DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sukau dan Gum-Gum, Datuk Mohd Saddi Abdul Rahman dan Datuk Hj Zakaria Hj Eddris yang mewakili Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS); merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan pagi kelmarin bagi membantah perhimpunan “Kempen Bebaskan Anwar 901” yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Januari ini.
Kata Zakaria, tindakan parti pembangkang khususnya para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan perhimpunan tersebut akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara.
Berikut isi kandungan penuh laporan polis No Report SKN/RPT/0279/2012;
“Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) yang merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai di negeri Sabah membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan ‘Kempen Bebaskan Anwar 901” di ibu negara pada 9hb Januari ini’.
Perhimpunan itu hanya akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara. SABAS merayu kepada pemuda-pemudi terutama sekali ahli SABAS agar jangan terlibat dengan kempen Bebaskan Anwar 901. Kempen tersebut merupakan kempen berbahaya dan boleh dianggap sebagai satu bentuk ugutan kepada sistem kehakiman negara.
Kempen ini lebih bersifat untuk kepentingan peribadi dan secara dasarnya memperlekehkan sistem perundangan negara. Perhimpunan jalanan bukannya satu cara penyelesaian yang bijak malah mengakibatkan kesan negatif yang sangat serius terhadap imej negara kita.
Kita telah mendengar dan melihat keadaan hura hara di Negara luar akiibat daripada kempen-kempen seumpama ini yang mengakibatkan keadaan hura-hara dan ketenteraman yang tidak stabil.
Laporan polis ini dibuat agar pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur Kempen sedemikian dengan seberapa segera kerana tindakan mereka itu boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian Negara.”
Dalam sidang media yang diadakan di hadapan perkarangan Balai Polis Sandakan sejurus selepas laporan dibuat, Zakaria menjelaskan tindakan pihak pembangkang berbuat demikian telah melanggarkan tatatusila rukun negara yang boleh menimbulkan pelbagai kejadian yang tidak diingini.
Kata Zakaria lagi, biarlah undang-undang yang menentukan nasib Anwar jika beliau di pihak yang benar, tidak perlu bimbang atau takut. Sebaliknya jika dia dapati bersalah, kita kena menerima hakikat yang dia bersalah wajar dihukum.
“Kita tidak boleh bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan implikasinya dan jadilah parti pembangkang yang sihat agar disenangi oleh rakyat jelata dan bukan menjadi satu parti yang berunsur militant,” ujarnya.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN
-Sabahkini
Sunday, January 8, 2012
NGO Bangsa Sungai Tentang 901
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
belum pertumpahan darah pun
ReplyDeletebegitulah kesah nya..PDRM di sbbkan berkawan dgn PEMIMPIN PEBOHONG maka pembohongla jadi nya...mesyuarat lain keputusan bila buat sidang media dah lain jadi nya..kenapa jadi begitu sbb mereka dah terikat dgn dgn janji PEMIMPIN RASUAH sekian lama...makan duit HARAM...HRAMJADAH JDI NYA...kamu boleh hindari PEMIMPIN RASUAH tapi kamu tak boleh lawan KEHENDAK SUARA DAN KEHENDAK RAKYAT YG MEMBAYAR GAJI KAMU SEMUA...kuasa kamu bergantung kepada rakyat bukan KPD PEMIMPIN RASUAH UMNO...Demonstrasi Aman adalah hak rakyat malaysia di bawah perlembagaan!
ReplyDeleteABU....ASALKAN BUKAN UMNO!
NGO sidang2 Melaka yang BEBAL, daripada kalian demo bantah polis beri izin, lebih kalian demo depan pejabat KM Melaka minta dia turun kerana pengamal rasuah tegar masih menjawat jawatan ketua menteri. Satu pasu pokok bunga pun berharga RM500, mana tak lingkup duit kjaan negeri Melaka. NGO bebali ni, kalau Perkasa katak buat demo, ngo bebal pun jadi bisu, pekak badak dan buta!!!
ReplyDeleteNGO memperjuangkan HUMAN RIGHT,,, nampaknya NGO kat malaysia ni adalah NGO yang memperjuangkan undang undang rimba yang jauh ketinggalan dengan negara2 lain,,, ini soal hak asasi manusia...sapa pon boleh berhimpun untuk memberikan sokongan kepada individu,,, kenapa harus menidakkan keputusan polis...apa istimewanya NGO Malaysia..
