ISU dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan 6 kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel) oleh TLDM akhirnya terjawab.
Isu berkenaan mencuri perhatian senario politik tanah air sejak rakan sejawatan saya, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Ahli Parlimen pembangkang lain membangkitkan isu berkenaan di Parlimen serta menerusi media.
Saya akui, kebimbangan turut wujud di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana dakwaan yang dibuat sangat serius dan membabitkan wang pembayar cukai yang mencecah berbilion ringgit.
Justeru, semestinya kami berasa lega apabila Kementerian Pertahanan dan pegawai atasan Angkatan Tentera memberi 'penjelasan sejelas kristal' (sekadar memetik ungkapan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution) dalam taklimat kepada Ahli Parlimen BN (Saya sendiri, Khairy Jamaludin, Datuk Ahmad Hamzah, P Kamalanathan dan Bung Moktar) dan Pakatan Rakyat ( Tony Pua, Dr Dzul dan Datuk Saifuddin) beberapa hari lalu.
Nampaknya, dakwaan ditimbulkan tidak benar dan ada penjelasan munasabah di sebalik itu itu. Angka RM9 bilion yang dinyatakan memang direkod secara rasmi sejak 2008 lagi.
Jumlah itu adalah nilai siling sebenar yang diperuntukan menerusi dua Rancangan Malaysia (RM6 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan RM3 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11).
Selepas taklimat berasaskan fakta yang meruntuhkan hujah pihak pembangkang, Tony cuba memberi justifikasi kepada tohmahannya dengan mendakwa apa yang dinyatakan dalam blog dan kenyataan medianya sebelum ini sekadar ingin bertanya dan beliau tidak merasakan apa yang salah mengenainya.
Sepantas itu juga saya katakan kepada Tony supaya meneliti ceramahnya sendiri di YouTube yang sarat dengan sindiran kononnya berbilion ringgit telah disalahguna dan perolehan ketenteraan dipenuhi unsur rasuah.
Saya tegaskan beliau bukan sekadar bertanya tetapi memang sengaja mencari pasal. Beliau hanya berdiam dan tidak membalas.
Saya akui, isu perolehan ketenteraan sering menjadi kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit. Bagaimanapun, ia bukan unik atau eksklusif berlaku di Malaysia saja kerana kebanyakan negara berdepan isu sama.
Dalam taklimat berkenaan, Ahli Parlimen pembangkang ada mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen Mengenai Perolehan Pertahanan (Parliamentary Oversight Committee on Defense Procurement). Menteri Pertahanan memaklumkan beliau menerima apa juga keputusan Parlimen berhubung perkara itu.
Secara prinsipnya, saya tiada masalah dengan cadangan itu. Namun sebagai Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan negara, saya khuatir untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat berkaitan keupayaan strategik ketenteraan kita.
Kita memerlukan keseimbangan di antara pendedahan awam dengan kepentingan menjaga kerahsiaan ketenteraan. Garis tipis yang membezakan dua perkara ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dihargai atau difahami pembangkang melainkan mereka menjadi kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Saya juga tertarik dengan cadangan balas Khairy Jamaluddin supaya diadakan sesi rundingan berkala antara Ahli Parlimen dan Kementerian Pertahanan adalah lebih baik. Ini boleh menjelaskan pelbagai isu yang menjadi kebimbangan umum.
Hakikatnya, perolehan aset dan bajet keseluruhan pihak ketenteraan mana-mana negara sekalipun tidak semestinya dilingkari misteri atau pelbagai persoalan. Dengan bantuan enjin carian Google, anda boleh mendapat maklumat dan gambaran kadar perbelanjaan dan kekuatan ketenteraan mana-mana negara. Ia tidak sesukar mana.
Apa yang mahu dirahsiakan pasukan tentera di seluruh dunia ialah sub-sistem persenjataan, kaedah fungsi aset ketenteraan masing-masing dan kemantapan pertahanan serta bagaimana sistem sedia ada digunakan untuk menggempur.
