilai dengan hati yang tenang.

    ReplyDelete
  42. Hope BN will still strike more for the people.

    ReplyDelete
  43. Indeed Sabah has change but depends how we judge it. With so much resources we have, Sabah not only like now.

    ReplyDelete
  44. Sabah will still deposit to BN. Just wait and see.

    ReplyDelete
  45. UMNOBN masih relevan di Sabah selagi masih ramai rakyat Sabah yg rela dengan kemasukan pendatang asing, rela hasil mahsul Sabah di punggah dan rampas, dan masih rela di perbodohkan. Masa depan rakyat Sabah sangat menyedihkan di bawah UMNOBN akhibat pendatang asing dan pendatang yang tak asing..

    ReplyDelete
  46. betul tu, memang umnobn masih releven di sabah kerana wang dan kuasa, rasuah, mana-mana parti baharu yang ingin bertanding umnobn tidak gentar.. kerana undi rakyat dah dibeli dengan mudah. termasuk calon yang menentang umnobn. begitu hebat umnobn sekarang,

    ReplyDelete
  47. Walaupun, Sabah merupakan negeri termiskin daripada 13 buah negeri di Malaysia , tetapi perkara itu bukan salah penduduk Semenanjung. (Ia adalah kesalahan Kerajaan Persekutuan), tetapi rasa kurang faham penduduk Malaysia Barat terhadap kita - penduduk Malaysia Timur, membuatkan saya merasa malu pada diri sendiri. Sebabnya, mereka - penduduk Malaysia Barat, tidak pernah mengalami apa yang penduduk disebelah Malaysia Timur ini hadapi, tidak sekali-kali mereka memahami keperitan hidup seperti yang kita alami.

    ReplyDelete
  48. Masalah kemiskinan di Sabah yang agak teruk digunakan sebaik mungkin oleh BN/UMNO untuk terus mengekalkan kekuasan mereka. Seperti keadaan tersebut telah dirancang dan sengaja dirancang agar mereka terus berkuasa walaupun di semenanjung BN/UMNO nyawa-nyawa ikan bila-bila masa boleh ditumbangkan. Sabah adalah negeri yang kaya dengan pelbagai hasil bumi, sebut sahaja minyak, kayu balak, hasil laut, pelancongan semuanya terdapat di Sabah. Walaupun Sabah mempunyai pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri apa yang peliknya Sabah antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Tidakkah situasi ini pelik dan menghairankan. Ya! Memang cukup pelik. Tetapi bagi BN situasi seperti ini bukan pelik sebaliknya perkara biasa.

    ReplyDelete
  49. Walaupun pemimpin politik sering menjanjikan pembangunan pada setiap kali pilihan raya akan tetapi janji tersebut sekadar janji manis dimulut supaya rakyat yang hidup menderita terus menyokong BN/UMNO. Itulah taktik BN/UMNO setiap kali menjelang pilihan raya. Rakyat akan diugut dengan janji pembangunan, yang hanya boleh memberikan kehidupan baik kepada rakyat hanya BN semata-mata manakala parti politik lain tidak boleh sama sekali. Tanpa UMNO tidak ada kehidupan yang baik.

    ReplyDelete
  50. kenapa Sabah menjadi negeri termiskin dalam pimpinan BN. Adakah ini membuktikan BN tidak berkebolehan membawa kemajuan kepada Sabah?

    ReplyDelete
  51. Rakyat akan memberi jawapan sama ada BN masih relevan atau tidak.

    ReplyDelete
  52. UMNO masih kuat, bukan senang diambil alih. Semoga semua pihak berusaha untuk membawa perubahan kepada Sabah.

    ReplyDelete
  53. Sabah will still deposit to BN.

    ReplyDelete
  54. bn masih releven, cuma kebodohan rakyat sabah itu sendiri yang tidak mahu perubahan kerana takut dengan bayang-bayang sendiri. sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  55. betul tu. kebodohan macam c neji ni yang menebal..

    ReplyDelete
  56. Relevan ka tak, tepuk dada tanya selera:P

    ReplyDelete
  57. Sekarang ni mahu bising pun susah. Tapi tak mengapa tak lama lagi PRU13 kan, so gunalah peluang yang ada.

    ReplyDelete
  58. Undi calon yang terbaik dan bukannya calon yang menjahanamkan masa depan rakyat.

    ReplyDelete
  59. Semoga setiap pihak memainkan peranan maing-masing dengan baik dan buatlah apa yang patut k.

    ReplyDelete
  60. Apapun, tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga semuanya OK:)

    ReplyDelete
  61. mmg bom!!!!!!! nak PRU aje banyak pulak duit kan.. sblum ni kata duit takde,habiskan utk pembangunan, hutang negara dah lebih 50%, kenekan GST 6% lagi, kurangkan subsidi lah …. tp menteri2 makin kaya, dgn rumah, dgn lembu,dgn sports car, mcm2 …

    yg diorang bagi ni.mmg hak rakyat.mmg tanggungjawab kerajaan utk bantu.tak kiralah BN ke PR.semua bayar tax!! apahal pulak konon2 nampak semuanya duit n sumbangan dari BN BN BN …

    slepas ni tak kira lah , sape2 yg jadi GOV, mmg kene bantu rakyat! slalu,bukan time nak PRU aje!

    ReplyDelete
  62. elok gak..sekali sekala jd pembangkang..nak gak tgk PR buat kerja or cakap jer lebih..kalo x perform kita tukar kpd BN balik

    ReplyDelete
  63. Hentikan pertindihan kuasa,,hentikan badan legiatif dari masuk campur dalam badan kehakiman,,,bebaskan kuasa mahkamah dari mana-mana badan perundangan atau pentadbiran,,,,,saya mahukan keadilan! biarkan rakyat mendapat hak untuk mengundi,,bukan di tangan mana-mana pihak mengikut akta perlembagaan persukutuan tanah melayu 1956! rakyat lebih berkuasa

    ReplyDelete
  64. parti BN sudah tidak popular di mata rakyat, sebab itu dimana-mana ada orang merunggut, isu pendatang asing, harga barang naik, isu gaji kecil, isu salah guna kuasa, isu rasuah, isu kehakiman, isu audit negara, isu menteri kumpul dan kaut harta rakyat, isu menteri khawin artis muda, isu bini menteri berbelanja besar di luar negara, isu wang Malaysia mengalir keluar negara yg banyak ,isu pelacuran menjadi-jadi, isu rakyat kerja swasta susah buat loan, isu duit KWSP di joli UMNO, isu Along bersepah-sepah bagi pinjaman haram lepas tu tak bayar bunuh dan bakar, isu konon org kerajaan atasan buat kerja org bawah kerja buat taik mata, isu yang paling hangat Parti BN kalah teruk dalam PRU13….comming soon…

    ReplyDelete
  65. Yang paling releven dengan BN di Sabah ialah PATI...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.