PARTI komponen Barisan Nasional (BN) berasaskan masyarakat Kadazandusun percaya Parti Reformasi Negeri (STAR) yang dilancarkan di Sabah semalam tidak mempunyai peluang di negeri ini.
Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata parti itu, yang berpusat di Sarawak, hanya 'memeriahkan' arena politik di negeri ini berikutan dasar Malaysia yang mengamalkan demokrasi.
"Kita yakin parti itu tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu juga tidak diterima di Sarawak.
"Parti itu sudah lama 'tidur' dan tentu sekali sudah banyak bermimpi. Sekarang mereka bangun dari tidur kerana mahu memberitahu apa yang telah mereka mimpi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Sabtu.
Beliau diminta mengulas penubuhan cawangan parti itu di negeri ini yang mana bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi pengerusinya.
Johnny, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata parti berkenaan tidak menunjukkan kesepakatan dengan golongan yang turut memperjuangkan hak Sabah dan tidak mahu bersatu dengan parti komponen BN yang mempunyai perjuangan yang sama bagi menguatkan perjuangannya.
"Jika perjuangan mereka sama dengan kebanyakan parti dalam BN, mereka hanya membuang masa dan apa yang mereka buat memang tidak berbaloi," katanya.
Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata kebangkitan semula STAR tidak akan memberi impak besar dalam senario politik semasa di Sabah, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Seperti yang kita tahu, parti STAR ini adalah satu parti yang lapuk yang kini tidak lagi mendapat sokongan ramai di kalangan rakyat di Sarawak.
"Saya melihat kehadiran parti ini di Sabah hanya memenuhi tuntutan demokrasi dan tidak memberi gambaran jelas tentang agenda penubuhannya menyebabkan parti tersebut menaruh harapan dan simpati di negeri lain," katanya.
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata setiap parti akan dinilai oleh rakyat berdasarkan merit masing-masing.
Beliau tidak hairan dengan tindakan Jeffrey menyertai dan membawa parti luar ke Sabah, tetapi keputusan sebenar terserah kepada pengundi.
"Sudah menjadi hasratnya (Jeffrey) untuk menjadi presiden parti dia sendiri dan saya rasa kali ini hasratnya itu sudah tercapai.
"Tetapi saya rasa kita (dalam BN) perlu mempamerkan kepada rakyat bagaimana kita bekerja dan tunjukkan prestasi kerja kita sejak bertahun-tahun," katanya. (BERNAMA)
Sunday, January 8, 2012
STAR Tiada Peluang Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau pun benar mahu tubuhkan parti politik baharu biarlah nama parti politik itu betul2 baharu.
ReplyDeleteBukan mabuk punya cerita ka Jeffrey tu..
ReplyDeleteAbang Jeffery, harap impian anda berjaya pada kali ini, anda seorang yang dilihat sebagai seorang yang pintar disebabkan lulusan daripada HARVARD UNIVERSITI. Satu permintaan sila abang Jeffery iktiraf pendapat orang lain, jika ini masih abang Jeffery tidak dapat ubah, khayalan STAR bolehlah diibaratkan seperti pungguk rindukan bulan. Didalam PKR dulu orang semua tahu apa yang abang Jeffery hasratkan tidak kesampaian akhirnya keluar parti, kali ini DR.jangan ulangi skrip lama, jangan saja belumpun sampai PRU ke 13 parti STAR pula dibubarkan.
ReplyDeleteSaya takut saja STAR ni berkubur macam AKAR atau bertumbuk macam samseng seperti dalam PBRS dulu.
ReplyDeleteStar ini sudahpun berkubur di Sarawak, tapi dibawa ke Sabah pula. Bolehkah mereka berjaya di Sabah?
ReplyDeleteTerpulanglah kepada rakyat sama ada mereka boleh menerima Star di Sabah ataupun tidak.
ReplyDeleteStar is a sarawak based party..i didn't think that Star have a chance to win in sabah..sabahan refer local based party..
ReplyDeletehe already announced the UBA..now the Star..i wonder what else will JK do?
ReplyDelete"Tetapi saya rasa kita (dalam BN) perlu mempamerkan kepada rakyat bagaimana kita bekerja dan tunjukkan prestasi kerja kita sejak bertahun-tahun," katanya.
