Monday, January 23, 2012

Ceramah Asal Bukan Umno diserang

Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke

Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

“Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.

“Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.

Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga."

"ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi. -SH

3 comments:
Write comments
  1. bukan cerita baru kalau melibatkan POLIS RAJA DI MALAYSIA!..polis dan UMNO umpa KENTUT DGN TAIK sememang nya tak boleh di pisahkan!..banyak contoh untuk tidak menyangkal tuduhan SAMM..saya lihat video dan betapa jijik nya lihat anak muda didikan UMNO beraksi!..sunggoh menjijikan!!..tg kita lihat adalah MELAYU BANGSAT!..

    ABU..ASALKAN BUKAN UMNO!

    ReplyDelete
  2. UrmMNgOk dah basah seluar dlm!!!

    ReplyDelete
  3. perbuatan politik yg sgt kotor....
    umno dan bn yg sgt terdesak.....
    guna samseng utk ganggu majlis....
    telor puak umno semakin kecut...
    rakyat sudah nampak....

    BENAM UMNO !!!!!
    KUBURKAN BN !!!!!
    CAMPAK MIC DAN MCA DLM LAUT !!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.