Tuesday, January 17, 2012

'Anwar bukan sokong homoseksualiti'

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

NONE“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.

"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.

4 comments:
Write comments
  1. setakat mana rakyat kena tipu hidup2 sebelum adanya media alternatif? GTH media prima SB, SKMM, etc...

    ReplyDelete
  2. Jangan cepat melatah ,kerana aku ada melihat petikan wawancara beliau dalam tv3.Pada aku segala ulasan yang dibuat adalah dipetik dari percakapan yang telah dipotong dari keseluruhan pandangannya dan BBC sememangnya mempunyai niat yang sangat jahat dengan menggambarkan seolah-olah beliau menyokong hubungan sejenis.Beliau tidak menyatakan pun beliau menyokong hubungan sejenis sebaliknya mengatakan bahawa undang-undang yang ada sudah lapuk serta tidak sesuai dengan keaadan semasa.Mungkin beliau maksudkan undang-undang yang ada perlu dikaji semula supaya lebih baik atau adil,jadi saudara-saudara sekalian jangan memaki-hamun tak tentu pasal nanti dapat dosa kering saja.Pada aku media barat ini sememangnya sangat bijak mencuri peluang untuk mencetuskan perbalahan sesama Islam macam apa tu?!!…..macam SETANNNN…!!!!…DAN DAJALLLLLL!!! jadi berwaspada dengan apa sahaja berita yang datang dari media barat ini!!

    ReplyDelete
  3. Kenyataan DSAI dlm BBC:

    “We will have to review archaic laws

    and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

    but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

    Ini terjemahan bagi editor Utuseks Meloya yang bodoh bahasa Inggerisnye..

    Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

    semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut adalah dipengaruhi dakyah jahat media UMNO iaitu UTUSEKS MELOYA

    ReplyDelete
  4. aku x paham apa benda yang utusan nak kecoh2 ni
    pasal undang homoseks, kan mmg dah ada dalam undang2 kita sekrang ni

    patut nak marah, kutuk dulu siapa yang gubal undang homoseks ni
    alih2, bagitau anwar sokong undang2 homoseks. bodoh punya utusan meloya
    sedang ni undang2 ni dah wujud lama

    yang aku paham, minta kaji balik undang2 ni
    dalam kaji tu, termasuk kalau x sesuai, boleh hapuskan undang2 nie

    yang ni, tok mufti x ada pulak nak buka mulut
    asyik2, nak kondem anwar
    sekali anwar ibrahim wujud, selagi tu la ada orang yang akan sakit jiwa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.