Friday, January 6, 2012

Hasan Ali Perlu Dibuang Segera?

PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

"Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.

"Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.

anwar ibrahim in seremban 4"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

"Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?" soalnya.

"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.

Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan ali pcHasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama. -MK

3 comments:
Write comments
  1. YB Exco Selangor merangkap bekas Pesuruhjaya PAS N Selangor Datuk Dr Hassan... gunakan segala kepandaian selaku Motivator tu untuk menarik perhatian rakyat. KACAUKAN lagi pemikiran orang Pas, lemahkan semangat mereka dengan merasuk KEKUATAN mereka sekarang...ada habuan untuk anda di dunia dan akhirat kerana sanggup bersekongkol dengan Media Tiga Suku yang memang Jom Fasik tu... anda tengah tanam saham mahu melemahkan jemaah Islam yg satu2nya di Malaysia... teruskan, org2 Pas makin meluat dgn fe'el anda nih... Maaf cakap.

    ReplyDelete
  2. Easy everybody (termasuk azmin ali)! Datuk hasan ali, berhati2 keluarkan pendapat. PAS adalah anggota Pakatan, maka seharusnya datuk hormati semua anggota Pakatan, termasuk PKR. Datuk klau x mau hadhir, x ada paksaan, silakan. Tapi x payah la sound utk org lain x dtg/memperlekehkan org lain utk dtg. Ini amat x kena dgn semangat setiakawan dikalangan anggota Pakatan. Sila datuk hasan ali muhasabah, kita dlm Pakatan adalah umpama satu anggota bdn. Klau peha sebelah kanan sakit, maka seluruh anggota bdn akan sakit. Pd azmin ali pula, jgn la terlalu memaksa PAS utk bertindak atas kata2 hasan ali itu. Insyaallah, PAS akan tau camne nak selesaikan hal ini. PAS adalah parti yg bijaksana, mereka insyaalah tau camne nak selesaikan hal ini (sbagai contoh menasihati hasan ali). Diharap semua berlapang dada, kita sudah menghampiri Putrajaya...

    ReplyDelete
  3. mmg btul kata2 dr hassan ali.. pas n pkr mmg dh buta hati.. simpati dgn pejuang2 islam sejati spt dr hassan ali dalam pakatan.. pas kena kompromi untuk singkirkan ahli2nya yg tak sehaluan dgn pkr dan dap.. juga kompromi untuk perjuangan negara islam.. utamakan anuar calon pm pakatan ke putrajaya.. walaupun anuar mgkn mmg ada kes moral..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.