Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin.
FIFI RAMADHANI yang dapat diselamatkan dari menjadi tebusan seorang penagih dadah masih kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ibunya, Santi (kiri).
Bapa mangsa, Syafruddin Marlis, 47, memberitahu, dia masih teringat bagaimana keadaan mencemaskan itu berlaku ketika hanya mereka bertiga berada di rumah yang terletak di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.
Katanya, dia dapat mendengar rintihan dan rayuan anaknya minta dilepaskan suspek yang merupakan penagih dadah jenis syabu terbabit.
“Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama.
“Rayuan kami tidak diendahkan dan suspek memberi amaran supaya tidak mendekatinya jika tidak mahu kami dibunuh,” ceritanya ketika ditemui. -kosmo
Thursday, January 26, 2012
Fifi, Mangsa Tebusan Masih Trauma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.