Tuesday, January 17, 2012

Siapa Pula Nak Dengar Jelajah Hasan Ali?

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

NONE"Saya tak mahu jawab setakat ini, biar saya jawab dalam roadshow. Saya harap orang ramai akan mengikuti saya. Dalam majlis tersebut saya akan bentangkan," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan yang dimaksudkannya itu merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu – barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama.

Beliau bagaimanapun memberi beberapa petunjuk bahawa kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim... Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti tolak perjuangan Anwar Ibrahim.

"Misalnya gay, lesbian, homoseksualiti, transgender ini kalau nak dihalalkan di Malaysia ini, mohon dijauhkan tuhan, saya rasa masyarakat akan bergolak, berpecah dan saya nampak huru-hara berlaku.

"Atas itu sajapun, jika itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya rasa pendirian saya sah.

"PAS yang sepatutnya jadi juara sehingga ini, oleh kerana pengaruh daripada parasit ini, PAS masuk dalam kategori gagal. Ini yang ditakuti, apa pengaruh DAP, PKR dalam PAS?," soalnya.

Katanya lagi, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut dan parti itu memerlukan dirinya untuk usaha berkenaan. -MK

2 comments:
Write comments
  1. HA sendiri yg jd audiens dlm ceramahnya sendiri...

    ReplyDelete
  2. Hasan, silalah jelajah seluruh Malaysia, ahlan wasahlan (dipersilakan). Pergilah bagitau seluruh rakyat siapa yg awk fikir parasit dlm PAS! Gunalah seluruh media perdana samada tv3 suku, rtm 1/2 dll utk burukkan PAS/PR. Klau x cukup, guna sama astro awani! Buat statement media tiap2 hari pun x apa. Kami dlm PAS/Pakatan sikit pun x gentar. Cuma kami kesian kat awk hasan, awk telah pun menunjukkan 'belang' awk yg sbnar. Perjuangan Islam ntah kemana, datuk hasan ali ntah kemana. Akhirnya awk telah pun mengikut jejak zul kulim & ibrahim ali. Amat malang & rugi rasanya, org yg ada ilmu agama mcm awk tetap jatuh kedlm lubang & menjadi mcm mereka (zul & ibrahim). Cuma satu saya nak ingatkan, roadshow awk ni hasan, x akan memburukkan PAS/PR walaupun sedikit (walau 1 sen). Yg terjadi adalah, awak hanya lebih memburukkan pandangan org ramai terhadap awk. Tapi awk jgn menyesal la, itu awk yg pilih, bukan kami yg suruh!...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.