Dalam erti kata lain, apa yang tidak boleh didedahkan ialah bagaimana aset digunakan dan bagaimana senjata dimanfaatkan untuk kegunaan operasi. Semua sistem komponen ini memang menelan belanja besar. Cuba kita buat perbandingan.
Sesiapa pun boleh menggunakan Google untuk mengetahui kos sebuah jet jumbo Boeing 747. Bagaimanapun, apa yang ada dalam pesawat rasmi Boeing 747 Presiden Amerika Syarikat adalah maklumat sulit.
Pesawat Air Force One itu dikatakan boleh melancarkan serangan udara, berupaya mengisi minyak tanpa perlu mendarat dan memiliki bilik kalis bom bagi Presiden. Ia juga dipercayai mempunyai sistem elektronik, avionik dan komunikasi paling canggih di dunia bagi memberi Presiden kuasa penuh dan mutlak untuk mengawal persenjataan nuklear Amerika walaupun ketika berada 40,000 kaki dari paras laut.
Jadi, bagaimana kita boleh bandingkan harga sebuah pesawat Boeing 747 MAS dengan pesawat 747 digunakan Obama? Mustahil! Ia cuma boleh dilakukan jika kos nilai tambah dan sistem keselamatan dan persenjataan canggih pesawat 747 Presiden Obama itu didedahkan kepada umum. Kita tahu Amerika tidak sebodoh itu. Mengapa harus kita memulakannya?
Isu kedua yang di timbulkan oleh Tony Pua ialah apakah RM9 bilion itu harga yang berpatutan untuk membina 6 buah LCS/SGPV? Seperti Tony Pua, saya bukannya seorang pakar persenjataan. Tetapi saya boleh membuat perbandingan harga yang kerajaan bayar semasa membina 6 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) generasi pertama 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1998.
Ketika itu kerajaan membelanjakan RM5.35 bilion. Hari ini, pada kadar inflasi 3.5% setahun, anggaran kos pembinaan 6 buah kapal NGPV yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti tahun 1998 ialah RM8.37 bilion. Jumlah itu hampir sama dengan peruntukan siling belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membina 6 kapal LCS/SGPV yang jauh lebih canggih, besar dan mempunyai persenjataan moden.
Kami dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan di dalam taklimat tempoh hari bahawa LCS/SGPV ini akan mempunyai keupayaan pertempuran (combat) seperti kapal perang kelas frigat dibandingkan dengan NGPV yang hanya mempunyai keupayaan rondaan (patrol).
Menurut Panglima Tentera Laut yang turut hadir, LCS/SGPV ini bakal mempunyai sistem pengawasan jarak jauh (long range surveillance) termasuk senjata permukaan bumi ke udara (surface to air missiles), permukaan bumi ke permukaan bumi (surface to surface missiles), sistem perlepasan torpedo (torpedo launching system), sonar dan radar pengawasan.
Saiz LCS/SGPV ini juga akan jauh lebih besar (melebihi 100 meter dibandingkan dengan NGPV iaitu 91.1 meter) dengan kelajuan yang lebih pantas (28 knot berbanding 22 knot untuk NGPV). Kesemua keupayaan ini tidak ada dalam NGPV yang dibina dalam tahun 1998 dengan kos yang hampir sama dengan yang diperuntukan untuk LCS/SGPV. Secara ringkasnya, kerajaan membelanjakan jumlah yang hampir sama untuk membeli kapal yang jauh lebih canggih, hebat dan sofistikated !
Isu ketiga yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah kenapa tidak dibuat secara 'open tender'? Untuk makluman, syarikat Boustead Naval Shipping (BNS) adalah majoritinya dimiliki oleh pesara angkatan tentera melalui Lembaga Tabung angkatan Tentera.
Pengangan saham oleh LTAT mencecah lebih dari 60%. BNS mempunyai 3,000 pekerja rakyat Malaysia yang mana pekerjaan mereka bergantung kepada kontrak pembuatan kapal daripada Kementerian Pertahanan. Kami dimaklumkan tidak ada syarikat tempatan yang mempunyai limbungan yang berupaya untuk membina kapal LCS/SGPV ini di dalam Malaysia. Saya kira alasan itu munasabah asalkan kosnya berpatutan.
