Saturday, November 16, 2013

Ibrahim Ali dilarang masuk ke Sabah?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan desakan Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau Paul Kadau bagi menghalang Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) untuk merasmikan persidangan tahunan (AGM) Perkasa Sabah.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, Ibrahim tidak akan merasmikan AGM Perkasa Sabah kerana presiden pertubuhan itu terdahulu dijemput untuk merasmikan AGM Wilayah Persekutuan pada tarikh sama AGM Sabah iaitu pada 24 November.

“Tidak kurang dua kali setahun Ibrahim ke Sabah sejak 2009. Adakah berlaku apa-apa yang tidak diingini di Sabah? Adakah beliau mengajak ahli Perkasa Sabah membakar Bible? Membuat huru-hara?

“Setiap kali Ibrahim ke Sabah hanya jika ada program Perkasa Sabah yang menjemput beliau merasmikan acara. Beliau juga tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pihak yang cuba menyerang Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Hassan memaklumkan Perkasa Sabah kini mempunyai lebih kurang 45,000 ahli sejak 2009 dan tidak pernah bermusuh dengan penganut Kristian Sabah malah mengalu-alukan mereka bersama dalam Perkasa untuk mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera.

Katanya, ahli Perkasa Sabah yang terdiri daripada penganut Kristian bilangannya agak ramai kerana keahlian Perkasa dibuka kepada semua rakyat Malaysia berstatus Bumiputera.

“Perjuangan Perkasa di Sabah lebih kepada mempertahankan kepentingan hak Bumiputera Sabah yang rata-rata masih mundur berbanding kaum lain yang memonopoli ekonomi Sabah walaupun mereka tidak ramai di sana,” katanya.

Media melaporkan hari ini Paul menggesa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya bagi menghalang Ibrahim ke Sabah kerana menurutnya rata-rata warga Sabah tidak menyenangi kehadiran Ibrahim ke sana.

Katanya, cadangan untuk menghalang Ibrahim akan dikemukakan melalui satu surat bantahan kepada kerajaan Sabah dan melalui wakil rakyat di kawasan mereka.

Paul berkata larangan itu bagi memastikan keselamatan, perpaduan dan keharmonian semua kaum di Sabah terpelihara ekoran sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah Allah dan tentangannya terhadap penggunaan kalimah itu dalam Al-Kitab menjadi sebab mengapa beliau harus diharamkan masuk ke Sabah.

“Kami tidak mahu beliau datang ke Sabah dan mengajar anak-anak kami dengan budaya benci-membenci,” katanya. – TMI

103 comments:
Write comments
  1. He should be prosecuted. Bad mouth man

    ReplyDelete
  2. Bagus la dia ni pembawa sial

    ReplyDelete
  3. He deserved to be in jail

    ReplyDelete
  4. Teruk ini orang tua

    ReplyDelete
  5. Ini macam mana boleh maju tiada toleransi

    ReplyDelete
  6. This man shouldnt even think of going here

    ReplyDelete
  7. Memang patut dia dilarang

    ReplyDelete
  8. Tiada sensitiviti langsung

    ReplyDelete
  9. biar ja orang tua ni masuk,kita kasi rasa dia "OREN" di Sabah.......

    ReplyDelete
  10. sabah x perlu penjenayah yg dilindungi IMUNITI UMNgOk ini!!!

    ReplyDelete
  11. orang yang suka bangkitkan isu yang libatkan sensitivity rakyat memang selalu tidak diterima dan tidak akan disenangi.

    ReplyDelete
  12. halang dia..jangan tak halang.rakyat mana2 pun suda muak tengok muka dia ni

    ReplyDelete
  13. Dari dulu asyik bangkitkan isu2 panas.dialah pemecah belah rakyat ni

    ReplyDelete
  14. Perlembagaan Persekutuan merupakan udang-undang utama dan tertinggi negara kita. Kefahaman mendalam terhadap perkara-perkara asas dalam perlembagaan dapat membentuk rakyat Malaysia menjadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat sekelilingnya.

