Thursday, January 5, 2012

Yong pelawa Lajim Sertai SAPP

Berikutan khabar angin yang kuat bahawa Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Lajim Ukin akan tinggalkan Umno, Parti Maju Sabah (SAPP) mempelawa ahli parlimen Beaufort itu untuk menyertai mereka menumbangkan BN dan membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

PNONEresiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, apa yang Lajim perlu buat ialah mengambil langkah pertama meninggalkan Umno sekarang, dan bekerjasama dalam rangka kerja ABU (Asalkan Bukan Umno).

"Jangan sembunyikan lagi niat anda... semua orang kini tahu Datuk Lajim mahu tinggalkan BN. Walaupun agak sikit terlewat, tetapi saya rasa ianya lebih daripada tak langsung, selagi Sabah selamat," kata Yong di majlis makan malam tahunan SAPP Beaufort baru-baru ini.

ABU adalah sebuah organisasi yang dilancarkan oleh beberapa NGO dengan matlamat untuk menewaskan Umno.

Yong (kiri) berkata, SAPP mahu bekerjasama dengan Lajim dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, ekoran laporan yang beliau mahu meninggalkan Umno dan BN.

"Semoga, Lajim tidak lagi perlu main sorok-sorok," katanya.

Reaksi Lajim

Sementara itu, dalam responnya kepada Malaysiakini, Lajim berkata beliau "tidak mahu mengulas sekarang" sama ada beliau akan meninggalkan Umno.

lajim ukinTambahnya (kanan) beliau akan membuat kenyataan jika ia berlaku
(meninggalkan Umno).

"Berita yang anda siarkan adalah salah ... seolah-olah (bila) saya dilihat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di satu majlis Hari Raya,bermakna saya mahu menyertai PKR?

"Ini adalah politik dan saya telah terlibat di dalamnya selama lebih daripada 20 tahun.

"Saya berada di sana, di kawasan pilihan raya saya dan jika saya lihat di kalangan ahli pembangkang, saya hanya mahu jalinkan silaturrahim."

PAS dan Yong, tambah Lajim, hanya mengatakan sesuatu untuk kepentingan politik. -MK

70 comments:
Write comments
  1. PAS juga mengalu-alukan Lajim untuk menyertai mereka, kini SAPP turut mempelawa Lajim. Masih belum ada keputusan daripada Lajim sama ada beliau akan keluar parti ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. Terpulanglah kepada Lajim sama ada beliau akan keluar parti ataupun tidak.

    ReplyDelete
  3. There is no guarantee that Lajim will jump party this time.

    ReplyDelete
  4. Belum lagi kompom Lajim akan keluar parti tapi sudah banyak parti yang membuka besar pintu mereka untuk mempelawanya masuk.

    ReplyDelete
  5. Benarkan Lajim akan keluar parti, kita pun belum boleh pasti lagi. Biarlah Lajim membuat kenyataan beliau dulu.

    ReplyDelete
  6. Nah..senyum2 sudah si Lajim. Banyak terus yang mahu offer bekerjasama sama beliau.

    ReplyDelete
  7. Mmg cian org sabah hasil ada tp miskin puak2 kroni bn semua rembat.. napa orang sabah tak boleh fikir masih mengharapkan kebendaan bukan membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  8. siapa yg jdi wakil rakyat di sabah mmg giler kaya raya,,,,sampai tak nampak masalah rakyat,,,,boleh dikatakan dah banjir dgn $$$ sampai tak nampak kedepan, $$$ pun tak tahu mana lagi nak simpan lagi

    ReplyDelete
  9. Kerusi Parlimen Sabah & Sarawak adalah Fixed deposit BN kan mencair pada PRU13 ... Go Pakatan Go hancurkan UMNO dan sekutu BN yg korupsi...Jika kerusi di Semenanjung boleh dipertahankan , Pakatan hanya perlu 17 kerusi tambahan lagi dari lebih 50 kerusi di Malaysia Timur untuk majoriti mudah....

