Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.
"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.
-Kosmo
Friday, January 27, 2012
Berdosa percaya ramalan kiamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju, tiada sesiapa yang tahu bila hari kiamat, oleh itu jangan membuat spekulasi yang tiada bukti.
ReplyDeleteEach faith has their own interpretations for the ENDS OF DAYS. There are no time line or a specific date for that matter.
ReplyDeleteJangan cepat percaya dengan hal2 kiamat.
ReplyDeleteramalan bahawa kiamat pada tahun 2012 adalah karut, tiada siapa yang tau bila kiamat dan dpt meramalnya. jgnlah percaya pada sebarang ramalan mengenai kiamat.
ReplyDeleteSangat setuju dengan mufti tersebut. Dalam agama Kristian pun mengajarkan sedemikian.
ReplyDeleteKita sendiri tidak akan tahu bila Kiamat akan berlaku. Maka yang penting tunaikan tanggungjawab sebagai umat di dunia ini.
ReplyDeleteMemanglah. Mereka bukan Tuhan untuk tentukannya.
ReplyDeletetanpa kiamat pun, manusia tetap akan mati bila tiba waktunya..
ReplyDelete