    ReplyDelete
  15. Sekiranya setiap rakyat memahami dan menghayati beberapa peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan maka kita yakin tidak akan berbangkit isu-isu sensitif seperti isu perkauman, keagamaan dan soal-soal mengenai kebebasan. Setiap rakyat mesti tahu menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh perlembagaan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  16. Hakikatnya, generasi muda harus dididik mengenai Perlembagaan Malaysia. Sekurang-kurangnya terdapat lima peruntukan asas dalam perlembagaan yang mesti difahami dan dihayati. Perkara asas terbabit ialah perkara berkaitan bahasa, agama, hak-hak istimewa Bumiputera, kewarganegaraan dan hak asasi (kebebasan). Sejak dulu lagi perkara terbabit dianggap sebagai kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  17. Peruntukan berkaitan dengan bahasa disebutkan di bawah Perkara 152 yang menegaskan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963(pindaan 197), Perkara 150 Fasal 6A dan Dasar Pelajaran Kebangsaan turut memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukkan BM sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal. Seksyen 17(1) Akta Pendidikan meletakkan kedudukan BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

    ReplyDelete
  18. Kedudukan BM sebagai bahasa pengantar ilmu juga diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang memansuhkan Akta Pendidikan 1961. Namun, peruntukan terbabit tidak menghalang atau mengengkang kaum-kaum lain menggunakan bahasa ibunda mereka termasuk dalam sistem pendidikan. Pengecualian penggunaan bahasa Melayu dibenarkan di bawah Seksyen 17(2) Akta Pendidikan bagi institusi pendidikan yang bahasa pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan tetapi BM hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

    ReplyDelete
  19. Hakikatnya bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menjadi medium penyatuan nasional dan sekali gus menjadi lambang dan identiti bagi negara. Ia menjadi sebahagian daripada jati diri nasional yang berfungsi sebagai bahasa penyatu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Proses pemilihan dan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan kesemua kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  20. Berhubung dengan agama pula, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama bagi Persekutuan ialah agama Islam, tetapi agama-agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Institusi yang ada kaitan langsung dengan kedudukan agama Islam ialah Sultan atau Raja. Perlembagaan menyatakan bahawa Sultan atau Raja sesebuah negeri ialah ketua agama Islam bagi negeri tersebut. Bagi negeri-negeri yang tidak diperintah oleh Sultan atau Raja pula akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  21. Peruntukan ini sepatutnya diketahui, difahami dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi juga menjunjung tinggi pengamalan keagamaan yang dilihat selari dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

    ReplyDelete
  22. Pada dasarnya, pemilihan agama Islam sebagai agama Persekutuan dibuat berdasarkan faktor sejarah dan warisan sosiobudaya di negara ini. Namun, agama lain di negara bebas diamalkan dan mereka diberi hak untuk membina rumah-rumah ibadat mereka bagi menjalankan upacara dan peribadatan keagamaan masing-masing. Pembinaan rumah-rumah ibadat ini mestilah mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan. Kebebasan beragama ini selari dengan Perkara 11 perlembagaan.

    ReplyDelete
  23. Pun begitu, Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”.

    ReplyDelete
  24. Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra dinyatakan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah. Takrif Melayu dinyatakan di dalam Perkara 160 (2) yang menyebut orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  25. Berdasarkan peruntukan 153 maka dapat difahami bahawa terdapat tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Peruntukan hak keistimewaan ini adalah diletakkan di bawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong. Baginda atas nasihat jemaah menteri berhak untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  26. Berkaitan aspek ekonomi, orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi, industri dan perniagaan. Ini bagi mengimbangi kedudukan ekonomi kaum lain yang jauh lebih maju berbanding mereka kesan daripada amalan penjajah. Justeru, mereka perlu dibantu melalui dasar affirmative termasuk mempermudah kelulusan permit atau bantuan kepada mereka dalam hal-hal berkaitan ekonomi. Manakala di dalam bidang pendidikan pula, keistimewaan harus diberi kepada mereka dalam soal pemberian biasiswa.

    ReplyDelete
  27. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah Perkara 89 dan 90 yang memberikan kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

    ReplyDelete
  28. Satu lagi perkara asas yang wajar diketahui oleh kita selaku warganegara Malaysia ialah perkara berkaitan dengan hak-hak kewrganegaraan. Perkara mengenai Kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Dalam konteks ini, Perkara 14 hingga 22 menyatakan mengenai hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Manakala Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan cara bagaimana seseorang wargannegara boleh terlucut dan dilucutkan hak kewarganegaraanya.

