PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan ketidak cekapan Kerajaan UMNO-BN mentadbir negeri Sabah sehingga banyak pembangunan tergendala, terutama disebabkan kebanyakan projek diberikan kepada kontraktor yang tidak layak kerana 'Projek Top-Up'.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menyatakan sehingga ke hari ini Jambatan Sapagaya di Lahad Datu gagal disiapkan setelah tergendala begitu lama, sedangkan Lebuhraya Berkembar sudah lama siap.
"Mungkinkah UMNO-BN sudah bankrap sehingga tidak mampu membayar tuntutan kontraktor kerana kita dimaklumkan projek berkenaan lambat siap disebabkan kontraktor belum dibayar? Benarkah?," tanya Citra sambil menggesa Jabatan Kerjaraya memberi penjelasan kenapa projek berkenaan tergendala.
Citra menegaskan, JKR hendaklah menjelaskan sama ada denda ada dikenakan kepada kontraktor terbabit kerana beliau percaya dilakukan oleh subkontraktor.
"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala," kata Citra dengan nada kesal.
Menurut Citra, para pengguna jalanraya berkenaan yang menghadapi masalah perhubungan akibat jambatan berkenaan menghubungi beliau setelah aduan mereka kepada JKR, Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam tidak diendahkan.
Oleh : AHMAD LAZIM (sabahkini)
Friday, January 27, 2012
Benarkah UMNO-BN Bankrap?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ahli UrmMNgOk/BN membuncitkan perut masing2 n membankrapkan majoriti rakyat n negara!!!
ReplyDeletetidak lama lagi JKR akan beri penjelasan..
ReplyDeletekalau kerajaan BN bankrap mana mungkin ada BR1M yang turut dinikmati oleh alhi pembangkang..
ReplyDeletekita tunggu dan lihat apa perjelasan JKR..
ReplyDeletesiapa kontraktor yang dilantik?
ReplyDeleteTerima kasihlah kepada BN yang menjadikan negeri Sabah ini negeri yg termiskin. nanti jumpa PRU13, INI KALI LA KASI TUMBANG.
ReplyDeletemgkin ada penjelasan kenapa ia belum siap.
ReplyDeleteKalau UMNO BN bagi,ambil saja,itu hak rakyat. Sepatutnya YB2 Sabah yang macam kerbau dicucuk hidung ini bertindak memajukan rakyat mereka disetiap daerah dengan membagi tanah walau sedikit untuk rakyat dapat bercucuk tanam bagi menambah pendapatan, Kilang2 perindustrian perlu dibina untuk memproses hasil bumi ini agar tidak dibawa keluar dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat agar tidak berhijrah keluar. Kasihan rakyat Sabah ramai yang susah,sudah lebih 40 tahun merdeka bersam,a Malaysia yang maju negeri2 semenanji9ng dan bangsa melayu juga yang diutamakan. Projek pembangunan hanya tertumpu dinegeri2 semenanjing, manakala diSabah ini hanya projek2 yang sederhana,makmal komputer untuyk sekolah2 diSabahpun terbengkalai,mana perginya Pemimpin@ Sabah ini.
ReplyDeletekontraktor yang lambat siapkan projek harus dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeleteitu wakil rakyat BN Umno L/Datu sudah ngap ba pksa tungu tambahan buget pilihanray baru start bikin lgi..tontolou butul tidak mangarti ba kau ni
ReplyDeleteWhat does UMNO-BN has anything to do with a civil project? It's not about UMNO-BN's coffer. It's more of the State's coffer: The Tax-payers money. This guy is can't even get his facts straight.
ReplyDeletehaving said that, I hope this matter will be look into and solution will be provided. This is our tax money (NOT UMNO-BN, as that person claims). They should have been put to good use
ReplyDeleteMacam mana ada tender projek tapi tiada peruntukan untuk salurkannya? Bila peruntukan lambat, maka projek pun tergendala. Bukankah ini boleh menyebabkan lebih banyak kerugian?
ReplyDeletepenjelasan demi penjelasan yang perlu diberi kepada rakyat
ReplyDeleteWhy most of the construction workers are foreigners?
ReplyDeleteNi mesti kes. Lain company dapat tender tapi lain pula yang buat kerja.
ReplyDeleteharap kontraktor tu didenda sebab kelewatan menyempurnakan projek tu.
ReplyDeleteBerkenaan projek jambatan tidak siap bukan UMNO/BN yang salah, kerajaan sudah sediakan peruntukan cuma kontraktor yang terlibat bermasalah, didalam perkara ini hanya JKR dan kontraktor saja yang tahu. UMNO/BN tidak bankrap yang bankrupt ialah PAKATAN pandai tabur janji saja, Anwar Ibrahim dulu Timbalan Perdana Menteri, tanya dia apa dia buat untuk Sabah, sekarang datang sini tabur janji menerusi air ludahnya.
ReplyDeletebyk lg jln yg kena buat... contoh nya... jln yg selalu rosak... yg ble menyebabkn kemalangan dan bloleh menyebabkn kehilangan nyawa jg... itu kn boleh menyebabkn kerugian pd negara... kalo kawasan 2... mana ada org mau laju.... sapagaya bh 2.. lg pun binatang liar selalu melintas jaln,mcm sapi...
ReplyDeletesama-sama la kita majukn sabah ni... peluang perkerjaan byk... hanya kte terlalu memilih kerja... kalau nk kerja di sektor perladangan... susah bg org kta nk kerja... sebab kerja nya berat... kalau senang mna ada org sabah lari ke semenanjung kerja...
