Thursday, January 5, 2012

BN Sabah Semakin Bergolak?

PEMUDA PAS Sabah hari ini menganggap bahawa pergolakan dalaman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai badai yang bakal meruntuhkan tampuk kekuasaan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketuanya, Lahirul latigu berkata, desas-desus tindakan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut bakal menyaksikan pertikaian dan pergolakan dalaman seumpama yang dialami parti perkauman itu.

“PAS percaya, walaupun ditangkis tohmahan kita oleh pegawainya. Ini satu bentuk serangan dalaman yang dilakukan Lajim dan para penyokongnya. Ada signifikan bahawa kedua-dua belah pihak ini tidak sehaluan dan sependapat,” ujarnya.

Katanya, pertikaman lidah dan kegusaran pemimpin atasan dan bawahan UMNO/ BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort, Ibrahim Salim dan Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Idris juga sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pimpinan bahagian dan negeri tersebut.

“Jumat sudah minta Lajim menyatakan pendirian dan meletak jawatan politik. Sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka ini ada kepentingan politik tertentu yang menambah bebanan UMNO/ BN,” dakwanya yang pada Selasa lalu, Ketua UMNO Sepanggar itu meminta Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan dari jawatan politik dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut Lahirul, kesan daripada PRU-12 lalu juga telah menyaksikan beberapa tindakan luar jangka beberapa Ahli Parlimen terutama Sabah yang dikatakan turut akan melompat keluar dari paksi UMNO/ BN.

"Selepas PRU ke-12, ramai Ahli Parlimen telah hilang kepercayaan kepada BN. Tindakan drastik beberapa Ahli Parlimen ini sedikit sebanyak menganggu gugat kedudukan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan bermasalah,” dakwa Lahirul.

Beliau memaklumkan bahawa, walaupun tiada perubahan pucuk kepimpinan negeri pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.

“Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik.

“Barangkali ada usaha pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Musa,” dakwanya sambil merujuk kepada apa yang berlaku salah seorang Ahli Parlimen yang senyap setelah ditawarkan Menteri sebagai cengkaman politik yang memeningkan kepala UMNO/ BN.

66 comments:
Write comments
  1. Bukan senang jika PAS hendak mendapatkan sokongan daripada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  2. Lajim akan menerangkan pendiriannya bila Januari 09 2012.

    ReplyDelete
  3. hrap2 Datuk Lajim akn membuat sesuatu keputusan yg terbaik demi perubahan politik sabah.

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan tengok apa akan terjadi .

    ReplyDelete
  5. PAS susah untuk mendapat sokongan lagi, mereka sendiri yang membuat keadaan menjadi begini.

    ReplyDelete
  6. Semua parti pun ada masalahnya sendiri. Lebih baik baiki kelemahan parti sendiri dahulu.

    ReplyDelete
  7. Adakah ia begitu senang untuk Lajim lepaskan segala-galanya jika memilih keluar daripada UMNO?

    ReplyDelete
  8. memang bukan senang pas mendapat sokongan? kerana rakyat sabah dah biasa menerima habuan seperti zink tangki jamban biru bukan ka saudari zul?

    ReplyDelete
  9. tidak payah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh

    ReplyDelete
  10. it is up to the people who they want to vote during GE-13

    ReplyDelete
  11. terpulanglah jika rakyat masih mahukan Lajim

    ReplyDelete
  12. jika benar Lajim akan tersingkir, wajarlah jugalah jika beliau memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk menggantikan beliau

    ReplyDelete
  13. walau apa pun, rakyat Sabah masih perlukan pimpinan KM untuk memajukan negeri termiskin ini

    ReplyDelete
  14. BN yang bergolak atau pas yang sengaja untuk mendapatkan perhatian?

    ReplyDelete
  15. rasanya di Sabah sukar untuk pas mendapat sokongan kerana sudah banyak parti yang sedia ada di Sabah.

    ReplyDelete
  16. dari segi populariti dan sumbangan di Sabah, pas juga tidak setanding dengan parti-parti lain.

    ReplyDelete
  17. BN akan menang sebab pembangkang di Sabah tidak cukup kuat, tiada kesepakatan.

    ReplyDelete
  18. bukan tak kuat BN sabah banyak tabur duit, buat janji bagi itu ini, masih ingat zink, tangki, jamban biru mana maruah org sabah !!

    ReplyDelete
  19. PAS lebih amanah daripada BN (fakta).. Hanya orang yang mengenali PAS dr kaca tv dan media2 arus perdana saja yang tidak terima PAS..

