Monday, January 23, 2012

Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M

Sinar Harian 22 Jan 2012. ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam.

Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.

Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.



“Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.

“Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.

“Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.

“Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.

Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.

-www.sinarharian.com.my"

7 comments:
Write comments
  1. Patutnya Kerajaan Malaysia belajar bagaimana Sabah mengagihkan wang kepada rakyat macam pembahagian Amanah Saham Rakyat Sabah yang Allahyarham Tun Mustapha perkenalkan dulu. INi Najib agihkan wang tiada persediaan. Bahalul!

    ReplyDelete
  2. sabar bah dapat juga kamu itu..nak kan sampai pengsan sudah.

    ReplyDelete
  3. jangan lah menghina bro. Kita guna akal utk fikir apa yg patut kita lakukan dgn sebaiknya dlm PRU13 nti.Mmg ada yg tdk puashati..org kampung jauh dtg sewa kereta lagi tu...kalu nama ada dlm senarai ok juga. kalu tk ada esok sewa kereta lagi..begitu lah seterusnya.....last-last RM500 tinggal baki tolak sana tolak sini RM5 lagi..eeh..eeh..ehh

    ReplyDelete
  4. so nak undi BN lagi kamu orang??

    ReplyDelete
  5. Bagi ikan mkn sekali dlm 5 thn? knapa x bg tiap bulan brlah rakyat beban kurang?

    ReplyDelete
  6. bagi duit camni...menunjukkan kerajaan cuma nak tutup mulut rakyat dari bersuara lantang...bukan tanda prihatin kerana pemberian diagihkan tanpa menilai keperluan sebenar rakyat dan tiada perancangn untuk mengoptimumkan keselesaan dan kemudahan pada rakyat...ini pandangan peribadi saya sebagai orang yang tidak menyebelahi mana2 parti..

    ReplyDelete
  7. Mungkin ada sedikit kesilapan penulis tapi maksudnya kalau duit tersebut dapat digunakan untuk beli buku latihan dan juga peralatan persekolahan adalah lebih baik dari bg cash. Betul bagi org susah duit rm500 mmg banyak tapi kalau mereka yang masih mampu utk menyimpan itu lebih baik.kalau x mau boleh gunakan apabila perlu. kita semua boleh bagi pandangan jangan sampai ada org yang merendah2kan pandangan orang lain dengan perkataan yang tidak elok didengar...kalau kt rasa pandangan org lain x sesuai dgn kt, kt boleh tolak tp jangan sampai menghina org lain.Be a professional.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.