Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom berkata empat anggota yang mengumumkan keluar parti itu semalam tidak pernah dipaksa berbuat demikian. Beliau berkata segala ruang dan masa sudah diberi kepada mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sejak dua tahun lalu, namun sikap mementingkan diri melebihi parti menggagalkan segala usaha itu.
"SPDP tidak pernah memaksa mereka untuk tinggalkan parti, namun telah banyak peluang diberi kepada mereka untuk menyelesaikan segala perselisihan," katanya ketika berucap pada majlis Malam Perpaduan SPDP Mas Gading malam Sabtu.
Mawan, yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Pembangunan Sosial, berkata SPDP mempunyai banyak forum untuk menyelesaikan masalah serta mekanisma sendiri dalam menangani isu dalaman parti tanpa memelukan campur tangan pihak luar.
Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang mengumumkan keluar SPDP ekoran kegagalan menyelesaikan krisis kepimpinan parti yang diterajui Mawan itu. - BERNAMA
Sunday, January 8, 2012
Empat Anggota SPDP Keluar Parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tanda2 awal BN Sarawak akan kehilangan banyak kerusi parlimen. Keluarnya 4 orng anggota dari SPDP merupakan pertarungan proxy war antara Najib dan Taib semakin singit. Taib rela untuk mencabut Sarawak dari menjadi safe deposit untuk BN. Apakah Najib sedia berkorban demi untuk memerintah lagi di Putrajaya atau Najib optimist bahawa BN akan boleh memerintah lagi di Putrajaya tanpa kerusi parlimen yg akan disumbangkan oleh Taib. Apakah najib yakin Peter Chin, James Masing dan Mawan boleh memberi Najib kerusi2 parlimen yang beliau perlukan? Kerusi melayu/melanau PBB memang dalam ganggaman Taib. Tapi apakah Alfred Jabu boleh memberikan kerusi parlimen Sayap Pesaka kepada Taib? Nampak gayanya Najib perlu meyakinkan sayap melayu/melanau di PBB bahawa bintang mereka lebih menyinar jika berkiblat kepada beliau. Pada masa kini Najib belum berjaya dalam percaturan ini. Abang Jo pun nampak seolah olah menyepi. Najib perlu mencari calon2 lain untuk mewakili sayap melayu/melanau PBB.PR tentu mengintai peluang ini. Kerusi2 parlimen kawasan bandar/semi bandar bukan melayu/melanau memang sudah majoriti dalam ganggaman PR. Kerusi2 dayak sekarang 50% sudah menyebelahi PR. Tinggal kawasan melayu/melanau yang masih kubu kuat BN. Sekiranya PAS boleh menawan dua tiga kerusi dan PKR dalam kawasan melayu bandar dua tiga kerusi Sarawak sebagai safe deposit BN akan lebur!
ReplyDelete*******Ini Kali Lah. Kalau Bukan Kita Siapa Lagi. Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi. Realisasikan 7 Agenda Borneo. Ini Kali Lah.*******
ReplyDeleteApapun segala masalah harus diurus dengan teratur agar tidak ada lapisan masyarakat yang merasa terpinggir, jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur.
ReplyDeleteTahniah! kepada YB2, tindakan bijak...tinggalkan BN...perjuangkan Agenda Borneo (18 perkara & 20 perkara)...50 tahun dalam situasi amat merugikan...kita perlu otonomi...kuasa politik yang seimbang...keselamatan terjamin...dan 1001 hal lagi.
ReplyDeletepeluang yang bagus bagi rakyat sarawak, yb2 sabah bila lagi...perjuangan sabah harus diteruskan..
ReplyDelete