    ReplyDelete
  10. apa korang risau..org sabah memang suka dilembukan oleh BN...pilihanraya 1000 taun lagi pung depa sokong BN jugak...sabah dan sarawak kubu kuat ooo..

    ReplyDelete
  11. mcmn nak melawan bro.. maw bersatu pun local hanya 1/3 pribumi sabah. PERTUMBUHAN PENDUDUKAN PALING AJAIB DI DUNIA.. BAHKAN TANGAN AJAIB UNTUK MEMANGKAH UMNO/BN TERLALU RAMAI.. BIKIN HAIRAN!!!

    ReplyDelete
  12. sapa ndak kenal lajim? bapak segala katak...ngam la seperjuangan sama c tik li tuh....world best Backstabber for all time.

    ReplyDelete
  13. tukar aje....kalau parti lain memerintah pun tak akan Malaysia nak di Jual....jgn ikut cakap umnnooooo tu....rakyat jgn takut kuasa sebenarnya ditangan kita.ABU......

    ReplyDelete
  14. PR Tidak akan mampu menumbangkan BN sebab BN dah simpan zink tangki jamban biru dan $$$ untuk mengaburi rakyat sabah.ini kalilah

    ReplyDelete
  15. Aku orang sabah, meminta dan merayu... TOLONG BUAT PERUBAHAN... demi masa depan anda, anak2 dan cucu2 kita, TOLONG BUKA MATA dengan kesusahan dan kemiskinan RAKYAT SABAH walaupun SABAH mempunyai HASIL BUMI yang banyak... ianya tidak dirasai oleh rakyat. TIDAK SALAH untuk mencuba melakukan perubahan... ini kerana sekiranya PR juga tdk dpt membantu, maka anda boleh mengubah lagi pada PRU akan datang... cukup2 ler SABAH menjadi negeri yang penduduknya termiskin, tanah dirampas, org2 kampung tidak menikmati kemudahan asas yang sepatutnya... SILA PERHATIKAN Kawasan2 yang PR menang... mrk mendapat kemudahan asas, pembelaan sama ada dr PR mahupun BN, BN baru buka mata bila rakyat tolak, dan akan terus memperbodohkan rakyat selagi masih memerintah... FIKIR2KANLAH...

    ReplyDelete
  16. kepada anon yang memberi komen bahawa PR tidak dapat menumbangkan BN disebabkan zink dan jamban biru terlalu menghina rakyaat sabah,cuba bayang kan masa zaman berjaya walau pun diberi Amanah Rakyaat Sabah ia tidak melunturkan jiwa dan maruah rakyaat sabah bila telah bersatu hati tidak kira ugama dan bangsa menjadikan Tan sri Haris Salleh hilang jawatan sebagai Ketua menteri...pada masa sekarang rakyaat sabah sedang meneliti siapa yang boleh memimpin mereka untuk menghadapi masa depan dan menuju ke 2020..kalau mengharapkan BN saya mahu pencen sudah belum saya nampak kelibat sabah akan maju menjelang tahun 2020 bersama-sama dengan negeri-negeri di malaysia,masih lagi ada rakyaat di sabah menggunakan air hujan sebagai pencuci baju dan badan cuba pegi di Tenom,Kemabong,Pensiangan Sook dan daerah sebelah utara...cukup kesihan bah rakyaat sabah ini...berubahlah sebelum ketinggalan Bas atau keretapi...tumbang kan BN kali ini

    ReplyDelete
  17. betul tu demi maruah negeri sabah untuk lima ke depan lupakan dulu lambang dacing..cukup-cukup la rakyat sabah menderita di atas kerakusan umno/bn memerintah..tidak serik lagi ka..yang kaya lagi kaya yang miskin di tambah miskin.. ayuh rakyat sabah buat perubahan untuk masa depan untuk cucu-cicit kita

    ReplyDelete
  18. wahai orang sabah...syabas kerana diatas kesedaran politik yang berlaku disabah..ubahlah politik sabah..tukar pemerintah..buat kempen secara senyap..masih ada peluang untuk merubahnya..sokonglah pemimpin anda jangan kira siapa calonnya yang baru biarlah dia berlajar sebab yang lama masih ada untuk membimbingnya..yang penting satu tuju, satu matlamat satu impian, satu pakatan untuk kalahkan kera jaan umno..bermulah dari sakarang..semoga berjaya..