ReplyDeleteProjek-projek kerajaan perlulah diberikan kepada kontraktor yang layak sahaja untuk mengelakkan daripada projek tergendala. Sekarang kerajaan wajar memastikan projek yang terbiar itu diteruskan sehingga siap.
ReplyDeleteDenda dan tindakan yang tegas perlulah diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mereka dengan sempurna. Lebih baik jika mereka ini diblack-listed supaya tidak akan diberikan projek pada masa depan.
ReplyDeleteBetul atau tak umnobn bankrap susah nak cakap.. huhu
ReplyDeleteJusteru, kerajaan aharus lakukan sesuatu terhadap dakwaan ini. Jangan biarkan rakyat berpendangan serong.
ReplyDeleteProjek2 jalan raya yang belum siap harus disegerakan. Jangan tunggu lama2.
ReplyDeleteAtukoiiiiii, punya teruk itu jalan. Takkan lah satu orang pun wakil rakyat tak nampak?? Atau mungkin memang tak nampak sebab dorang naik helikpter ja kalau lawat kampung. hahahhahhaa
ReplyDeleteHaraplah hal ini dapat perhatian dari kerajaan.
ReplyDeleteHarap projek2 yang tergendala dapat di siapkan dengan segera..
ReplyDeleteKerajaan harus buat sesuatu agar tidak hilang kepercayaan dari rakyat.
ReplyDeleteBetulkh dakwaan ini??
ReplyDeleteJangan salahkan kerajaan semata2..mungkin kontraktor yang di lantik yang tidak tau menjalan kan tugas mereka.
ReplyDeleteMana mungkin BN bangkrap.. khabar angin sahaja ni.
ReplyDeletekalau di negeri2 bawah pentadbiran pembangkang, adakah semuanya perfect? semua pembangunan terlaksana dengan jayanya dan tiada cacat cela?
ReplyDeletebila ada projek mesti ada saja masalah kontraktor. bagilah projek kepada kontraktor yang boleh dipercayai dan ada latar belakang performance yang baik.
ReplyDeletepihak UMNO-BN perlu bagi penjelasan tentang hal ini sebab pembangkang kini cuba untuk memperbesarkan isu. makin dekat PRU makin tambah banyak isu yang mereka buat.
ReplyDeleterasanya ini bukan soal bankrap ataupun tidak tapi ini soal pengurusan projek bila sudah berpindah tangan beberapa kali.
ReplyDeletekontraktor yang gagal melakukan tugas dengan baik wajar dikenakan tindakan.
ReplyDeletenegeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga banyak isu yang berlaku.
ReplyDeleteusaha berterusan perlu dibuat untuk memastikan pembangunan dibuat secara berterusan.
ReplyDeleteApa masalah yang dilaporkan oleh penduduk seharusnya diberikan perhatian dan bukannya diendahkan.
ReplyDeleteIni akan menjejaskan sokongan kerajaan jika perkara yang utama bagi penduduk tidak diambil kisah oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteBergantung kepada masing-masing menilaikannya. Bankrupt mungkin tidak tetapi banyak berugi.
ReplyDeleteKontraktor harus bertanggung jawab ke atas projek yang gagal atau tergendala.
ReplyDeleteJKR harus memantau perkembangan projek berkenaan.
ReplyDeletePenalti harus dikenakan kepada kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek dalam tempoh masa.
ReplyDeleteLaporan tersebut harus diambil perhatian yang serius dan wajar.
ReplyDeleteMungkin satu berita yang berciri memburukkan BN.
ReplyDelete"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala,"
ReplyDeletePihak berkuasa harus mengambil tindakan yang wajar dan pantas.
Pastikan kontraktor yang layak yang diberi keutamaan supaya lebih bijak mengendalikan projek yang diberi.
ReplyDeleteJKR harus turun padang untukmemastikan jalan raya dalam keadaan yang baik dan selamat.
ReplyDeletekenapa Citra tidak bertanya sendiri dengan kontraktor yang dipertanggungjawabkan?? siapa yang memaklumkan kepada Citra?
ReplyDeletejika Citra benar2 perihatin terhadap masalah rakyat, beliau sepatutnya tampil dengan tindakan2 profesional bagi membantu mengatasi masalah itu.. apa yang saya lihat, keperihatinan beliau ini sekadar mencari kesempatan disebalik kesempitan..
ReplyDeletedulu rakyat xcerdik... rakyat ingat kerajaan bagi duit kpd rakyat..
ReplyDeletesekarang rakyat dah cerdik..kerajaan ambil duit rakyat... kalo kerajaan bagi pun memang itu HAK RAKYAT, kerajaan dipilih untuk urus harta rakyat.. tp kerajaan sekarang setelah dipilih MEMBOLOT harta rakyat... kroni2 sume kaya raya, rakyat di kampung ade yang makan nasi tidak berlauk. PRU 13 rakyat perlu tukar pemenrintah...XSALAH tukar PM&menteri2, jangan ingat bila tukar kerajaan NEGARA HURU HARA... polis tetap POLIS, tentera tetap TENTERA, cikgu tetap cikGU... xjd masalah... yang ditukar Hanya PM&pak2 menteri sahaja... Ingat... negara yang MAHU KEMAJUAN rakyatnya perlu berani buat PERUBAHAN.
apa jaminan bahawa tukar kerajaan akan menjadikan rakyat kaya raya?? macam mana kalau yang malas cari kerja bro?? pemimpin2 pembangkang tidak ada kroni ka?? tidak rasuah?? tidak guna duit rakyat untuk membangunkan negara?? tidak guna duit rakyat untuk program2 bantuan kepada rakyat?? baru rampas negeri sudah timbul skandal korek pasir.. belum lagi rampas puterajaya.. pehh..
ReplyDelete