SEMENTARA BN belum ditumbangkan di Pusat, RTM terus menjadi alat propaganda politik parti mereka. RTM adalah agensi kerajaan Pusat, kakitangannya mendapat gaji dari duit rakyat tetapi mereka tanpa malu dan segan bekerja seolaholah staf biro penerangan BN.
Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sentiasa menjadi mangsa fitnah RTM. Terbaru, melalui rancangan Titik Sentuhan Segera Bertindak RTM, Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah difitnah kononnya tidak pernah menangani masalah jalan rosak di Kampung Hilir, Teluk Talipon, Kubang Rotan.
RTM menemubual penduduk dengan jawapan yang telah disediakan skrip lebih awal.
Kononnya YB tidak pernah turun padang dan mereka tidak kenal pun siapa YB. Orang yang mengaku tidak kenal YB itu ialah orang yang sangat dikenali oleh Nasir sendiri, dan orang itu juga yang mengadu masalah mereka kepada Adun Kubang Rotan itu.
Maknanya orang kampung itu diajar berbohong di hadapan kamera RTM.
Apabila mendengar rungutan penduduk, beliau tidak putusputus turun padang meninjau masalah sebenar. Rupanya kerosakan itu berlaku sejak zaman BN tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu.
Oleh kerana jalan terbabit adalah jalan MADA, maka Nasir menghubungi pihak berkuasa Perlaksanaan Koridor Ekonomi Utara (NCER) malangnya tidak dilayan.
Langkah yang diambil oleh Nasir seterusnya ialah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Permohonan rasmi dibuat. UPEN mengajukan kepada Pejabat Daerah, lalu mengeluarkan tender. Kontraktor pun dilantik segera dan jalan sejauh lebih satu kilometer itu berjaya diturap sepenuhnya dengan menggunakan duit
peruntukan kerajaan negeri. Apabila jalan tersebut siap sepenuhnya, datanglah RTM membuat liputan dan tersiarlah dalam laporan mereka yang mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan Pusat. Sudahlah berbohong kononnya Adun PAS tidak buat kerja, menipu pula bahawa bahawa jalan tersebut dibuat Pusat.
Ia mengingatkan kita kepada peristiwa wartawan RTM diherdik oleh Menteri Besar dalam isu banjir besar melanda Kedah dahulu. Menteri Besar yang siang malam meredah banjir untuk bersama mengharungi penderitaan rakyat dituduh hanya berpeluk tubuh.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang telah berbelanja sehingga RM2 juta untuk bantuan awal berupa makanan serta keperluan asas dituduh tidak menyumbang apa-apa, walhal Pusat tidak mengeluarkan 10 sen pun di peringkat awal.
Siapa yang tidak hilang sabar dengan tuduhan yang sangat jahat itu. Herdikan untuk wartawan pemutarbelit dari RTM dikira amat lunak kerana sepatutnya mereka “dipelempang” sahaja.
Dakwaan RTM bahawa jalan di Kubang Rotan itu diturap oleh kerajaan Pusat membuka persoalan lain, iaitu benarkah peruntukan Pusat telah digunakan? Jika ada pihak yang membuat tuntutan terhadap projek penurapan jalan tersebut sudah pasti ia adalah tuntutan palsu. Kontraktor serta pihak yang membenarkan tuntutan tersebut harus dipertanggungjawabkan kerana mereka menuntut ‘hasil bayaran kerja’ dari kerajaan Pusat sedangkan kerja dibuat oleh kerajaan Negeri. Kerajaan negeri pula telah menyempurnakan bayaran kepada kontraktor lantikan mereka sendiri.
Berasaskan laporan RTM itu juga Adun Kubang Rotan telah membuat laporan polis dan laporan SPRM. Sekarang pihak yang terbabit terpaksalah berhempas pulas berjawab dengan SPRM di atas penyelewengan yang kelihatan berlaku dalam isu tersebut. Mula-mula hendak mengenakan orang lain, diri sendiri pula yang terperangkap.
Apa yang berlaku di Kubang Rotan hanyalah satu kes dari beratus penipuan yang telah dan akan dibuat oleh RTM menjelang pilihan raya. Persoalan besarnya ialah RTM adalah agensi kerajaan. TV3 juga adalah jentera propaganda BN namun ia milik swasta justeru ia mungkin ada ‘hak’ untuk berpihak. Apa hak BN untuk berkempen bagi pihak BN?
Cuba bertanya, berhakkah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat hanya memberi bantuan untuk penyokong BN dan tidak kepada penyokong PAS?
Berhakkah sekolah atau universiti menyekat anak-anak ahli parti pembangkang dari mendapat pendidikan di institusi milik kerajaan, sedangkan pelajar tersebut memiliki syarat kelayakan? Jika kerajaan berbuat demikian tentu ada peguam yang akan membawa kes tersebut ke mahkamah.
Peguam kita kena memikirkan juga untuk membawa satu kes ke mahkamah terhadap RTM yang boleh dijadikan teladan, agar selepas ini mereka tidak berhak (mengikut undang-undang) berpihak kepada mana-mana parti politik kerana mereka adalah agensi kerajaan yang sepatutnya melayan semua rakyat secara adil.
Akan muncul banyak lagi laporan bohong memburukkan Pakatan Rakyat – parti, kerajaan dan para pemimpinnya oleh RTM. Akan timbul lagi cerita palsu kononnya beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan keluar parti sertai parti komponen BN.
Akan muncul banyak lagi cerita fitnah ala video seks Anwar. Semua ini perlu ditangani oleh Pakatan jika mahu menjayakan misi menumbangkan BN di Pusat.
-http://www.wartautara.com
Tuesday, January 3, 2012
RTM tipu isu jalan Kubang Rotan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RTM - entiti penting dlm kapal lanun UrmMNgOk!!!
ReplyDeletememang ada ruang. ruangan utk serangan fitnah umno. depa ni x paham isu ka? masalahnya ialah akhbar tersebut merupakan media arus perdana. paper tu la yg depa pi buh kat library, sekolah, pejabat, ruangan menunggu. harakah dan suara keadilan kan utk ahli. siap ditulis lagi kat muka depan. dan 2 akhbar tu bukan media arus perdana.
ReplyDelete"Misalnya dalam tV1,Tv2 dan TV3. akhbar Utusan Malaysia, pembaca boleh membuat analisis kandungan mengenai berita kita. Di Utusan, kita beri ruang kepada pemimpin pembangkang dalam kandungan berita. Cerita pasal Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Hasan Ali dan pemimpin DAP serta PKR, semuanya ada.
ReplyDelete~Memang ada, tapi yang buruk2 je la~.
RTM tipu rakyat.
ReplyDeleteKenapa RTM tak siarkan jalan Telipok Tampulan Lawa Mandau yang hanya sesuai untuk laluan kerbau? Apa kerajaan buat untuk membaiki jalanraya ini yang digazetkan sebagai jalan perseketuan! Inilah RTM PENIPU RAKYAT
ReplyDelete