ReplyDeleteMemang sah NGO ni dari puak puak Tok Ali, Ngo yang diupah dan telah dicucuk hidung termasuklah Prakatak Perkasa.mereka seolah olah takut dan gerun dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman regim Be end.Wahai rakyat malaysia, bangkit lah, mari kita sama sama jayakan 901.bebaskan malaysia dari cengkaman kezaliman.
ReplyDeleteDiharapkan perhimpunan aman ini akan kekal aman.
ReplyDeleteTapi perhimpunan jalanan bukanlah cara penyelesaian yang terbaik, jangan pula jadikan ini sebagai budaya kita.
ReplyDeleteKesian orang Sabah ...itulah siapa suruh terima UMNO masuk Sabah hari-hari kena jual oleh UMNO....Hidup miskin yang kaya pendatang Pakistan, Indonesia dan Cina....Anak tempatan jadi kuli , pemimpin tempatan selalu kena jual...
ReplyDeleteThere's no point to object to the gathering as they have obtained the permission from the police with the condition they conduct themselves in a civilized and orderly manner.
ReplyDeleteregardless the outcome of the trial, the judiciary system must be respected and uphold
ReplyDeletebanyak pihak yang tidak bersetuju dengan perhimpunan yang dirancang.
ReplyDeleteperhimpuan atau demo tidak seharusnya dijadikan sebagai budaya kerana boleh memberikan pelbagai kesan buruk.
ReplyDeleteperhimpunan tersebut telah diadakan, dan keptusan kes menunjukkan Anwar tak bersalah.
ReplyDeleteTidak ada yang setuju dengan perhimpunan tersebut. Maka harap perhimpunan tidak perlu dilakukan.
ReplyDeleteNasihat saya kepada NGO2 berkenaan tak usahlah menyibuk! Pergilah buat kerja membantu anggota2 dari segi ekonomi dsbnya. Banyak lagi yg perlu tuan/puan tolong dan bantu anggota. Kalau nak cari nama tak payahlah.
ReplyDeletekebangkitan rakyat menentang kezaliman regim Be end. Wahai rakyat malaysia, bangkit lah, mari kita sama sama jayakan 901.bebaskan malaysia dari cengkaman kezaliman itu pokok pangkal perhimpunan dibuat
ReplyDeleteapa lagi mahu tentang.. Anwar sudah dibebaskan..
ReplyDeletetidak payah la tentang.. nanti bila ada saudara mara kita didapati bersalah oleh mahkamah, kasi kumpul saja saudara2 kita atau kawan2 kita seberapa banyak yang bolah, kemudian buat bantahan di depan pintu masuk mahkamah.. semua penjenayah patut dibebaskan dengan kaedah baru ini.. amacam??
ReplyDeleteKalau tiada siapa yang peduli, tiada siapa juga tu pertumpahan darah dan sebagainya.
ReplyDeleteMana2 rakyat yang ikut serta perhimpunan tu memang membuang masa saja.
ReplyDeleteapa motif SABAS sehingga membuat laporan pada PDRM, sandakan-semenanjung jauh sangat, tak pun ganggu rakyat sandakan. Ingat bangsa sendiri masih di tahap miskin kerana pemerintah yang ada sekarang.Jangan jadi talibarut BeND
ReplyDeleteHmmm...ada kesankah juga bantahan mereka ni?
ReplyDeleteToo late, the police has given their permission.
ReplyDeletebikin malu SABAS jer..
ReplyDeleteSecara peribadi saya melihat sejak akhir-akhir ini sebilangan kecil pemimpin kita terlalu ghairah untuk menggunakan atas nama badan-badan NGO untuk melakukan provokasi melalui agama dan bangsa untuk memecahkan hubungan kaum yang sudah berkurun lamanya hidup harmoni. Jika sikap sebilangan pemimpin yang bertopeng badan NGO ini tidak dihentikan, saya yakin tidak semua orang M elayu bersetuju akan agenda di sebalik protes yang dilakukan.
ReplyDeleteKasihan betul SABAS ni..., rajin rajinlah buka internet. Banyak maklumat di sana.
ReplyDelete