Monday, January 23, 2012

Baucar Buku 1M Dilelong Di Internet

Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

  • Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'.
  • Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.
  • Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu. -BH



4 comments:
Write comments
  1. Hahahaha ini perancangan kerajaan BN yang tidak dibuat kajiselidik terlebih dahulu. Last last bantuan itu membazir duit saja. Mungkin bantuan BRIM berjumlah RM500 itu pun ada yang gunakan untuk beli 4D saja ataupun sepuluh tiga.

    ReplyDelete
  2. ambil baucer ni convert ke duit, student buat mcm itu sbb
    hidup rakyat terkini sudah hidup makin sempit
    inilaa caranya, setakat nak beli buku, orang dah tak buat dah
    boleh pinjam, sebenarnya sekarang pun dah ada program e-learning
    tu laa namanya knowledge sharing

    ReplyDelete
  3. apa salahnya tukar baucer buku 2… ingat student kerja HADAP, MAKAN buku je?? duit makan mau pakai apa???
    .
    .
    .
    patut bagi cash teros… RM100 boleh, RM500 boleh… asal xboleh Rm200 cash??? dah larr makan sekarang mahal… pas2 convert duit BISNG2… hello, intake bulan NOV 2011 buku dah dibeli… nak pakai apa lagi… dah larr sem akhir pas2 degree bulan 9…. (EXPIRED DATE 31/3/2012, NAMPAK SANGAT KAN SEBAB PRU!!!)

    ReplyDelete
  4. najib, pemikiran generasi muda x statik spt kebanyakan org lama. dorg ambil RM ttp belum tentu undi kau/BN!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.