Jingga 13 semalam menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato Setia Haji Ambrin Bin Buang berhubung Penyelewengan dan Salahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Encik Shamsuddin Hussain.
Jingga 13 diketuai oleh Ketua Koordinator, Fariz Musa telah hadir ke Jabatan Audit Negara di Presint 2, ditemani oleh 10 orang ahli-ahlinya pada pukul 2.00 petang.
Ketibaan NGO tersebut disambut Pegawai Khas, Jamilah Binti Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat.
Pertemuan selama 15 minit tersebut berlangsung secara baik.
Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010.
Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula'.
Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain didakwa melakukan penyelewengan wang zakat yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini terdapat kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.
Pada 30 Disember lalu, Jingga 13 hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi individu Datuk Che Mat Che Ali serta Shamsuddin Hussain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kepada seluruh umat Islam berhubung isu penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). -tvsnews
Friday, January 6, 2012
Wang Zakat: NGO Serah Surat Kepada Ketua Jabatan Audit Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Katakanlah wang zakat itu x salah (walaupun saya sendiri tetap menganggap salah, krn bertentangan dgn jamhur ulamak) utk dipergunakan, sperti diputuskan mesyuarat khas jawatankuasa perundingan hikum syarak, ianya tetap salah & HARAM! Knape? Krn wang zakat itu telah digunakan utk tujuan yg salah, iaitu menghalang dgnnya saudara Anwar Ibrahim mendapat keadilan Islam yg sewajarnya melalui mahkamah syari'ah. Apakah patut wang zakat yg SUCI dicemari dgn membayar kos guaman yg bersifat menghalang keadilan Islam terlaksana? Sudah pasti hukumnya HARAM. Sekali lagi saya memohon jamil khir selaku menteri agama, memohon ma'af pd seluruh rakyat malaysia krn menyalahgunakan wang zakat itu (sperti tuntutan ngo jingga 13)!!...
ReplyDeleteINILAH PUNCANYA APABILA WANG YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK FAKIR MISKIN DAN ORANG ISLAM DI SALAHGUNAKAN, MAKA APABILA GOLONGAN FAKIR MISKIN ITU TADI MENERIMA BANTUAN DARIPADA ORANG LAIN DAN JUGA DARI BUKAN ORANG ISLAM, ADA DI ANTARA KITA YANG MELLENTING TANPA USUL PERIKSA.
ReplyDeleteSENTIASA INGIN MENCARI KESALAHAN DAN KESILAPAN ORANG LAIN SEDANGKAN TIDAK SEDAR BAHAWA IANYA BERPUNCA DARI HILANGNYA SIFAT AMANAH DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DI BERI SERTA MENYALAHGUNAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DI PIKUL.
KITA AMBIL CONTOH, SEMASA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SEBUAH SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR TIDAK LAMA DULU.
DENGAR KHABAR, PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM AMBIL MASA 2 BULAN UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN SEMASA TRAGEDI TERSEBUT, SEDANGKAN PIHAK LAIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM HANYA MEMERLUKAN TIDAK SAMAPAI 5 HARI UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN.
AKUI SAHAJA KESALAHAN DAN KESILAPAN SENDIRI DAN JANGAN CUBA MENEGAKKAN BENANG BASAH.
Inilah UMNO yang salah gunakan zakat untuk kepentingan peribadi. Wang zakat sepatutnya digunakan untuk membantu fakir miskin bukan bantu menteri. Kalau macam tu bagus pembayar zakat salurkan sendiri wang zakat pada orang yang memerlukan. Inilah UMNO yang sudak tidak releven lagi. Najis!
ReplyDeletePelik betul ketiga-tiga mereka bolihlah dikatakan 'alim dalam bab hukum hakam tapi bolih berbohong, memutar belit fakta yang sebenar...itulah sebabnya UMNO tak Islamic macam mana orang Melayu khasnya meyakini UMNO bolih menjaga Agama Islam yang dikatakan Agama Resmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama...Subhanalla...saya menyarankan rakyat khasnya orang Melayu kena berfikirlah untuk menentukan negara di masa akan datang terutama kepada Agama dan Bangsa.
ReplyDeleteKes ini melibatkan kes Qazaf...Adakah kes Qazaf tu boleh mjdkan seseorg itu asnaf fisabillillah??...menghalalkan cara??...fisabillillah ke ...mereka yg menyokong.. 'tak mahu' hudud atau menyokong mmperlekehkannya???..
ReplyDeleteDuit zakat boleh didahulukan membayar peguam??.. kemudian kerajaan di bwh BN dilihat membayar semula duit zakat yg tlh digunakan tersebut... guna duit kerajaan??
Maknanya kerajaan secara tak langsung bayarkan 'upah' atau 'komisyen' kpd khususnya Jamil Khir.. mungkin krn 'berjaya' dlm kes Qazaf tersebut atau mungkin sbg 'tanda penghargaan'??.. mana gi duit Jamil Khir???... klu ye pun .. kenapa Jamil Khir tak byr sendiri guna duit dia??...
Tak Faham.. pusat zakat bukannya bank... mana ada ertikatanya 'beri pendahuluan/pinjaman' dlm zakat ... Zakat utk diberi shj kpd 8 asnaf.. beri kpd negara??... pusat zakat belu...Lihat seterusnya..
Duit zakat ialah hak umat Islam dan bukan hak individu tertentu. Menggunakannya kearah yang tidak menguntungkan umat tidak sepatutnya berlaku apa lagi untuk kegunaan peribadi. Sebagai golongan agamawan tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Mereka bukan rakyat biasa yang tidak memahami agama akan tetapi mereka pemimpin yang berpendidikan agama.
ReplyDelete