ReplyDeleteBN harus memperkasakan dan mendedahkan lagi kualiti mereka kepada rakyat yang menunjukkan bahawa BN adalah pilihan terbaik..biarpun Star baru muncul di sabah dan dilabelkan sebagai parti lapuk tidak bermakna Star bukan satu saingan..yang penting BN jangan terlalu leka dan yakin dengan gelaran sabah 'fix deposit' oleh najib kerana perubahan (kecenderungan rakyat) boleh berlaku bila2 masa..
jangan terlalu yakin..gandakan usaha untuk mendekati rakyat dan penuhi semua janji2 yang telah dibuat..
ReplyDeletesama ada Star ada peluang atau tidak, rakyat yang akan menentukan..
ReplyDeleteThe people will decide regarding this matter.
ReplyDeletesi kurup ini menang sebab tipu bah tapi "INI KALI LAH" bukan senang mahu menipu sudah,tunggu si kurup tersungkur di pensiangan nanti
ReplyDeletewe wouldn't know till election comes.
ReplyDeleteWith the many parties in sabah, STAR may have a slim chance in winning the people support.
ReplyDeleteAll the best to STAR. Since STAR is a new party in sabah, STAR will need to plan a strategy to get the people support.. good luck.
ReplyDeleteSejak 2008 pru12 adakah ?....parti baru base Sabah yang di luluskan ...kalau ada semua komen kamu tentang Star betul tapi kalau tiada macam mana........yang ada parti lama tapi tukar nama baru macam cicak kubin tukar-tukar warna kulit .....oooo yaa jangan lupa parti-parti di sabah ni yang base dari seberang tapi banyak juga yang sokong .....Umno , PKR , PAS , KiTA , dan kalau saya tidak silap itu parti pakai gambar roket tu eeemmm......tidak silap saya dari bulan ......dan kalau Star ni parti tidur dan tidak akan ada sambutan.....hidupkan dulu USNO yang dikatakan mati .....kita tengok parti kebanggaan kamu tu ....Umno , PKR , KITA , PAS dapat sambutan lagi atau tidak di Sabah.
ReplyDeleteBetter for us to observe this new party before we decide to give our support to them.
ReplyDeleteWhether Star is capable of winning the people's votes is up to their own way of gaining the people's trust.
ReplyDeletedengan adanya star, makin banyaklah parti ilitk di Sabah ni.
ReplyDeletestar masih baru, mungkin dapat sokongan dan mungkin juga tidak.
ReplyDeleteyang penting rakyat perlu bijak menilai dan membuat pilihan yang tepat.
ReplyDeleteRakayat sudah matang,kematangan Rakayat Sabah atas sebap Pengalapan media Perdana TV1,Hak mandat rakayat sabah sering di rompak senasip dgn Rakayat Perak di mana kerajan katak yg berkuasa apa bila hak mandat rakayat di Rompak.Biarkan Undi POS berkarung2 dan semua pengundi hantu kebanjiran PATI memberi kuasa, sabah tidak berubah,kerana semua kejadian ini sudah menjadi kebiasan,Politik Sabah tidak sunyi dari penipuan dan Rasuah,Ini dapat di lihat banyak keperluan rakayat tidak di Penuhi,malah Rakayat yg ingkar di sinarai hitamkan agar kawasan hitam terus di pinggirkan dan di asingkan dari arus pembangunan dan terus di galapkan oleh media Perdana,dengan alasan kawasan hitam tapi hak mendat rakayat di rompak apabila pemimpin di sogok manjadi katak,namun si katak ini masih mengalapkan segala kesusahan Rakayat malah sanggup menuduh kawasan yg di menanginya kawasan Hitam tidak perlu di beri kemudahan,di mana Jalan raya di abaikan dan Perperitan sawah dan Parit tidak di bina.Inilah keluhan rakayat sabah ketika kami membuat bencian Penduduk dan pemesalahan Rakayat.Mereka menuduh kerajaan dan Berita Perdana Pengalap kensaran rakayat.Malah mereka berdoa agar Suatu hari nanti Allah dapat meradahkan kesansaran kami kata mereak.
