TINDAKAN sekumpulan 24 lelaki yang berjudi sabung ayam di kawasan tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan berakhir apabila mereka ditangkap dalam serbuan polis pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata serbuan hasil maklumat orang awam itu dilakukan pada pukul 5.10 petang di satu kawasan lapang berbumbung yang dijadikan gelanggang sabung ayam di kuarters Jabatan Kerja Raya.
Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 60 tahun dan polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan judi itu, katanya di sini hari ini.
Antara peralatan yang dirampas itu adalah tujuh ekor ayam sabung dan sangkar, kerusi, meja, alat penimbang dan sebuah kamera. (BERNAMA)
Thursday, January 26, 2012
Polis Tahan 24 Penyabung Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
golongan hardcore bilang "no pain, no gain"...
ReplyDeletekegiatan sabubg ayam perlu dibanteras. ia judi dan menindas haiwan.
ReplyDeleteThey should have spent their leisure time in a more law abiding manner rather than participating this senseless activity
ReplyDeletecongratulation for the police who manage to contain this senseless activity
ReplyDeleteBesok-besok ada lagi tu..kena pantau lebih kerap.
ReplyDeleteAda juga yang ditahan berumur 60 tahun?? Insaf-insaflah. Buatlah kerja yang lebih berfaedah.
ReplyDeletesabung ayam pun perjudian juga. tiada lesan lagi tu. confirm la salah disisi undang2. memang patut kena tangkap sesiapa yang terlibat.
ReplyDeleteatuk2 sudah pun masih lagi mahu main sabung ayam. Taiko kali durang tu.
ReplyDeletekenapa juga dorang gila sabung ayam tu,, kesian ayam tu.. bgs lagi dorang masak ayam tu.
ReplyDeleteJudi sabung ayam patut diberhentikan, ini adalah perbuatan kejam dan haram.
ReplyDeleteHukuman yang lebih tegas patut dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam perjudian haram seperti ini.
ReplyDeletesabung ayam ni kalau di kg2 ada juga yang jadikan hobi.
ReplyDeletesaya rasa banyak lagi kegiatan macam ni dibuat oleh penduduk2 di kawasan lain. cuma tidak dapat dikesan.
ReplyDeletebagaimana dengan perjudiaan mesin haram yang ada. Harap pihak polis akan memandang serius perkara ini.
ReplyDeleteaktiviti ini sukar untuk ditangani kerana biasa berlaku dikawasan luar bandar.. lokasi sentias berubah dan tersembunyi.. tapi jika orang ramai boleh salurkan maklumat, kerja pihak berkuasa mungkin menjadi lebih mudah..
ReplyDelete