    ReplyDelete
  29. Secara umumnya kewarganegaraan seseorang itu boleh didapatkan melalui kuat kuasa Undang-Undang, secara pendaftaran atau permohonan melalui cara kemasukan dan melalui percantuman wilayah. Kewarganegaraan Malaysia melalui cara Kemasukan terbuka bagi individu atau warga asing yang berumur lebih daripada 21 tahun dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Antara syarat-syaratnya ialah individu terbabit telah menetap di Persekutuan Malaysia selama sepuluh daripada dua belas tahun sebelum tarikh permohonan, berniat menjadi pemastautin tetap di Malaysia, mempunyai tingkah laku yang terpuji dan mempunyai pengetahuan Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  31. Di sisi yang lain, hak-hak kewarganegara Malaysia boleh terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia jika melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan. Antaranya individu itu tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing. Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan jika individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya. Ini termasuk menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel.

    ReplyDelete
  32. Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada lima tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftardi Pejabat Konsul Persekutuan boleh dilucutkan kewarganegaraannya. Proses pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan melalui proses kehakiman.

    ReplyDelete
  33. Satu lagi isu yang sering mengundang kontroversi ialah perkara berkaitan dengan hak asasi. Hak Asasi adalah perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat. Terdapat sembilan peruntukan hak asasi di dalam perlembagaan (perkara 5 hingga Perkara 13). Jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan memperakui dan mengiktiraf hak setiap individu seperti hak untuk beragama, hak untuk mengumpul harta, hak untuk mendapat peluang pendidikan, kebebasan bergerak, kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Selain itu, setiap warganegara Malaysia tidak boleh dijadikan abdi atau menjadi buruh paksa oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  34. Semua rakyat mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang dan seseorang yang didakwa perlu mendapat perbicaraan yang adil. Malah, tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua, sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.

    ReplyDelete
  35. Hakikatnya, perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan seseorang kecuali atas sebab-sebab keselamatan, kesihatan awam dan hukuman seperti hukuman kediaman terhad. Bagaimanapun, pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.

    ReplyDelete
  36. Sayugia diingat bahawa kebebasan yang diberi oleh perlembagaan itu tidak bermakna semua perkara boleh dibincangkan secara terbuka kerana isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama, bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja adalah dilarang dibicarakan secara terbuka. Isu terbabit perlu difahami dan tidak disentuh sewenang-wenangnya demi menjadi perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Hayatilah sebahagian daripada petikan Pemasyuran Kemerdekaan 1957: “ Dan bahawa sanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan dan keutamaan hak-hak Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berpelembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen”.

    ReplyDelete
  38. Ketika pilihan raya semakin dirasai,ampir setiap hari muka depan akhbar utama di Malaysia panas membicarakan isu pilihan raya. Yang uniknya di Malaysia, hampir semua kejadian berlaku dikaitkan dengan pilihan raya dan dijadikan modal untuk menyerang satu sama lain.

    ReplyDelete
  39. Lihat saja isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Biarpun ia suatu jenayah serius yang membabitkan nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan negara, ia turut dipolitikkan dengan menuduhnya sebagai sandiwara yang diada-adakan.

    ReplyDelete
  40. Telah menjadi resam politik di seluruh dunia, ketika musim pilihan raya serangan bersifat peribadi bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti calon bertanding semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  41. Apa yang membezakan senario politik di Malaysia berbanding negara maju ialah kempen dan serangan bermotifkan politik ini tiada musimnya. Dalam erti kata lain, ia berlaku hampir sepanjang masa tidak kira pilihan raya atau hari raya.

    ReplyDelete
  42. Hari ini rasuah dan politik ibarat isi dengan kuku. Sudah menjadi kelaziman apabila menyebut politik pasti dirantai dan dikaitkan dengan rasuah. Sehubungan itu, menyentuh isu imej dan kredibiliti pemimpin atau parti politik pula, rasuah adalah senjata bahaya yang mampu meragut pemimpin dan kepemimpinan yang ada.

    ReplyDelete
  43. Ada tiga strategi yang digunakan oleh ahli politik dalam penggunaan isu rasuah ini. Pertama, merekayasa fitnah yang berbentuk tohmahan dengan menuduh seseorang calon, pemimpin atau parti politik mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai senjata menjatuhkan kredibiliti pihak lawan.

    ReplyDelete
  44. Kedua, menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai manifesto perjuangan bagi meraih simpati dan undi rakyat. Kononnya, merekalah yang terbaik untuk mengubah kehidupan rakyat dan menghapuskan rasuah.