    ReplyDelete
  19. "Ini Kali Lah", slogan ini mestilah direalisasikan sepenuhnya terutama ketua2 Barisan Pembangkang Sabah dan Sarawak (Borneo). Peluang PRU13 adalah yang terakhir untuk parti2 Pembangkang Borneo(Sabah) untuk bersatu dan seterusnya memenangi PRU13 nanti dan seterusnya melaksanakan perjuangan UBF selama ini. NYAHKAN PERCAKARAN. INGAT MASA DEPAN GENERASI MUDA ANDA. Sayangi Negara Sabah yang Tiada Duanya.

    ReplyDelete
  20. nampaknya ramai yang cuba merisik lajim...

    ReplyDelete
  21. namun lajim sudah katakan sampai masa dia akan umumkan..jadi kita tunggu dan lihat saja.

    ReplyDelete
  22. khabar angin yang kuat ini telah menyebabkan banyak spekulasi berkumandang...parti2 pembangkang juga banyak yang cuba memikat lajim menyertai mereka atas kapasiti lajim sebagai ketua bisaya..

    ReplyDelete
  23. apa2 pun ianya terpulang kepada tuan punya badan sama ada mahu terus atau mencari kapal politik lain...

    ReplyDelete
  24. pru13 makin hampir...kemungkinan sabah akan mengalami tsunami politik..

    ReplyDelete
  25. apa yang akan berlaku pada pru 13?

    ReplyDelete
  26. its up to lajim to decide..

    ReplyDelete
  27. Lets see which party will he decide to join.

    ReplyDelete
  28. bangkit lah wahai rakyat sabah buat lh perubahaan PRU - 13 nnti. klu Datuk Lajim bloh berubah knapa kta tdk blh berubah..berubah demi kebaikan semua.kta fkirkn bersma ok.

    ReplyDelete
  29. Semoga Lajim dapat membuat keputusan yang bijak mengenai perkara ini. Kepastian masih belum terjawab lagi.

    ReplyDelete
  30. Teruskan usaha membantu penduduk. Perjuangkan hak penduduk Sabah. Datuk Lajim pasti boleh melakukannya. Teruskan berjuang dibawah kerusi BN Sabah.

    ReplyDelete
  31. khabar angin yang dikaitkan dengan Lajim belum tentu benar kerana itu hanyalah sekadar khabar angin.

    ReplyDelete
  32. apa pun, tidak perlulah terlalu percaya dengan khabar angin.

    ReplyDelete
  33. walaupun SAPP berminat dgn Lajim, tapi rasanya Lajim takkan brminat dgn SAPP.

    ReplyDelete
  34. lagipun belum tentu lagi Lajim nak keluar UNMO, semua ini hnyalah kabar angin.

    ReplyDelete
  35. samada benar atau tidak beliau akan keluar dari UMNO/BN, hanya Lajim sahaja tahu niat sebenar

    ReplyDelete
  36. jadi, tidak payahlah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh

    ReplyDelete
  37. terpulanglah kepada rakyat siapa mereka mahu undi dalam PRU akan datang nanti

    ReplyDelete
  38. dan terpulanglah juga jika rakyat masih mahukan Lajim

    ReplyDelete
  39. walau apa pun, rakyat Sabah masih memerlukan kepimpinan Ketua Menteri kita untuk memajukan negeri ini, yang mana masih di tahap termiskin di Malaysia

    ReplyDelete
  40. He will regret it. Overall depends on what Lajim thinks about it.

    ReplyDelete
  41. Hope he will make his own decision without being influenced by other people's perception.

    ReplyDelete
  42. belum pun Lajim buat kenyataan rasmi bahawa beliau akan keluar, sudah ada pula pihak yang tidak sabar2 mau invite dia..

