Tuesday, January 17, 2012

Hassan Ali Diminta Dedahkan Siapa Parasit PAS

Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.

“Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

Hasan mendakwa kumpulan parasit itu tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di negeri ini.

Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut.

“Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). -SH

3 comments:
Write comments
  1. Begitulah nasib seseorang apabila dipecat ada saja la kesalahan tempat kita bergantung selama ini, umpama rumahtangga bila bercerai suami isteri macam2 timbul keaiban si isteri mahupun si suami. Masa mula2 bercinta engaku laksana bulan...

    ReplyDelete
  2. Hasan Ali ni tak tau ke parasit sebenarnya ialah orang seperti Ibrahim Ali, Zul Nordin, Ezam, Zahrin and the gang.

    ReplyDelete
  3. Hasan, silalah jelajah seluruh Malaysia, ahlan wasahlan (dipersilakan). Pergilah bagitau seluruh rakyat siapa yg awk fikir parasit dlm PAS! Gunalah seluruh media perdana samada tv3 suku, rtm 1/2 dll utk burukkan PAS/PR. Klau x cukup, guna sama astro awani! Buat statement media tiap2 hari pun x apa. Kami dlm PAS/Pakatan sikit pun x gentar. Cuma kami kesian kat awk hasan, awk telah pun menunjukkan 'belang' awk yg sbnar. Perjuangan Islam ntah kemana, datuk hasan ali ntah kemana. Akhirnya awk telah pun mengikut jejak zul kulim & ibrahim ali. Amat malang & rugi rasanya, org yg ada ilmu agama mcm awk tetap jatuh kedlm lubang & menjadi mcm mereka (zul & ibrahim). Cuma satu saya nak ingatkan, roadshow awk ni hasan, x akan memburukkan PAS/PR walaupun sedikit (walau 1 sen). Yg terjadi adalah, awak hanya lebih memburukkan pandangan org ramai terhadap awk. Tapi awk jgn menyesal la, itu awk yg pilih, bukan kami yg suruh!...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.