Thursday, January 5, 2012

JPN Beri Mykad Kepada Orang Lain?

SEORANG peniaga, Rosilawati Binti Senan, 48, terkejut setelah diberitahu oleh kaitangan Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu bahawa Mykad miliknya bernombor 640704125342 telah dimiliki orang lain yang kini menetap di Kepong, Selangor.

Rosilawati yang menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa beliau telah mengadu masalah ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, namun kesnya belum diselesaikan sejak tahun lalu.

Menurut Rosilawati, beliau hairan kerana Salinan Pendua Kad Pengenalan Biru di Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) adalah miliknya, namun MyKadnya diserahkan kepada orang lain.

“Semua data saya dalam Mykad ditukar tetapi masih menggunakan nama yang sama,” kata Rosilawati yang terpaksa membuat laporan polis setelah menunggu terlalu lama sehingga perniagaannya terjejas.

Tegas Rosilawati, beliau terkesima dan bingung dengan kejadian tersebut dan tidak menyangka sama sekali bagaimana data peribadi termasuk cap jari, gambar boleh ditukar sewenang-wenangnya oleh sindiket tertentu di Jabatan Pendaftaran Negara.

Sehubungan itu, Rosilawati telah membuat laporan polis RPT/LDU/0070/12 di Balai Polis Lahad Datu pagi kelmarin yang mendesak agar PDRM dan JPN menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang melakukan jenayah berkenaan ke muka pengadilan.

Sebagai pemilih berdaftar dan penyokong kuat Barisan Nasional di parlimen Silam, Rosilawati terkilan kerana tidak dapat menunaikan tanggung jawabnya pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mempunyai MyKad.

“Saya pun tidak tahu mau buat apa dan takut untuk ke mana-mana kerana data dalam Sistem JPN telah ditukar kepada orang lain,” kata Rosilawati yang memohon penjelasan daripada Ketua Pengarah JPN berhubung sistem keselamatan di JPN yang mudah diceroboh tanpa dikesan.

Rosilawati turut merayu agar penama yang menggunakan MyKadnya segera mengembalikan secara sukarela kerana beliau amat memerlukan Mykad tersebut untuk meneruskan kehidupannya sebagai peniaga bagi menyara anak yang ramai.

“Tiada MyKad, maka tiada kehidupan. Harap JPN tidak membunuh saya sebelum kematian sebenar,” ujar Rosilawati yang kesal dengan kejadian yang menimpanya.

Dalam pada itu, Sabahkini.net masih menanti jawapan daripada JPN Putrajaya berhubung isu ini.

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

21 comments:
Write comments
  1. JPN perlulah tampil memberi penjelasan tentang perkara ini. Kenapa pendaftaran nama menjadi begitu?

    ReplyDelete
  2. Pastikan isu seperti ini tidak akan berlaku lagi, semoga Rosilawati boleh mendapat balik MyKad beliau.

    ReplyDelete
  3. Di sabah mcm2 isu tentang mykad & sijil kelahiran sbb byk rakyat tempatan x memiliki mykad dan lagi rakyat asing mengaku rakyat sabah..

    ReplyDelete
  4. Ternyata benar mereka nak tawan selangor melalui cara kotor sempoi2 betul BN.

    ReplyDelete
  5. Ini macam pun boleh jadi kah? Kalau kali2 jadi macam ni, bukan lagi tidak sengaja tapi macam sengaja.

    ReplyDelete
  6. undi hantu..... "____"..kumpul byk2 identiti orang...pastu... menang....hm...politik2.....hahaha.....sian makcik ni...

    ReplyDelete
  7. Buat apa menang kalau menipu...makan elaun haram sekeluarga...Terimalah balasannya di akhirat kelak....Nauzubillahminzalik

    ReplyDelete
  8. masalah ini harus diberikan perhatian dan perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. harap pekara ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan pekara seperti ini tidak akan berulang lagi.

    ReplyDelete
  10. bagaimana perkara ini boleh berlaku, JPN kena beri penjelasan.

    ReplyDelete
  11. perkara ini pasti akan memjejaskan nama baik JPN.

    ReplyDelete
  12. Kenapa boleh perkara ini berlaku? JPN seharusnya menjelaskan perkara ini.

    ReplyDelete
  13. apa sudah jadi dengan JPN?? kalau banyak sangat clerical error baik buang saja semua kerani dan pegawai2 JPN..

    ReplyDelete
  14. mesti antara mereka berdua ini salah seorang adalah PATI.. mungkin pengadu, dan mungkin juga individu yang menetap di selangor itu..

    ReplyDelete
  15. isu yang boleh menjejaskan JPN. Bagus juga dia buat report polis,kalau tidak apa2 yang berlaku kemungkinan dia pun kena juga.

    ReplyDelete
  16. Polis harus menyiasat kes ni. JPN perlu settle dengan segera.

    ReplyDelete
  17. jadi, apa pula penjelasan JPN kali ini??

    ReplyDelete
  18. susahlah kalau dalam JPN sendiri ada yang kerja tidak amanah.

    ReplyDelete
  19. yang hairan kenapa PATI boleh memiliki mykad? JPN dah pandai songlap juga ka..

    ReplyDelete
  20. banyak faktor yg menjadikan pengundi di sabah bertambah.. sebelum itu kita patut mengkaji latarbelakang sejarah sabah yg merdeka dlm msia pada tahun 1963.. sblum merdeka ramai pendatang dari indonesia dan filipina telah datang ke sabah untuk berkerja..berniaga..pelaut.. bila sabah merdeka mereka telah memilih menjadi rakyat msia wlpun tidak lahir di sabah.. mereka diikhtiraf sbg penduduk sabah yg sah.. tetapi ramai juga pendatang yg dtg ke sabah selepas 1963..mereka2 ini ada yg menjadi rakyat sabah disbbkan beberapa perkara..spt penduduk tempatan menjual surat lahir dan ic anak mereka mereka kpd pendatang utk mendapatkan wang segera..ada anak yg sudah mati..dan anak yg masih hidup..dikhabarkan juga adanya projek ic..tapi rasanya dilaksanakan oleh individu tertentu utk motif mendapatkan wang segera..dan pendatang sanggup bayar dgn jumlah yg banyak asalkan mendapat kerakyatan msia.. berkenaan projek ic utk kepentingan politik saya tak pernah dengar dan tak berapa pasti… tiada bukti sahih yg dapat saya berikan dan saya hanya mendengar suara2 org..dan satu lagi..ramai jugak anak anak pendatang telah memohon kerakyatan msia secara sah setelah mereka telah menetap lama di sabah..dan telah diluluskan oleh jab pendaftarfan secara sah mengikut undang2 dan tiada kaitan dgn politik…itu antara sbb mengapa rakyat dan pengundi di sabah bertambah dgn banyaknya…

    ReplyDelete
  21. kehadiran ramai PATI ni tidak boleh salahkan bulat2 kepada PATI2. tidak dinafikan rakyat Malaysia sendiri ada yang membantu mereka untuk memudahkan mendapat kerakyatan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.