Ahli Parlimen pembangkang tidak wajar membiarkan imaginasi liar mereka memperkecilkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan. Tidak salah untuk bertanya atau menduga kerana itu memang dijangkakan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang. Bagaimanapun, janganlah memutarbelit fakta untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keselamatan negara.
Saya harap kedatangan Tahun Naga akan memberi lebih kebijaksanaan kepada Ahli Parlimen pembangkang terutamanya Tony Pua. Hentikanlah imaginasi liar anda!.
Oleh : DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN (sabahkini)
Friday, January 27, 2012
Tingginya Imaginasi Liar Pembangkang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
abd rahman dahlan; boleh jelaskan angpow kpd abd razak baginda [kini melarikan diri ke london] melalui perimekar sdn bhd dlm urusan pembelian "perahu" scorpene???
ReplyDeletelain kali jangan sebarangan menuduh...
ReplyDeletepembangkang buat kacau saja...tidak pandai urus tadbir negara..
ReplyDeletepenjelasan sudah diberikan...hal ini harus dilupakan saja..
ReplyDeletediharap pembangkang tidak akan cuba2 membocorkan rahsia ketenteraan negara semata-mata untuk berkuasa...
ReplyDeletedear ali..
ReplyDeleteko ni kuat pengampu juga ya.
Pemimpin2 UMNO BN ni tukang ampu dan bodek saja. Bergaya dan kaya raya walau dicucuk hidung masam kerbau ditunggang oleh orang melayu. Hasil bumi Sabah berbilion ringgit tetapi mana rakyat Sabah rasa keuntungannya. Semua pembangunan dan kemajuan dibuat untuk kepentingan orang2 melayu,lihat saja kapal2 yang dibeli itu dinamakan dengan pemimpin2 melayu. Banyak orang Sabah diperbodohkan oleh pemimpin2 talibarut UMNO.Mereka kaya dan bergaya memakai baju kot dan batik sutera,mengaut keuntungan yang ditabur pemimpin melayu. Rakya sekarang ini diumpan dengan RM500 untuk tempaoh 5 tahun akan datang,agar UMNO BN terus berkuasa di Sabah.
ReplyDeleteYB Kota Belud ini penyibuk dengan isu-isu nasional tapi dia lupa selesaikan isu Negeri Sabah khususnya daerah yang diwakilinya Kota Belud. Kita minta YB Abd Rahman menyenaraikan semua pembangunan yang beliau usaha sendiri di Kota Belud. Jangan masukkan pembangunan yang dihasilkan oleh pemimpin atau pegawai kerajaan yang lain. Kita cuma tahu beliau terbabit dengan usaha pengambilan tanah orang kampung untuk pembinaan resort mewah dan projek pembinaan empangan...Yang lain apa ada? Senaraikan,,,
ReplyDeletepenjelasan bagi hal ini dah dijelaskan, harap pembangkang puas hati dan tak bangkitkan lagi isu ini.
ReplyDeleteini semua adalah berkaitan ketenteraan negara, ia tak harus dihebohkan.
ReplyDeleteAll the slanders as well as false accusation has been answered. Hopefully this matter can be put to rest...
ReplyDeletehopefully the procurement of these vessels will serve the defense our nation well
ReplyDeleteBagus la penjelasan telah diberi, mudah2an semua rakyat M'sia merasa lega.
ReplyDeleteThat's why people shall not easily fall for false allegation. It's only for political gain for certain parties.
ReplyDeletesabatoj demi sabotaj dari pembangkang.
ReplyDeleteharap2 Parlimen akan buat keputusan yang terbaik mengenai kementerian Pertahanan.
ReplyDeleteJika rahsia keselamatan negara didedahkan, maka ianya bukan rahsia lagi dan lebih senang pihak luar mahu ancam.