    ReplyDelete
  43. takkan SAPP tidak takut ambil 'katak' masuk parti mereka?? itupun kalau dia mau keluar la.. tapi saya tengok dalam kenyataan2 beliau yang terbaru, tidak sama pula dengan khabar angin yang diwar2kan oleh pembangkang..

    ReplyDelete
  44. mula2 Bumburing, kemudian Lajim.. entah lepas ni siapa pula yang akan kena..

    ReplyDelete
  45. memang tidak salah jika Lajim berada di kalangan pemimpin2 pembangkang tapi biasalah, pasti ada pihak akan memandang dari sudut negatif perkara ini.

    ReplyDelete
  46. simpanlah dulu niat tu wahai SAPP, PR.. belum ada kenyataan Lajim akan keluar BN.

    ReplyDelete
  47. YTL sudah tua dan senior dalam politik pun mudah terpedaya dengan kabar angin. Ada kenyataan rasmi Lajim keluar parti ka???

    ReplyDelete
  48. Mainan politik saja ba tu.

    ReplyDelete
  49. Pelawa saja pun belum pun Lajim cakap ya kan.. hehe

    ReplyDelete
  50. Politik ni banyak ragam dan k/kala susah sangat nak dikesan jika ia sekadar lakonan atau sebaliknya. Namun sebagai rakyat yang bijak, kita patuyt tahu apa yang patut dibuat.

    ReplyDelete
  51. Sekarang ni kita tunggu dan lihat salah apa kata Lajim nanti. Tak baik buat kesimpulan tanpa pengakuan peribadi si empunya diri:P

    ReplyDelete
  52. Sekarang ni, saya cuma mengharapkan agar setiap masalah yang timbul di Sabah dapat diselesaikan demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  53. Harap Lajim buat keputusan yang betul dan kita sebagai rakyat pun kena buat pilihan yang tepat next GE nanti.

    ReplyDelete
  54. Tiada beza Lajim beradda di BN atau tidak, yang penting azam dan usaha beliau masih berkekalan.

    ReplyDelete
  55. Just wait for Lajim decision. Hope he is not disappointing the people.

    ReplyDelete
  56. Not a bad idea if Lajim stand in opposition side.

    ReplyDelete
  57. Tidak perlu menumpu terlalubanyak tumpuan keatas lompat parti Lajim, beliau akan buat keputusan yang baik. Yang penting, masalah di Sabah ini harus diutamakan.

    ReplyDelete
  58. Budaya lompat parti tiada kejutan sebenarnya. Tsunami Politik di Sabah mungkin satu kejutan yang amat tidak terjangka.

    ReplyDelete
  59. Harap Datuk Lajim tidak akan keluar Parti..

    ReplyDelete
  60. Kita tunggu sahaja keputusan datuk lajim.. mana arah tujuan beliau..

    ReplyDelete
  61. Begini lah politik..banyak cerita... tidak tau mna betul mana tidak betul..

    ReplyDelete
  62. lajim still still with BN.

    ReplyDelete
  63. Buakn tidak mngkin Lajim menyertai PAS atau SAPP. Berkemungkinan kombinasi menghasilkan kesasn yagn positif.

    ReplyDelete
  64. Lets wait and see what is Lajim decision. Hope he still continue his good work for the people.

    ReplyDelete
  65. Semua target nak Lajim menyertai mereka, walau apa pun, menanti khabar baik dari Lajim terutama PRU13 akan sampai.

    ReplyDelete
  66. Tidak perlu menumpu terlalu banyak perhatian kepada lompat parti ini, perkara ini selalu berlaku di politik. Budaya ini memang mendatangkan kesan negatif kepada BN.

    ReplyDelete
  67. betul ke musa aman dan marina matahir dah rampas tanah sabah sebanyak 70%

    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  69. ini yg risau ni tanah sy hampir puluh tahun duduk jbtn tanah ckp kena ambil alih adui

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.