Negara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.
Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.
Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.
Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.
Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.
Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.
Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.
Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.
Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.
Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.
Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.
Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.
Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.
Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.
Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.
Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.
Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.
-http://siasahdaily.blogspot.com
Friday, January 6, 2012
Keputusan kes Anwar akan gugat Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
samada AI didapati bersalah @ x, BN bakal mengisi tong sampah [bukannya setakat najib n UrmMNgOk shj]!!!
ReplyDeleteRamai org khas org Melayu hanya melihat dan menyaksikan kekalutan politik sekarang ini di antara BN & penyokong Anwar yg juga org Melayu. Ramai org Melayu yg tidak melihat mengapa kekalutan politik bangsa Melayu ini semakin parah. Mungkin kita tak pernah terfikir untuk menyalahkan Tun M dlm perpecahan bangsa Melayu ini.Mungkin masih ramai yg mengagungkan PM terdahulu termasuk Tun M atas wawasan 2020...tetapi pernahkah kita berfikir apa yg terjadi sekarang ini kepada org Melayu dlm Ugama Islam dan rumpun yg sama berpecah hingga melemahkan kuasa org Melayu...atas pimpinan dan angkara siapa ini terjadi?
ReplyDeleteBiarlah rakyat pulihkan melalui pakatan rakyat pula.54 tahun rakyat memberi masa untuk umno tapi yang dapat wujudnya amalan kronisme, pembaziran, rasuah ketirisan dan harga barang naik melonjak
ReplyDeletekami mahu perubahan, hapuskan amalan rasuah, pembaziran serta penyelewengan wang negara, demi menyelamatkan negara dan rakyat malaysia, begitu juga ketelusan dalam khidmat jabatan kerajaan, banyak penyelewengan dan rasuah yg merugikan kerajaan, kedatangan pendatang asing juga, tanpa dicontrol oleh kerajaan yg bekerja dimalaysia sama ada dibidang perindustrian dan perniagaan tanpa diambil tindakan atau peduli oleh pihak berkuasa dibawah kerajaan, membuatkan ada sesetengah rakyat malaysia dipingir dan dianaktirikan, kebanyakan pendatang bukanya pembayar cukai tapi apa kemudahan yg rakyat malaysia dapat mereka pun dapat, ini merugikan lagi negara dan lebih-lebih lagi rakyat malaysia, kerana adanya persaingan, kerajaan perlu mengutamakan rakyat, tapi tidak, kerana apa? kerana rasuah yg berleluasa. BUAT MASA INI KAMI RASA, PR ADALAH PARTI TERBAIK UNTUK MENYELAMAT KAMI DAN RAKYAT MALAYSIA DARI SEMUA PERMASALAH TERSUBUT.
ReplyDeleteUntuk membuat perubahan dalam UMNO Perdana menteri tidak mempunyai keupayaan kerana Najib sendiri banyak terpalit dengan kes berpofil tinggi yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam UMNO Rasuah telah menjadi barah. Seperti mana kenyataan Shahrizat baru baru ini menyatakan "Siapa dalam Kabinet UMNO yang tak ada Rasuah" Ini sudah cukup membuktikan bahawa Rasuah memang terdapat dalam kabinet UMNO. dan terbaru Marina Mahathir berkata Najib lebih teruk dari Bapanya. Ini bermakna Mahathir juga melakukan salah guna kuasa dan rasuah sewaktu pentadbiranya.
ReplyDeleteHutang Negara telah mencecah 54% dari KDNK (480 Billion). Hanya tinggal 1% saja lg yg akan menyebabkan Negara Muflis. Dgn cara pemborosan dan ketirisan yg tak dapat dikawal ini....kebangkrapan Negara pasti berlaku.
ReplyDeleteUtk mengambil tindakan pendakwaan keatas Menterixnya sendiri pun Najib tak berani...apa tah lagi "Umno hard-liners" dan belum lagi kaum kapitalis yg mendesak utk keuntungan maksimum.
Serahkan saja lah kpd PR utk menguruskannya...kerana telah terbukti PR mampu menanganinya.
Cth:
Kjaan PP telah berjaya membayar hutang yg ditinggalkan oleh Kjaan BN dulu dari RM630 juta...kpd RM30Juta sahaja.
Kjaan Selangor telah berjaya meningkatkan Wang Simpanan Kjaan Neg dari RM600Juta kpd RM1200 Juta.....
Dan banyak lg faedah yg rakyat dapat di Negx PR yg tidak dihebahkan oleh Media Perdana...
umno gunakan isu org MELAYU utk tarik org2 tua2 yg tak reti bukak internet.terutama org sabah la yg hanya tgk berita kat tv dan baca yg telah dipolitikkan.. hanya tunggu dibagi tangki, zink, dan jamban biru untuk menyokong umno/bn.. bikin hairan orang sabah.. hnya itu saja ada dlm fikiran mereka.
ReplyDelete