    ReplyDelete
  20. dakwaan pemuda pas yang kononnya bn sabah semakin bergolak adalah tidak benar..dakwaan ini adalah bersifat kepentingan politik bagi pas sabah yang sudah jelas tidak akan mampu menang di sabah pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  21. jika ada ahli pas yang diwar-warkan akan keluar parti, adakah ianya bermakna pas sedang bergolak? adalah lebih baik pas sabah dibubarkan dan fokus di semenanjung sahaja.

    ReplyDelete
  22. pas tidak akan menang di sabah..ini berikutan kemunculan parti2 baru, parti penjenamaan semula dan juga perikatan borneo bersatu yang mana ideologi politiknya lebih kena dengan rakyat sabah berbanding dengan pas yang menekankan keagamaan..harus diingat bahawa sabah terdiri dari pelbagai etnik dan agama..

    ReplyDelete
  23. kita tunggu dan lihat pengumuman rasmi dari lajim..jika benar beliau akan lompat parti..

    ReplyDelete
  24. yang pasti pru13 makin terasa..undilah dengan bijak.

    ReplyDelete
  25. Saya tak hairan kalau ada pihak yang cuba nak jatuhkan Musa. Inikan politik, so biasalah tu.

    ReplyDelete
  26. Sekarang ini semuanya terpulang pada individu untuk membuat penilaian kerana akhirnya nanti kita juga yang akan buat keputusan kan.

    ReplyDelete
  27. Biarlah bah si Lajim. Makin di layan makin popular pula dia nanti.

    ReplyDelete
  28. Bagi saya semua parti ada masalahnya sendiri cuma dependlah masalah itu diketahui oleh media atau tak. Kalau media tau konpom la masuk news kalau tak then anggap sajalah takda sebab tak kena publish. hahaha

    ReplyDelete
  29. Tapi daripada asyik cari kelemahan pihak lain bagus lagi fokus pada diri sendiri. Perbaiki apa yang patut diperbaiki supaya sentiasa tampil berkarisma.

    ReplyDelete
  30. such matter like this only happen when election is nearby..typical politician ways to get attention.

    ReplyDelete
  31. We should know lajim plan by tomorrow.

    ReplyDelete
  32. we shall wait and see lajim next move tomorrow. Neway, whether BN will remain the gov, its all in our hands. May the best party win.

    ReplyDelete
  33. cerita lajim belum tentu lagi benar.

    ReplyDelete
  34. hak ini sengaja diperbesar untuk melemahkan BN.

    ReplyDelete
  35. Hanya khabar angin tentang Datuk Lajim tidak bermakna itu sudah menandakan pergolakan dalam BN Sabah. Bagaimana pula dengan Hasan Ali PAS??

    ReplyDelete
  36. Itu cuma rumour dari pihak pembangkang semata-mata.

    ReplyDelete
  37. Orang sedia tahu Datuk Lajim akan terus memperjuangkan hak penduduk Sabah bersama dengan BN Sabah. Namun apa yang dikhabarkan ini cuma mengelirukan penduduk Sabah sendiri. Maka tunggu pengumuman sendiri dari Datuk Lajim.

    ReplyDelete
  38. sebenarnya PR pun apa kurangnya. banyak masalah juga sekarang ni.

    ReplyDelete
  39. rasanya ada pihak yang cuba ingin menjatuhkan Lajim dan sengaja memperbesar2kan isu ini. lepas PRU pasti redalah isu2 hangat ni.

    ReplyDelete
  40. saya rasa tidak semudah itu Lajim akan keluar BN dan menyertai PR atau SAPP.

    ReplyDelete
  41. hari ini Lajim akan memberi penjelasan tentang hal ini. harap2 isu ini akan segera reda.

    ReplyDelete
  42. I don't think Sabah BN will fail.

    ReplyDelete
  43. kalau BN parti perkauman.. PAS pula parti apa? parti keagamaan??

    ReplyDelete
  44. PAS sebenarnya tidak sesuai di Borneo.. lihat saja bagaimana penerimaan rakyat Sarawak ketika PRN Sarawak.. PAS pulang dengan tangan kosong.. malah mana2 rakyat Borneo yang tidak menyokong PAS akan dihina kononnya masyarakat yang tidak mengundi PAS masih pakai cawat dan sebagainya..

    ReplyDelete
  45. As far as I concerned, Sabah BN is in the good position.

    ReplyDelete
  46. Let put this thing aside. How could you be so sure?

