Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata, menteri yang berfikiran waras dalam kabinet perlu menyuarakan bantahan mereka terhadap apa yang didakwanya penyalahgunaan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia.
Pua berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - yang juga merupakan menteri kewangan dan presiden Umno - mesti dikecam kerana tindakannya didakwa jelas menunjukkan berlaku konflik kepentingan.
nuj utusan melayu picket police 160904 securityDalam menyokong pandangan rakan MP dari DAP, Teo Nie Ching, Pua
juga menggesa Suruhanjaya Sekuriti bertindak secara bebas dan tanpa campurtangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori untuk membeli kepentingan pemegam saham minoriti Utusan Melayu (M) Bhd
"Berdasarkan peraturan-peraturan semasa, jika kepentingan Umno dalam syarikat itu meningkat lebih daripada dua peratus, ia mesti membuat tawaran untuk membeli saham lain dalam syarikat itu.
"Memandangkan usaha Umno untuk melanggan tawaran hak itu, Umno akan meningkatkan kepentingannya kepada sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan dengan itu mencetuskan tawaran am mandatori," tambahnya.
Oleh itu, kata Pua, ianya menjadi lebih penting lagi bagi Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi integriti pasaran kewangan.
"Ia bukan sahaja perlu bertindak adil, tetapi juga perlu dilihat bertindak adil kepada semua pelabur dan rakyat Malaysia," kata Pua dalam satu kenyataan. _MK
Saturday, November 16, 2013
Tolak usaha Umno selamatkan Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.