ReplyDeletezen, itu bagi orang yang pandai berfikir kesannya, kalau tak konpom ikut sedap rasa saja dorang cakap. Huhu
ReplyDeleteW/pun hal ini dah dijelaskan tapi tengok sajalah nanti ada juga 'penjelasan balas' ni. Haha
ReplyDeleteSebaiknya mana-mana isu mengenai keselamatan janganlah terlalu didedahkan. Takut nanti mengundang bahaya pula.
ReplyDeleteTapi apa boleh buat sudah jadi ragam dalam dunia politik.... Masing2 pun mahu popular dan dapat perhatian kan, tu la pasal ada saja yang ditimbulkan.
ReplyDeletewell there is no harm in dreaming big.
ReplyDeletewith the election heat is on, the opposition is sure to arise all kinds of matter pertaining the government.
ReplyDeleteas far as i know, this matter is suppose to be private.
ReplyDeleteBetul, dakwaan ini sememangnya sangat serius kerana melibatkan berbilion duit rakyat, ini wajar disiasat secara mendalam.
ReplyDeletePihak pembangkang perlulah memastikan bahawa sesuatu kes itu adalah berdasarkan fakta dan bukti sebelum membangkitkan dakwaan.
ReplyDeleteIsu keselamatan negara tidak perlu di dedahkan..
ReplyDeletePenjelasan telah di berikan..harap semua pihak berpuas hati.
ReplyDeletePerlu ada bukti sebelum buat tuduhan.
ReplyDeleteIsu yang mau dipanaskan oleh pembangkang..entah betul atau tidak.
ReplyDeletePerlu beri penjelasan agar semua pihak berpuas hati.
ReplyDeleteuntuk lebih profesional, kalau pembangkang tak berpuas hati lebih baik jumpa bersemuka dengan kerajaan/Menteri Pertahanan untuk bincang isu ni. tak perlu digembar gemburkan secara umum.
ReplyDeleteisu ni sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk huru harakan keadaan dan berharap sokongan rakyat berpaling pada pembangkang.
ReplyDeletebagi puaskan hati pembangkang, kerajaan perlu beri maklum balas segera terhadap persoalan ini.
ReplyDeletewahai pembangkang..cukup2lah buat imaginasi liar.
ReplyDeletepembangkang mmg suka cari silap kerajaan.
ReplyDeletepenjelasan sudah diberikan dan semua persoalan sudah terjawab.
ReplyDeletejadi isu ini sudah selesai dan tidak perlu dimainkan lagi.
ReplyDeletesekarang ini semua harus fokus untuk memberikan khidmat kepada rakyat.
ReplyDeleteSebaiknya pembangkang harus tahu dan faham sebelum memberikan kenyataan yang bukan-bukan.
ReplyDeleteTidak perlulah fikir sangat dengan pelbagai mainan politik yang dibuat oleh PR. Kerana kebanyakan yang dimainkan oleh mereka adalah sesuatu yang tidak banyak berkaitan dengan Rakyat. Cuma lebih kepada kepentingan diri mereka.
ReplyDeleteISU dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan 6 kapal Littoral Combat Ship
ReplyDeleteAdakah dakwaan ini benar? Harus juga membuat siasatan.
Mungkin ada cara atau saluran lain untuk mendedahkan hal sebenar berkenaan ketenteraan negara.
ReplyDeleteWe should know also how they spend the money and for what purposes. Good to know all these.
ReplyDeletePertambahan jentera berkemungkinan meningkatkan prestasi dan keupayaan mempertahankan negara.
ReplyDeletePenjelasan harus dibuat agar golongan awam tidak membuat jangkaan yang negatif.
ReplyDeletecakap jangan main lepas saja.. tidak pasal2 terludah muka sendiri..
ReplyDeleteagaknya inilah kepakaran pemimpin2 pembangkang.. bijak dalam memutar-belitkan sesuatu perkara.. nanti bila mereka memegang tampuk pemerintahan negara, minda rakyat juga diputar belit untuk menunjukkan bahawa pentadbiran mereka adalah yang paling cekap di dunia..
ReplyDelete