PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.
Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31.
Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture.
Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris.
Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu.
Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang.
- Agensi / Kosmo
Saturday, January 28, 2012
Pelacur terkenal jadi pereka fesyen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
biasa barang naik?
ReplyDeleteInilah kuasa media.... Dari seorang pelacur biasa dia jadi terkenal sebab pernah jadi tajuk utama akhbar.. Memang hebat.
ReplyDeletepublisiti -ve yg bulih bikin RM...western mentality/culture!!!
ReplyDelete