ReplyDeleteSetiap parti ada pemimpin nya..maka matematik harus di gunakan bukan sekadar menyatakan bahawa sesebuah parti tu 'BOLEH' menang atas perkiraan PERASAAN saja..tak mengapa SAPP hanya menyuarakan kemahuan mereka saja tp jgn lah sampai bersyarat sebab dr segi strategi kerja sama ianya boleh membawa hanya kepada perpecahan dan hanya tinggal sebagai MIMPI saja..namun FA jgn lah agak kasar berbahasa tu wlu pun ianya ada kebenaran nya..sbb awak bukan org sabah dan tak tau akan situasi politik sabah..sebenarnya BN tidak boleh menang semua kerusi DUN dan PARLIMEN sabah tu klu tidak dgn jalan menipu terutama SPR dan undi hantu yg di gunakan oleh umno/bn
ReplyDeleteSaya harap part2i yg bertanding PRU13 nanti ikhlas dalam memperjuangkan hak-hak rakyat sabah. Malaysia telah merdeka 55 tahun tapi Negeri Sabah masih lagi ketinggalan serba serbi di bandingkan dengan negeri-negeri lain yang ada d semenanjung. kalau rakyat yang mendiami kwsn2 bandar mungkin tidak terasa sangat tapi rakyat yang mendiami kwsn pedalaman masih lagi terpinggir dengan arus pembangunan seperti yang diwar-warkan setiap kali sesebuah parti mula berkempen sehinggalah parti tersebut dapat memegang tampuk pemerintahan..
ReplyDeletejangan Percaya sangat Dengan Parti parti dari sabah ini, Sejarah telah membuktikan bahawa kumpulan katak yang paling besar sekali hidup di bumi Sabah.. mereka bijak memanipulasi kuasa.. untuk hidup sendrian..
ReplyDeleteMungkin engan popularity PR semakin di terima rakyat maka mereka juga ingin turut serta menagihnya,, tetapi boleh percayakah puak puak sabah nie..
apa apa pun elok PR mahupun PKR harus bijak membaca minda pemimpin2 ini dan cara mereka sebelom di terima untuk join angota keluarga PR
parti tempatan Sarawak telah melebarkan sayap ke Sabah, parti tempatan Sabah macam mana pula?? bagi Jeffrey, tidak cukup ka parti pembangkang tempatan yang ada di Sabah??
ReplyDeletekenapa tidak bergabung saja dengan Pakatan? sama juga parti import.. malah lagi besar peluang pembangkang untuk menang jika undi tidak berpecah..
ReplyDeleteKepada Presiden/Pengerusi Parti2 Pembangkang Borneo (Sabah)...utamakan matlamat umum/bersama = menang PRU13 dan menyingkirkan parti2 luar terutama UMNO; Formula(Dgn Syarat; Ada Kerjasama,AdaPengorbanan,Ikhlas & Kesetiaan) dalam pembahagian Kerusi (Harus seimbang)...realisasikan 1 lawan 1. Berjuang lah... usia sudah petang... utamakan masa depan anak2(generasi muda)...bekalkan mereka dgn ilmu dan beri peluang... 1Perjuangan...Kembalikan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Janji memajukan Sabah...kenapa No. 1 termiskin (fikirkan)...undi BN bermakna mau miskin lagi.lagilagilagi...77 x ganda..lama2 gilagilalagi
ReplyDeleteMasih awal untuk meramalkannya. Jangan perlekehkan kekuatan pembangkang. Lebih baik fokuskan kekuatan parti masing2.
ReplyDeleteCan the oppositions cooperate with each other? Why so many opposition parties in Sabah? The chances to win will be little.
ReplyDeletetubuh parti - Masuk PATI, RASUAH, SALAH GUNA KUASA, macam nak maju.. tambahan sabah paling miskin rakyat menderita hanya dpt tangki zink, jamban biru..
ReplyDeleteRakyat Sabah layak dapat hak yang lebih baik sebagai negeri yang kaya dengan hasil bumi,,, Sabah jauh lagi kaya dari Perlis, Melaka, Pahang, Perak, tapi mana hilangnya kekayaan nie suma....
