Monday, November 25, 2013

Roller-coaster tertinggi di dunia?

Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.



Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.

Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.

Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.

Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.

Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.

Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta). - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.