Thursday, January 26, 2012

Jalan Raya Maut Di Sabah

RAKYAT di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan Negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan ‘bising hanya di bibir’ kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

“Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini. Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan mereka resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupid, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah berikutan beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya.

“Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan,” katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

“Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat. Ini jelas menepati slogan ‘rakyat didahulukan’.. bukan kroni dan bukan juga ‘perut menteri’," ujar Julpikar.

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR (sabahkini)

52 comments:
Write comments
  1. perkara ini harus segera diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. tidak dinafikan jalan2 raya di Sabah perlu dinaiktaraf, byk jalan yang merbahaya.

    ReplyDelete
  3. keselamatan dan kemudahan pengguna jalan kena diutamakan. jgn biarkan jalan raya di Sabah terus mundur.

    ReplyDelete
  4. This issue has always been a part of the logistic and transportation problem that is faced by majority of Sabahan. These roads still serves as a lifeline in for business as well as personal use

    ReplyDelete
  5. hopefully this matter will be look into by the relevant authorities. Hopefully can not only rectify these problems, but also create more alternative routes to any major destinations within Sabah

    ReplyDelete
  6. Kadang jalan masih baru tapi sudah rosak sana sini. Apa macam?

    ReplyDelete
  7. Relevant authority that responsible to monitor and check the quality of roads must be strict to ensure the road projects met its specifications.

    ReplyDelete
  8. Jalan tersebut harus segera diselenggara

    ReplyDelete
  9. bajet yang besar tahun ni diharap boleh menaiktaraf dan memperbaiki struktur jalan raya.

    ReplyDelete
  10. keselamatan pengguna jalan raya harus diutamakan. kenal pasti jalan2 yang rosak dan segera selesaikan masalah tu.

    ReplyDelete
  11. susa o nak cari makan tanpa jalanraya dan jambatan.

    ReplyDelete
  12. its important for any poor condition roads to be fixed as soon as possible as it may cause accident.

    ReplyDelete
  13. Before the condition of the road gets worse, its best to quickly find a solution and fix it immediately.

    ReplyDelete
  14. Mana-mana jalan raya rosak perlulah dibaiki segera sebelum kerosakkan tersebut menjadi lebih teruk ataupun kemalangan berlaku.

    ReplyDelete
  15. JKR dan DBKK perlulah lebih peka terhadap isu kerosakkan jalan raya supaya masalah yang kecil boleh ditangani sebelum menjadi masalah besar. Aduan rakyat juga penting untuk menangani masalah seperti ini.

    ReplyDelete
  16. Kata Sabah Fixed deposit BN tapi mengapa pembangunan Infrastruktur di Sabah bagai di anak tirikan? Dulu waktu Sabah diperintah PBS ( Pembangkang) BN kata kalau BN ambilalih semua selasai masalah apa dah jadi sekarang. maknanya BN pun hanya pandai tabur janji!

    ReplyDelete
  17. Kamurang perasan tak pembangkang hanya tahu utarakan masalah dan harap kerajaan selesaikannya. Ingatkan dorang boleh selesai sendiri:P hahahhahhaa

    ReplyDelete
  18. Tapi tak mengapalah, since masalah dah dipanjangkan harap kerajaan jangan tutup mata & telinga pula. Bertindak lah segera.

    ReplyDelete
  19. Jangan tunggu ada kemalangan jiwa berlaku baru kelam kabut ambil tindakan. Itu dah terlambat tu. huhu

    ReplyDelete
  20. Atukoiiiiii, punya teruk itu jalan. Takkan lah satu orang pun wakil rakyat tak nampak?? Atau mungkin memang tak nampak sebab dorang naik helikopter ja kalau lawat kampung.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan harus lakukan sesuatu. Tak lama lagi next GE memanglah tak hairan banyak masalah kena highlight. Tapi kalau j/raya sudah begitu teruk, rasanya rakyat pun tak buta utk bg undi free. So pastikan j.raya di seluruh pelusuk Sabah diperbaiki segera.

    ReplyDelete
  22. Memang perlu di perbaiki lagi..tapi kerajaan telah buat yang terbaik.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan harus buat sesuatu...PRU tidak lama lagi ni.

    ReplyDelete
  24. Harap bajet 2012 ini dapat membantu menaiktarafkan jalan raya di Sabah.

    ReplyDelete
  25. Pembangkang banyak cakap saja..bolehkg mereka selesaikan masalah ini dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete
  26. Harap kerajaan akan ambil perhatian dalam hal ini...