    ReplyDelete
  45. Ketiga, menyerang agensi kerajaan tertentu sebagai lemah, tidak berfungsi dan di bawah telunjuk pemerintah bertujuan untuk meruntuhkan dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang sedia ada.

    ReplyDelete
  46. Sejarah membuktikan kepada kita, jika isu rasuah ini dipolitikkan, ia bukan saja dapat meruntuhkan kerajaan, malah menimbulkan kebencian serta perpecahan dalam kalangan rakyat yang akhirnya mewujudkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial. Kita harus sedar dan belajar daripada pengalaman negara jiran seperti di Filipina, Indonesia dan Thailand.

    ReplyDelete
  47. Isu rasuah dimanipulasi sehingga berjaya meruntuhkan kepemimpinan Presiden Ferdinand Marcos. Senjata yang sama digunakan oleh Fidel V Ramos untuk menjatuhkan Corazon Aquino (yang sebelum ini menggunakan isu rasuah bagi menjatuhkan Marcos). Joseph Estrada, seorang pelakon yang turut menggunakan isu rasuah dan penyelewengan untuk mengambil alih kepemimpinan Ramos turut tersungkur atas isu rasuah yang diperjuangkan oleh seorang wanita bertubuh kecil bernama Gloria Macapagal Arroyo.

    ReplyDelete
  48. Lihat apa yang terjadi pada penghujung kerjaya politik Arroyo. Beliau turut disiasat dan dikenakan hukuman penjara atas isu rasuah oleh Presiden Benigno Aquino III. Isu rasuah menjadi manifesto utama Aquino III dalam meraih undi dan simpati rakyat dengan menegaskan akan memberi keutamaan untuk membanteras rasuah di dalam pentadbiran kerajaan yang sedia ada.

    ReplyDelete
  49. Begitu juga dengan Pengerusi Parti Komunis China, Xi Jinping yang menegaskan bahawa masalah utama beliau ialah membersihkan rasuah termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.

    ReplyDelete
  50. Senario politik jatuh dan menjatuhkan kepemimpinan dengan menggunakan isu rasuah tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat. Apatah lagi, jika isu rasuah yang dibangkitkan merupakan tohmahan liar dan fitnah yang sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan seseorang pemimpin. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan ke atas semua aduan rasuah tetapi ada kes rasuah yang telah disiasat dan tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat Peguam Negara kerana tiada bukti.

    ReplyDelete
  51. Apa yang mustahak untuk sesuatu kes berjaya disiasat dengan baik pemberi maklumat hendaklah memastikan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media. Dengan cara ini siasatan dapat dijalankan dengan cara profesional dan untuk mengelakkan bukti dihapuskan.

    ReplyDelete
  52. Pengajaran yang diperoleh hasil daripada pengalaman yang dilalui rakyat Filipina, kegemilangan Filipina sebagai salah satu anggota ASEAN yang maju dan membangun pada era pemerintahan Marcos tidak berterusan dan jatuh merudum selepas itu.

    ReplyDelete
  53. Selalunya pertukaran kepemimpinan dan kerajaan yang lemah tidak menjanjikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi, politik dan sosial di Filipina. Hari ini, Filipina jauh lebih mundur berbanding dengan kemajuan Malaysia atau negara ASEAN yang lain.

    ReplyDelete
  54. Yg aku tahu,sebenarnya org dr semenanjung Msia memang dilarang masuk Sabah. Bukan kata pd Ibrahim Ali seorang. Bukti org Semenanjung dilarang ialah..nak masuk kena guna passport,kalu tidak kau kena tinggal selama 90 hari. Lebih dr itu,bermasalah. Bila bermasalah..maknanya DILARANG MASUK la tu. PATI dr Indon dan Selatan Filipina boleh pulak bebas masuk . Kau nak kerja di sabah lg masalah kalau takde permit..

    ReplyDelete
  55. Bagi orang yang buta hati dan tolol, bila mendengar ceramah dan melihat perangai si Ibrahim Ali ni memang nampak hebat, pejuang bangsa, hero Melayu dan berbagai lagi. Tetapi tahukah kita, beliau ini adalah sebenarnya pemecahbelah bangsa, perosak masyarakat dan batu api yang sangat bahaya.

