Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.
Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.
"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau
Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.
"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.
Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.
Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama
"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.
Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.
"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.
Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. -tvsnews
Monday, January 30, 2012
Dr Mahathir Paling Takut Bila PR Berkuasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takut apa? masa ko memerintah rakyat ok jer. apa takut dengan bayang-bayang sendiri ke.
ReplyDeleteBukan senang untuk bergerak maju ke putrajaya banyak halangan dengan anjing2 bajingan yang berkeliaran; Pihak yang mempertahan Putrajaya telah siap melepaskan anjing2nya sejak sekarang hingga PRU13. Anjing2 ini diberi minum todi dan arak yang memabukkan sepanjanghari, sepanjangmasa untuk bersedia mengigitgonggongkan tubuh pahlawan reformasi. Jadi bersedialah dengan doa2 mustajab untuk jihad ke Putrajaya. Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai- maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi bahagikan antara rakan2. Tony Fernandez dapat airline business, anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas, Gamuda dapat infrastructure, Syed Mokhtar dapat itu dan ini, YTL , Taib mahmood dapat billion hasil menjarah Serawak. Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV. Menteri dan kroni dapat untung kutipan tol berbillion rm.Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu.Umno bahagian dan cawangan sedar dan insaflah anda tidak mendapat apapun yang untung adalah pimpinan UMNO dan kroninya sahaja.
ReplyDelete