Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.
"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU ke-13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pengurus pilihan raya sempena persiapan PRU13 di Kuanatan hari ini.
Katanya, jawatankuasa itu yang dibentuk Ogos lalu telah menamatkan sesi pendengaran awam yang dijalankan ke seluruh negara Jumaat lepas di Johor Baharu.
- Bernama
Thursday, January 19, 2012
SPR: 7 cadangan PSC akan dilaksana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
knp x laksanakan tuntutan yg paling vital-pembersihan daftar pemilih? jika x, mcmana nanti c 'balai polis' pergi mengundi? takut2 nanti c tandas awam' pula menyusul. x siok jg jika c ramasamy mengundi di selangor pd waktu pg n sekali lagi mengundi pd waktu petang di sabah sbg langkawit!!!
ReplyDelete