    ReplyDelete
  47. tiada kenyataan rasmi mengenai Lajim lompat parti.

    ReplyDelete
  48. politik mana yang tidak bergolak? kita sama2 tengok apa macam result PRU13

    ReplyDelete
  49. Kenapa PAS tak sesuai di Borneo..?apakah tiada org Islam di sini..?ramai..cuma orang Islam di sini telah banyak di pengaruhi oleh budaya non muslim..

    ReplyDelete
  50. Penyokong kerajaan BN..apa aku peduli cakap kamuJanuary 11, 2012 at 5:06 PM

    KALAU PARTI HAMPAS JANGAN HARAPLA DAPAT KERUSI DI SABAH..DI SEMENANJUNG PUN KENA TONGGENG2 OLEH DAP..APA NI LAHIRUL LATIGU?TIADA ISU KA SUDA MAU DICAKAP SAMPAI PARTI LAIN PUNYA HAL PUN MAU DIULAS.

    ReplyDelete
  51. Just wait Lajim to make his mind and certify his status.

    ReplyDelete
  52. Jika melompat parti, harus juga Lajim meneruskan usaha dan azam terhadap rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  53. Satu lagi gimik untuk PRU13.

    ReplyDelete
  54. BN face great challenge from opposition this coming PRU13.

    ReplyDelete
  55. Banyak yang akan melompat parti kali ini di PRU13.

    ReplyDelete
  56. Banyak parti sebenarnya tidak relevan lagi.

    ReplyDelete
  57. PAS harus menukar strategi jika ingin mencapai kemenangan yang baik.

    ReplyDelete
  58. “Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik."

    Sebagai parti komponen harus juga bermisi dan beragenda sama untuk bersaingan dengan pembangkang.

    ReplyDelete
  59. Its common in politics. Lets wait and see how the progress.

    ReplyDelete
  60. MUSA still strong in Sabah.

    ReplyDelete
  61. Pilihan raya kali ini amat sukar diramal dari aspek kekuatan parti yang bertanding. Kalau ditinjau dari laporan akhabar kebangsaan atau berita-berita TV tentu sekali 90% yang mengatakan rakyat masih dibelakang kerajaan BN yang memerintah. Tetapi, adakah kita pernah terfikir suara dari akar umbi itu kalau diterjemahkan ke peti undi, itulah sebenarnya menentukan siapa yang membentuk kerajaan akan datang.
    Apa yang saya lihat situasi politik di semenanjung kini semakin parah. Isu-isu agama, bangsa dan hak asasi manusia kini menular dikalangan masyarakat pelbagai bangsa dan agama sedang berlaku.

    ReplyDelete
  62. POLITIK Sabah memang kekadang sukar ditafsir. Selalu berubah dan kerana itu kerajaan yang kuat suatu saat bisa jatuh di saat lain. Inilah kenyataannya di Sabah.

    sekarang kita lihat pembangkang semacam tidak menyatu dan dalam parti sendiri juga ada yang tak sehaluan selalu tindih menindih dan keluar masuk parti perkara biasa, sebab sabah memang terkenal dengan sang kataknya.

    ReplyDelete
  63. Pas jangan banyak cakap lah...

    ReplyDelete
  64. yong teck lee (SAPP) mewakili kaum cina Sabah.. dr jeffrey kitingan (STAR) mewakili kaum kadazandusun Sabah.. Bumiputra Islam Sabah siapa wakil?..parti apa? takkan mau ikut STAR/ SAPP.. nampak sangat lemahnya bumiputra Islam Sabah ni dr segi cara berfikir dan memperjuangkan hak.. Harap2 Datuk Lajim buat Parti baru.

    ReplyDelete
  65. YUP...DGR2 DAH URA2 KAT BEAUFORT NI LAJIM AKAN BUAT PARTI BARU..NDA TAU BETUL TAU TIDAK..JUST WAIT AND SEE.....SY CUMA PASANG TELINGA DI SINI BILA ORG2 TUA CAKAP PSL POLITIK SABAH NI....KONON2..PASAL MUSA X SENARAIKAN LAJIM DLM PRU NTI..BGITU JUGA DGN AZIZAH, AND KAMARLIN..AND ALSO SAPAWI...BCOZ MUSA DAH LETAK NAMA ANAK BELIAU...PILIHAN HATINYA SENDIRI...NDA TAU LA...PERKARA NI BENAR ATAU TIDAK MENJADI PUNCA BN SABAH BERGOLAK....HANYA PASANG TELINGA SAJA BAH...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.