ReplyDeleteRakyat Sabah layak dapat hak yang lebih baik termasuk harga barang yang kini lebih mahal dari semenanjung..kalau harga barangan mahal dari semananjung oleh kerana kos pengangkutan ok kita setuju kalau kita bukan pengeluar tp semuapun kita kena mahal dari semananjung sepatutnya kalau kita pengeluar semananjung la yang harus lebih mahal..dalam bab ini mau ikut perjanjian Malaysia tp 20perkara ada ikut ka?
ReplyDeleteY the obsession 4 local based party? UrmmMNgOk???
ReplyDeleteSTAR masih baru, bukan senang untuk memenang kerusi.
ReplyDeletePertambahan parti pembangkang cuma melemahkan antara satu sama lain.
ReplyDeleteBerkemungkinan parti baru ini mendatangkan kuasa baru, susah diramal sebenarnya.
ReplyDeleteSemoga parti baru ini mengutamakan rakyat dan bukan gilakan kuasa yang akan mengecewakan rakyat dan disingkirkan akhir-akhirnya.
ReplyDeleteAdakah Jeffrey akan disambut baik oleh semua orang di Sabah? BN masih kuat di Sabah sebenarnya.
ReplyDeleteLet the people decide for STAR.
ReplyDeleteBukan senang untuk parti baru memenangi kerusi.
ReplyDeleteSTAR akan mengurangkan undian parti pembangkang.
ReplyDeleteSemua parti baru dan lama harus membaiki kelemahan khas janji-janji kepada rakyat di Sabah.
ReplyDeleteAdakah STAR tidak relevan di Sarawak dan berhijrah ke Sabah?
ReplyDeleteAdakah STAR tidak relevan di Sarawak dan berhijrah ke Sabah?
ReplyDeleteGod bless..
ReplyDeleteMemang tiada peluang menang di Sabah..sebab masih baru lagi..
ReplyDeletejangan terlalu yakin.. Bn perlu sentiasa berwaspada..
ReplyDeleteStar masuh baru di Sabah..susah jg untuk naik dalam masa terdekat ini..
ReplyDeleteApa2pun semua terletak ditangan rakyat.
ReplyDeleteBn jangan pandang remeh hal ini..perlu segera berusaha dengan lebih kuat untuk mengambil hati rakyat.
ReplyDeleteharap yang terbaik pada PRU akan datang.
ReplyDeletePolitik sukar diramal kerana apa-apapun boleh berlaku.
ReplyDeleteBagi saya kemunculan STAR jangan diambil ringan. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan, tak pasal2 usaha berterusan STAR berjaya pula tambat hati rakyat... hehhee
ReplyDeleteSoal peluang itu biarlah rakyat yang tentukan. Kalau rakyat nak bagi peluang pada STAR pun, terpulanglah.. hehe
ReplyDeleteSo BN jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Nanti kecewa pula:P
ReplyDeleteApapun, semua pihak harus berusaha menambat hati rakyat dan bersainglah secara adil.
ReplyDeletetahun ni pertama kali nk pi mngundi..
ReplyDeleterase teruja nk bg markah kt pak-pak menteri ni
dh banyak drama aku tgk
dh bnyk janji aku dengar
dah byk fitnah yg ditiupkan
sampai rasa susah nak hidup kt kota metropolitan ni
kalo kerja gaji beso xper lar
ni gaji ciput jer
harga barang saban tahun makin naik
pak menteri yang dok jaga harga barang asik dok tuko tp hasilnye ttp same
gaji org keje gomen lom naik tp harga brg da naek
ponin,,ponin…
KLU BUAT THN NIE SAH LA SUSAH NAK DAPAT 2/3.. SEBAB PENYEBABNYA :
ReplyDelete1. KAKITANGAN KERAJAAN DAH RASA DIPERMAINKAN… SBPA JADI CARCA MARBA CAM DALCA… YG KAYA MAKIN KAYA… YG SUSAH RASA SENANG SKIT… YG DOK TENGAH-TENGAH X RASA APA… MAKAN CAMTU SAJA..
2. RAKYAT DAH BUKA MATA.. NFC… KES ANUAR.. PELBAGAI MCM LG… ORG POLITIK BUAT SALAH KENA SKIT JA DENDA N HUKUMAN.. RAKYAT BIASA.. PUNYA LA BERLAMABK DENDA N HUKUMAN… X SETIMPAL NGAN KESALAHAN.