Friday, January 27, 2012

Hassan Ali Bermimpi Di Siang Hari

Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.

“Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.

“Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?

“Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.

“Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno,” katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.

Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum.

Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri.

Kempen KTS tidak masuk akal

Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata,

“Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian.

“Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan,” katanya.

Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS.

2 comments:
Write comments
  1. Yang Ramai Orang Tak Tahu di Malam Pemilihan PAS tahun 2009 yg dibuat Di Shah Alam, Hassan Ali telah Bekejasama dgn UMNO mengatur keputusan Pemilihan dengan Operasi Khas (Projek Kerajaan Perpaduan) - Ramai yg terkejut pada Nasaruddin diumum Pemenang Jawatan Timbalan Presiden PAS walaupun Kiraan Awal Husam Musa Mendahului.. Yg Lebih Pelik, Keputusan hanya diumumkan pada Jam 2 pagi untuk kiraan seribu Perwakilan.. Malah sesetengah Perwakilan diletakkan di Hotel Mewah. jadi kini anda Faham kepada Kroni Besar UMNO (SYABAS-PUNCAK NIAGA) menaja Mukatamar PAS tahun 2009 di Selangor. Akhirnya Rancangan Jahat Hassan berkubur ketika Pemilihan di Taman Melewar tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Tiga Hujung;Kuasa ketiga adalah BERSIH 3,kerana kuasa Rakayat adalah pemangkin Keamanan dan Kemajuan Negara.Kuasa Risis dan Kroni bagaikan anai2 meruntuhkan perpaduan Kaum dan Kemajuan Rakayat dan Negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.