KINI heboh diperkatakan mengenai keputusan mendadak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan langkah Putrajaya meluluskan permohonan 12 buah parti baru di Sabah.
Spekulasi kini nampaknya bakal menjadi kenyataan ekoran Najib memberi 'lampu hijau' terhadap permohonan mereka untuk mendaftar parti baru.
Ada di antaranya yang sudah menunggu lebih tiga tahun tetapi sebelum ini tidak dilayan, atau dengan lain perkataan, dipeti sejukkan.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada tindakan Najib ini cenderung untuk melihat keuntungan politik yang bakal diraih ekoran kelulusan ini.
Sesetengahnya berpendapat, langkah Najib ini adalah bersifat serangan politik terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian masyarakat pribumi negeri ini yang sudah lama ditindas UMNO dan Barisan Nasional.
Sekiranya lebih banyak parti politik yang bersifat kedaerahan dan kenegerian ditubuhkan, pada sifir politik jahatnya, Najib dapat memecahkan undi pembangkang yang dianggap tidak bersatu kecuali Pakatan Rakyat.
Kehadiran parti politik seperti STAR yang dipimpin bekas Pengerusi PKR negeri, Jeffry Kitingan pula hanya akan membuatkan peluang Pakatan Rakyat untuk meraih undi semakin sukar.
Inilah sebabnya mengapa Najib beriya-iya mahu parti politik yang mendaftar dan sedang dalam proses kelulusan disegerakan permohonan mereka.
Selain isu pemilihan calon yang semakin kusut dalam UMNO sendiri sejak sebulan lalu, langkah terbaru Najib a ini diharap mampu memulihkan jumlah undi yang bakal dipungut tidak kira sama ada majoriti meningkat atau sebaliknya.
Sangka Najib , biarlah kurang majoriti asalkan undi yang diperolehi Pakatan Rakyat dan parti pembangkang berpecah dua atau lebih.
Kini kita sedang menunggu apakah kesemua 12 parti baru yang para pemimpinnya sedang mengadakan rundingan di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Menara MAA di Kota Kinabalu akan tersenyum lebar apabila permohonan mereka bakal diluluskan serta merta.
Persoalan kini adalah, mampukah Pakatan Rakyat melakukan sesuatu hasil daripada kerja jahat yang sedang dilakukan jentera Najib ini?
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sepatutnya tahu permainan licik penuh tipu muslihat ini jika sasaran mahu merampas satu pertiga kerusi parlimen di Sabah tercapai.
Wednesday, January 25, 2012
ROS Lulus 12 Parti Baru Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus juga ASAL BUKAN UMNO.
ReplyDeleteMalaysia sebaiknya guna sistem 2 Parti ( Pemerintah / Pembangkang). Kini UMNO/BN selepas PRU 13 bagi PR kita lihat tempoh 5 tahun tak dapat mengatasi rekod BN rakyat berhak tukar lagi.
ReplyDeletebanyak parti pun buat apa? kalau yang duduk tu.. kebanyakan berudu katak?
ReplyDeletekita lupakan parti2 Lokal yg kece2 tu....Di Malaysia hanya 2 Parti Besar BN dan Pakatan. Adapun parti lokal Sabah itu tidak mampu mengubah Parlimen dan mengambilalih Puterajaya.
ReplyDeleteRakyat Sabah kalau mo perubahan, tumpuan hanya sokongan kpd Pakatan. Hanya Pakatan yg mampu bersaing diperingkat Nasional.
ROS itu sudah tahu, 'Pecah Perintah" adalah amalan mereka. Cuba kalau melibatkan parti 'USNO'...pasti sukar diluluskan...sebab pecah UMNO. Parti2 KDM biar tubuh ratusan Parti lagi bagus....supaya org KDM pecah terus...semua pemimpin parti lokal supaya lebih realistik keupayaan mereka mengubah lanscap politik Malaysia bukan lanscap politik Sabah sahaja....
Pemimpin2 parti lokal itu nanti akan masuk melompat ke parti yg memerintah samada Pakatan atau BN. senang perkiraan politik mereka.
jika begitu, Sabah akan mengalami kebanjiran parti politik. sabah lah negeri paling byk parti.
ReplyDeletejgnlah begitu mudah nak meluluskan parti baru.
ReplyDeleteWell the people will make the decision as to whom the mandate should be given.
ReplyDeleteThis would definitely make the political landscape in Sabah more interesting.We shall wait and see cum GE-13
ReplyDeleteApa motif banyak parti mahu ditubuhkan ni?
ReplyDeleteNajib memang pintar. Banyak parti politik Sabah. Sekiranya parti pro govt akan memberi kelebihan kepada parti BN. sekiranya pembangkang maka undi2 kepada parti pembangkang akan tebagi-bagi.
ReplyDeleteYang penting kasi mantap tu strategik.
ReplyDeleteTerlalu banyak parti parti kecil juga bukan satu perkara yang baik kerana akan memecah belah undian rakyat.
ReplyDeleteLebih baik semua parti kecil bergabung menjadi satu parti besar yang boleh memperkuatkan pengaruh dan kuasa mereka untuk membantu rakyat.
ReplyDeletemore and more party exist in Sabah. the more the merrier:)
ReplyDeleteis it include USNO?
ReplyDeleteSabahlah paling banyak parti di Malaysia tapi paling banyak juga kes2 tanah dan PATI. apa macam ni??
ReplyDeletemakin bertambah kecil la kawasan dan kerusi yang diperoleh bila diagihkan nanti.
ReplyDeleteNampaknya Sabah akan memerima kehadiran banyak parti yang akan bertanding di Sabah.
ReplyDeleteKalau banyak parti maka makin banyaklah pilihan rakyat untuk memilih. Ini memberikan peluang untuk penduduk Sabah menilai dan membuka minda mereka untuk memilih yang terbaik.
ReplyDeletekenapa tidak salahkan pihak yang menubuhkan parti baru itu?? kalau tidak ditubuhkan, dia kata BN takut peluang mereka terjejas.. bila ditubuhkan, dia kata pula mainan politik BN..
ReplyDeletesyukur la BN mula menyuburkan demokrasi di negara ini.. jika pembangkang benar2 mahu menumpaskan BN, kenapa tidak usahakan untuk bergabung saja dengan parti2 baru ini?? takut ada saingan untuk mendapatkan jawatan kabinet??
ReplyDelete