Sunday, January 8, 2012

Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Sebagai PM

Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya! Dalam mesejnya di Twitter malam tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.



Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba! Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu! -jalanpulang


6 comments:
Write comments
  1. Salam JAY..,semua itu adalah kuasa ALLAH.Mana tau apa yg anda cakap.,menjadi kenyataan.Silap cakap begitupun dah bergegar kubu BN,macam manalah kalau dioran ni kalah...tak terbayangkan.

    ReplyDelete
  2. Itu bayang-bayang BN akan jatuh tersungkur!

    ReplyDelete
  3. kalau dah jadi kenyatan apa salahnya

    ReplyDelete
  4. itu mmbyangkn akn b'laku p'tukaran kerajaan dn PM skli slepas PRU-13 nnti...mdh2an akn mnjdi kenyataan...amin...ABU UMNO

    ReplyDelete
  5. Harap dia tak kena gam selepas ini!

    ReplyDelete
  6. Kesilapan tidak boleh dielak bro, Jika anda seorang yang beriman kepada ALLAH, maka tidak heranlah apa yang telah berlaku, kerana semua itu adalah ALLAH yang atur,..semua pergerakan manusia siapa yang atur kalau bukan ALLAH yang maha besar dan maha agung. Maka itulah kudratnya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.