Friday, January 6, 2012

Siswa tidak takut ugutan BN!

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/adam-adli.pngPelajar UPSI, Adam Adli menuntut supaya isu menurunkan bendera Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, tidak dimanipulasi untuk menakut-nakutkan gerakan mahasiswa.

Menurutnya, mahasiswa masih konsisten dengan perjuangan mereka menuntut pemansuhan Ak ta Universiti dan Kolej (Auku) dan tidak akan tergugat dengan perkembangan terbaru kontroversi berkenaan


“Kita tak boleh tunggu lagi, sudah empat kali dipinda tapi ia masih lagi berterusan,” kata Adam ke tika membuat laporan berhubung ugutan di pukul oleh seorang anggota polis, di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi 23 Disember lalu.

Adam Adli turut membidas kenyataan pemimpin Pemuda Umno, Dato’ Reezal Merican Naina Me rican kerana memfitnahnya dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Beberapa hari lalu, Reezal Merican dalam Utusan mendakwa saya telah menurunkan bendera dan saya memijak bendera tersebut.

Dalam portal Utusan Online pula ditulis konon nya Adam mengoyak bendera tertera gambar Najib.

“Ini dua fitnah yang dibuat Utusan dan orangorang di belakang Utusan. Kami bukan ahli politik, jika benar anda memusuhi kami maka benarlah kami berada di jalan yang benar,” kata Adam Adli.

Sementara itu, Adam yang menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin UPSI berkata, beliau akan hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut pada 19 Januari depan. -DD

4 comments:
Write comments
  1. So what kalau gambar najib dipijak dia bukan Tuhan! Beratus ratus ganbar najib dalam surat khabar akhirnya dibuang ke tong sampah saja. Jadi apa bezanya dengan gambar Najib pada Bendera dan gambar di surat khabar!

    ReplyDelete
  2. knp la c adam kc turun gambar hj logiut najib selama 5 minit shj, sepatutnya PERMANENT!!!

    ReplyDelete
  3. hoi gambar c logiut kah yang dia kasi turun, tiada apa-apa lah tu aman

    ReplyDelete
  4. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.