    ReplyDelete
  27. belum lagi siap dibina satu jalanraya, timbul sudah masalah jalan yang sudah dibina sebelum ini. rasanya dengan peruntukan yang diberikan setiap tahun, masalah berhubung dengan jalan ni bukan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. rakyat pun perlu juga faham.

    ReplyDelete
  28. yang wakil rakyat tu pun kerap2 la turun padang tengok permasalahan rakyat. kadang2 ada juga wakil rakyat yang tidak tahu permasalahan rakyat di bawah kawasannya sebab hanya datang bila musim2 berkempen.

    ReplyDelete
  29. pembangkang seperti PAS jangan hanya menuding jari dan kritik itu ini tapi sendiri tiada tindakan yang diambil.

    ReplyDelete
  30. saya rasa pembaikan jalan lebih banyak ditumpukan di kawasan2 bandar berbanding di kawasan2 pedalaman. diharap, pembangunan akan diseimbangkan antara bandar dan pedalaman.

    ReplyDelete
  31. pembangunan memerlukan masa untuk dilakukan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  32. usaha untuk menaiktaraf kemudahan jalan harus terus dilakukan.

    ReplyDelete
  33. harap keperluan rakyat akan sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  34. Mengenai jalan raya yang kurang baik ini akan diambil perhatian dan akan ada susulan pembaikan seterusnya.

    ReplyDelete
  35. Kerajaan menunggu aduan daripada wakil atau penduduk mengenai perkara sebegini. Supaya kerajaan dapat memastikan masalah ini akan dapat ditangani dengan segera.

    ReplyDelete
  36. Semestinya masalah ini akan timbul. Kerana Sabah masa dalam menaiktaraf seluruh jalan yang ada tidak kira dibandar dan juga luar bandar.

    ReplyDelete
  37. Semakin banyak isu yang cuba dibangkitkan oleh Pembangkang mengenai masalah. Ini cuma mainan yang dibuat oleh pembangkang sebenarnya. Maka janganlah mudah percaya dan terpengaruh dengan apa yang pembangkang mainkan.

    ReplyDelete
  38. Sistem and kualiti jalan raya harus diambil perhatian wajar sebab ia melibatkan nyawa pengguna.

    ReplyDelete
  39. Kelemahan jalan raya harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  40. Semoga kerajaan negeri memberi yang terbaik untuk memperbaiki jalanraya yang kerap berlaku kemalangan. Nyawa pengguna harus diambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  41. Kemudahan asas harus diperbaiki lagi. Jangan membiarkan rakyat terus mendelita dan kecewa dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  42. Kerja naik taraf harus diambil.

    ReplyDelete
  43. Kualiti jalan harus sentiasa pantau dan dikemaskini agar semua pengguna selamat.

    ReplyDelete
  44. Masalah tersebut harus diperbaiki dan diselesaikan supaya keadaan tidak menjadi teruk.

    ReplyDelete
  45. Laporan berkenaan kerosakan jalan raya harus diambil perhatian dan tindakan wajar harus diambil juga.

    ReplyDelete
  46. Kelemahan harus sentiasa diperbaiki agar lebih bermaju.

    ReplyDelete
  47. rakyat di kelantan juga bosan dan kecewa kerana sehingga hari ini setelah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu, kerajaan PAS masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri itu.. PAS perlu ingat, air lebih penting dari jalanraya..

    ReplyDelete
  48. dekat2 pilihanraya, baru saya nampak PAS aktif menyuarakan masalah rakyat Sabah.. patut la dapat telur masa PRN Sarawak.. rupanya suka buat kerja last minute..

    ReplyDelete
  49. INI KALI LAH!!! Undi ASALKAN BUKAN UMNO/BN!!!

    ReplyDelete
  50. lain kali lah kalau YTL dan JK masing2 mahu jadi KM Sabah..

    ReplyDelete
  51. Mana sudah highway Tenom Beaufort melalui sungai Padas yang Mahathir lakukan pecah tanah semasa beliau menjadi perdana menteri dulu? Sudah siapkah kah itu NEJI atau BN hanya tahu menipu rakyat dengan membodohkan rakyat yang berpanas suruh tunggu PM di padang pekan Tenom dulu. Sudah berapa puluh tahun sudah itu neji.

    ReplyDelete
  52. Anon, kenapa PR dan pembangkang2 yang lain tidak tuntut itu highway?? kenapa dorang senyap saja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.