    ReplyDelete
  56. Semasa dalam UMNO, beliau adalah orang yang paling lantang samada di ceramah-ceramah terbuka atau di dalam Dewan Rakyat yang begitu bersungguh-sungguh mengutuk dan menghina serta memperkecilkan-kecilkan pembangkang terutamanya PAS dengan tujuan agar rakyat percaya dan membenci PAS.

    ReplyDelete
  57. Apabila UMNO berpecah dua, muncul pula Parti Semangat 46, beliau yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam parti serpihan UMNO itu mula pula mengutuk UMNO, pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional juga dengan tujuan supaya rakyat percaya dan membenci UMNO dan pemimpin Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  58. Apabila parti Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali kepada UMNO kerana sanggup mencium punggung Mahathir walaupun agaknya ketika itu Mahathir baru saja buang air besar dan belum sempat basuh pun lagi, si Brahim sanggup cium walaupun busuk kerana beliau sememangnya seorang yang busuk jasad, busuk hati dan busuk segala-galanya dan memang suka buat benda yang busuk.

    ReplyDelete
  59. Ketika itu beliau mula pula mengutuk dan menghina pembangkang iaitu PAS denagn berbagai tuduhan juga berharap rakyat percaya dan benci semula kepada PAS setelah sebelumnya beliau bersama-sama PAS (Semangat 46).

    ReplyDelete
  60. Apabila di pecat oleh UMNO dari jawatan yang dipegangnya, beliau bergegas menziarahi DSAI di luar Negara walaupun kedatangan beliau tidak diundang dan tidak diperlukan sama sekali. Sekali lagi beliau bersama di pentas PAS dan mengutuk dan menghina serta mendedahkan pula semua pekong UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  61. Kini setelah merasakan beliau tiada tempat dalam pembangkang, tidak diendahkan, dipulaukan, beliau mula kembali mengutuk pembangkang termasuk PAS dan PKR. Bagi rakyat yang beriman, cerdik, berfikiran terbuka dan matang mesti berfikir akan perangai dan kenyataan atau ceramah Brahim ini, mana satu yang betul?

    ReplyDelete
  62. Satu ketika dia kata UMNO dan BN jahat dan penipun, ketika lain pula dia kata pembangkang pula yang jahat dan penipu. Tindakan dan muslihat beliau inilah antara punca masyarakat keliru dan berkecamuk, pecahbelah dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

    ReplyDelete
  63. Tujuanya hanya untuk mencari nama, menjadi jaguh, mencari kedudukan dan pangkat. Beliau tidak peduli dengan tindakan dan ceramah beliau itu, rakyat dan orang Melayu bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. Beliau sepatutnya diusir dari bumi Malaysia ini. Kalau ada sepuluh orang seperti beliau ini, Negara dah lama hancur dan rakyat berperang sesama sendiri.

    ReplyDelete
  64. Beliau marah bila Nik Aziz kata orang Islam dari bangsa lain selain Melayu layak menjadi Menteri Besar hatta menjadi Perdana Menteri sekalipun sekiranya orang itu warak, dalam ilmu Islamnya, adil dan baik akhlak serta amanah.

    ReplyDelete
  65. Tapi beliau lupa sepanjang puluhan tahun UMNO memerintah adakah Pulau Pinang di ketuai oleh orang Melayu UMNO? Walaupun UMNO punya kerusi majority di Dun Negeri itu? Singapura, adakah UMNO serahkan pada orang Melayu untuk memerintah?

    ReplyDelete
  66. PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah berkata bahawa beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di Negara ini...

    ReplyDelete
  67. Memang sangat dangkal kenyataan dan cara pemikiran Ipuak2 Perkasa terutamanya Ibrahim Ali. Ini betul-betul menaikkan semangat perkauman yang sudah tentu tak elok dan boleh membawa kemudaratan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  68. Pendapat kami, PERKASA ini tak ubah seperti Hindraf. Tapi, kenapa kenyataan2 rasis yang pernah dikeluarkan Ibrahim tidak diambil tindakan? Ianya sangat jelas berbaur rasis, dan yang paling teruk, ianya memainkan isu agama, yang sudah tentu sangat sensitif.

