Tuesday, January 31, 2012

NFC: Suami Shahrizat Arah Shamsubahrin Rasuah Polis

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

Beliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."

Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya. -mk

4 comments:
Write comments
  1. betul tu. Tapi biarlah mcm tu. Berani kerana maruah. Kita hrap lama kelamaan rakyat Malaysia akan berani mcm ni supaya semua kebobrokan penyalahgunaan kuasa akan terhapus. Syabas Datuk Shamulbahrin...

    ReplyDelete
  2. tgk la jp lg die tarik blk statement die nih.. slalu sgt camni.. boring siut politik kotor malaysia nih..

    ReplyDelete
  3. SPRM pun tak boleh apa-apa kerana mereka ni maseh menunggu arahan suara ghaib utk mengambil tindakan tp kalau bg anggota PR tak payah tunggu arahan suara ghaip terus ambil tindakan dan dituduh di mahkamah.lepas tu media arus perdana terus mengeluarkan berita secara besar-besaran utk mengaibkan seseorang

    ReplyDelete
  4. ini lah kebaikan demokrasi.
    - sesebuah negara mesti ada parti pembangkang yang kuat.
    Tugas mereka adalah mengorek , membersihkan dan check and balance.
    Parti Pembangkang yang rajin menegakkan keadialan patut disokong jadi parti pemerintah. rakyat mahu ketulusan , sebab malaysia ini milik rakyat , bukan milik umno.
    - Bayangkan lah kalau umno runtuh di Pru13 , mereka masih tak mengerti cara mana mengorek , membidas dan memperjuangkan untuk rakyat , memang parti umno parti perompak. biarlah rakyat hapuskan parti bangsat ini. kua kua kua.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.