Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.
"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.
“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.
"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar. -MK
Tuesday, January 3, 2012
Pakatan hadapi kemungkinan Anwar dipenjara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengaku negara islam tp kes khalwat & Murtad dbicara dimahkamah sivil????itu pun x boleh pikir ke ??islam menganjurkan agar intipati agama itu diterap didalam kehidupan dan pemerintahan....tp k'jaan ada buat????, mengucap dn beristighfar jgn melenting krn benci kn anwar...kalau benar anwar bgitu sya pun benci tppppppppppp biarlah ia diadili mengikut sistem pengadilan yg dituntut didalam alquraan nil hakim.kita wajib menjunjung isi alquraan krn ia adalah peringatan kpd manusia.
ReplyDeleteklu pun AI didapati bersalah n masuk penjara, x mungkin 28 juta rakyat negara ini semuanya BUDUH!!!
ReplyDeleteDSAI dipenjarakan- perjuangan DSAI selama ini tidak sia-sia, dan rakyat semakin matang mengenai politik UMNOBN.Rakyat semakin menyokong PR
ReplyDeleteDSAI dibebaskan- kekuatan PR akan semakin kukuh.
memang sukar menjadi pemimpin seperti Anwar yang diserang tanpa berhenti. Kenapa perlu takut pada Anwar jika dia memang seorang tak bermoral? Kalaulah betul Anwar tak bermoral dah lama dia ditolak ketepi. Hukum alam biasanya benar tak seperti aturcara yang dicipta manusia. Jadi, kenapalah Anwar boleh bertahan begitu lama walaupun terus terusan dimalukan tanpa rasa kasihan. Butakah pengikutnya yang berjuta2? Atau apa?
ReplyDeleteTeruskan Perjuangan Saudara ku....Hidup dan mati hanya di tangan Allah SWT bukanya di tangan Pemimpin yang kejam....Demi Rakyat, Untuk Rakyat dan Kepada Rakyat......Musnahkan UMBO&BN.....Ingatlah! Nabi Muhammad S.A.W juga di hina oleh Abu Jahal..Iman Hanafi di bunuh oleh Khalifah Islam yang kejam.......
ReplyDeleteJika kita analisa dan perhatikan. Setiap penentangan, kritikan, pendedahan, pembongkaran, kenyataan yg benar& ikhlas terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan Bend terutama UMNGOK adalah umpama hempedu @ racun. Individu berkenaan akan d'anggap musuh dan harus d'hapuskan walau bgmana cara sekalipun. Itulah cara dan kaedah yg digunakan oleh pemerintah masa kini. Apa yg pasti.... tindakan tersebut menyerlahkan sifat2 yang ada didalam diri pemimpin-pemimpin utama negara kita, iaitu= Pengecut, Bacul, Hasad Dengki, & Penakut dlm bersaing di alam arena politik negara kita.
ReplyDeletekekuatan PR bkn pd anwar smata2....lebih drp itu ia menjurus kpd kesedaran dn perubahan minda yg ada pd rakyat.Akhirnya majoriti pengundi adalah kalangan generasi muda yg tidak mudah utk disogokkn dgn perkara2 yg tidak berfakta dn sahih.
ReplyDeleteSemakin hari, semakin dekat tarikh 9JANUARY ....lupakan sebentar DS ANWAR ibrahim itu seorang ahli politik..tetapi kenalinya sebagai saudara islam kita,..terlalu banyak rintangan yang beliau alami termasuk maruah keluarganya yang tercalar hanya krn beliau seorang yang menentang sebuah parti 'TUA' bernama UMNO.!!apa perasaan kita jika beliau itu anak atau keluarga kita..?..menghitung hari untuk kembali ke "RUMAH TUMPANGAN' bernama PENJARA..kepada TV3, RTM, UTUSAN..adakah anda puas hati jika beliau (anwar) kembali kepenjara kelak..?..-
ReplyDeleteKesilapan demi kesilapan terus-terusan dilakukan oleh rejim UMNO/BN
ReplyDeletedemi survival politik mereka.Melenyapkan DSAI dengan cara begini
juga mengundang padah paling hebat yang bakal mereka hadapi.
Dengan anggapan memenjarakan DSAI PR akan lemah adalah satu kesilapan.
Bebaskan DSAI tanpa salah sudah tentulah terlalu hina pandangan rakyat terhadap mereka.Ini satu lagi kesilapan.
Terlalu banyak kesilapan dari UMNO/BN. Hukuman pasti tiba.
apa2 pn pastikn BN/UMNO bkal berkubur PRU - 13 nnti.terlalu bnyk BN/UMNO mmbuat kesilapan sepanjang pemerintahannya.
ReplyDelete