Friday, November 22, 2013

Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS baru

Suhaizan Kaiat dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS selepas diumumkan sebagai pemenang pada Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini dalam satu keputusan yang mengejutkan kerana ramai pemerhati menjangkakan Kamarulzaman Muhammad yang mendapatkan sokongan golongan pro ulama akan menang.

Pihak yang paling senang dengan kemenangan ketiga-tiga pemimpin baru ini adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang memerhatikan mereka dari belakang dengan senyuman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

Beliau mendapat 320 undi sekaligus menewaskan dua pencabar lain, Kamarulzaman yang mendapat 304 undi dan peguam PAS Zulhazmi Sharif (tujuh undi).

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS pula dimenangi Muhammad Khalil Abdul Hadi yang menewaskan bekas Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Muhammad Khalil yang merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperoleh 355 undi untuk menewaskan lawannya yang mendapat 282 undi.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula dimenangi oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Khairil Nizam Khirudin selepas memperoleh 411 undi untuk menewaskan pencabarnya Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi, seorang peguam yang mendapat 226 undi.

12 yang terpilih untuk Exco Dewan Pemuda adalah Syed Abdul Kadir Al Jofree, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ahmad Fadhli Shaari, Syahir Sulaiman, Abang Ahmad kerdee, Zaharudin Muhammad, Ahmad Yahya, Wan Faizul Salleh, Fadhli Ghani, Zawawi Hassan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Mohd Sany Hamzan. -TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.