    ReplyDelete
  69. Apa yang penting, janganlah cuba memainkan isu-isu agama yang boleh membawa kepada pergaduhan.Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti AMBON, akibat isu agama ini.Walaupun kenyataan Ibrahim Ali tidak membawa seluruhsuara orang Islam di Malaysia, namun sedikit sebanyak ianya tetap menaikkan semangat rasis di antara penganut-penganut lain.

    ReplyDelete
  70. Nasihat kami kepada Ibrahim Ali, janganlah mengeluarkan kenyataan yang bersifat emosional yang akan membakar diri kembali.Berfikirlah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  71. Halang dia selama tujuh keturunan tk blh dtg sbh ktrunan sial ni..

    ReplyDelete
  72. Kalau begitu bagus kembalikan English medium dalam sekolah dan hidupkan mission school

    ReplyDelete
  73. satu peristiwa yg aku taklupa akan kebiadapan Berahim Ali tatkala era Tun Mahathir dulu. Ada satu program kat Tok Bali, Kelantan anjuran UMNO utk projek mega di kawasan itu dan dirasmikn oleh Tuanku Sultan Kelantan. Sebagai Pengerusi Majlis itu, Berahim Ali taklepas peluang mmbodek kehebatan TunMahathir dgn hujah yg panjang lebar dan akhirnya kita tak perasan yg hadir adalah Tuanku Sultan. Jurukamera juga pandai main peranan yg hanya fokus pd Berahim dan Tun mahathir . Kita yg hanya mnonton tv tak tau rupa2 ada Sultan. Sepatutntya, guna corong mikrofon tu utk mnjelaskn apa progrma tu,apa kebaikn pd penduduk setempat dan yg utama lafaz sembah Ke Bawah Duli Al-Sultan biar nampak sedikit. Ini dpt mikrofon..terus bodek PM dan 'angkat bakul' sendiri. Sampai Tun Mahathir pula yg 'kenen' agar jgn dipuji terlampau tinggi sebab bila tinggi..beliau trasa 'gayat'/ seriau kata org utara. Itu BERAHIM ALI..

    ReplyDelete
  74. Tahniah katak dpt penjara sehari.....brp hr xpenting tapi rekod jenayah tu yg pnting.....

    ReplyDelete
  75. mana ada orang sabah tulin ikut perkasa,temberang saja dia orang ini kalau PTI baeangkali lah

    ReplyDelete
  76. Anonymous said...
    November 19, 2013 at 6:39 PM:

    tatap...warganegara palsu tajaan UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  77. KEMPEN BESAR-BESARAN IBRAHIM ALI HARAM MENJEJAKKAN KAKINYA DI TANAH SABAH...... KEAHLIAN 45,000 DISABAH ADALAH TIPU..... TAK NAK, TAK NAK..... PERJUANGAN PERKASA ADALAH UNTUK PERIBUMI MELAYU DI SEMENANJUNG SAHAJA..... SABAH TAK PERLUKAN DIA.... BODOH IBRAHIM ALI.... BAGUS SAMBUNG KONTRAK DALAM PENJARA SAHAJA...... PEMBAKAR KITAB SUCI KRISTIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  78. Ibrahim ali penuh hasad dengki..... orang Sabah tak percaya dengan orang sebegini...

    ReplyDelete
  79. Biasanya umnongok akan sukai dan melindungi orang sebegini..... najib tak ada kuasa langsung tegur orang-orang kuat hasad dengki sebegini..... najib hanya jaga periuk nasinya..... perdana menteri apa dia tuh?????????

    ReplyDelete
  80. PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0

    ReplyDelete
  81. Setelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.

    ReplyDelete
  82. Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu

    ReplyDelete
  83. Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?

    ReplyDelete
  84. Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.

    ReplyDelete
  85. Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.

    ReplyDelete
  86. Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?

    ReplyDelete
  87. Pembangkang cuba membawa isu rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis

    ReplyDelete
  88. Pembangkang menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.

    ReplyDelete
  89. pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar

    ReplyDelete
  90. Sepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman.

    ReplyDelete
  91. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah

    ReplyDelete
  92. tidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah

    ReplyDelete
  93. Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan

    ReplyDelete
  94. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan

    ReplyDelete
  95. yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun

    ReplyDelete
  96. Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar

    ReplyDelete
  97. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya

    ReplyDelete
  98. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor

    ReplyDelete
  99. Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  100. keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini

    ReplyDelete
  101. rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia.

    ReplyDelete
  102. disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah

    ReplyDelete
  103. reputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.