Wednesday, November 20, 2013

PPSMI, PBS: Siapa huru-harakan sistem pendidikan?

Kali ini kita ingin menyentuh isu pendidikan termasuklah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan agar dihidupkan kembali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang ‘membingungkan’ warga pendidik.

Pelaksanaan PBS yang dimulai dengan murid tingkatan satu pada 2011 yang bermatlamat melahirkan modal insan holistik serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi dilihat baik bagi menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan tetapi dalam menjayakannya terlalu banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan oleh guru dan dengan sistem komputer kementerian yang kurang efisien dan kurang membantu, menyebabkan warga pendidik begitu tertekan.

Mengenai PPSMI, dulu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran (kini Pendidikan), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021. Kini Dr Mahathir ghairah mahu ‘menghidupkannya kembali’.

Apa yang kita ingin ulas di sini pendekatan ‘soft landing’ yang dikatakan oleh Muhyiddin yang memberi sekolah kebebasan penuh untuk menentukan sama ada untuk terus menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pelaksanaan program PPSMI sehingga kohort terakhir tamat pada 2015 (sekolah rendah) dan 2020 (sekolah menengah).

Muhyiddin yang dilihat sebagai tunduk kepada kedua-dua pihak yang menentang dan menyokong PPSMI, mungkin bagi kepentingan politik diri dan partinya; seolah-olah memberikan situasi menang-menang (win-win situation) yang diharapkan dapat memuaskan Gerakan Menentang PPSMI (GMP) yang terbabit dalam satu demons trasi besar-besaran di ibu kota pada Mac 2009 yang turut disertai Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said dan juga kumpulan pro-PPSMI yang digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Berhubung PPSMI, semua sekolah diberi kebebasan penuh sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan Muhyiddin berkata bahawa pihak sekolah lebih mengetahui keadaan pencapaian murid dan pelajar masing-ma sing selepas PPSMI dilaksanakan (2003).

“Sekolah lebih mengetahui keadaan pelajar dan murid mereka, kerana sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri.

Misalnya, sewaktu kita meminta mereka (sekolah) menggunakan bahasa Inggeris untuk PPSMI, tetapi mereka tidak berbuat demikian sebaliknya memilih bahasa Melayu kerana ada pelajar dan murid yang tidak faham, jadi mereka boleh teruskan. Lagipun, kita (kementerian) tidak mahu mengganggu proses pembelajaran sedia ada, lebih-lebih lagi jika me reka (guru dan pelajar) sudah biasa dengan keadaan ini,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Bagi kita, memberi kebebasan kepada sekolah (perlu diingat ada hampir 10,000 sekolah di tanah air kita), dalam perkara dasar seperti bahasa adalah ‘kerja gila’ yang secara terang memperjudikan masa depan generasi muda dan negara dan jika hal ini dibuat berdasarkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, ia tindakan paling jelek kerana menjadikan anakanak sebagai mangsa.

Murid dan pelajar menjadi ‘guinea pig’ (tikus eksperimen) bagi memenuhi nafsu pemimpin yang rakus meraih undi sokongan demi untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya.

Bagi kita tiada kompromi dalam soal pendidikan; jika dulu dan kini kita sudah mempunyai sistem pendidikan pelbagai dengan kewujudan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (hal ini tidak berlaku pun di negara lain seluruh dunia) de ngan memberi kebebasan kepada sekolah untuk memutuskan apa bahasa yang sesuai akan mewujudkan ‘standard’ (piawai) yang berbeza-beza. Kita amat khuatir jurang pendidikan akan semakin melebar; akan wujud sekolah-sekolah kelas satu, dua dan tiga.

Itulah, dunia pendidikan kita sudah dicemari oleh tangan-tangan kotor politikus, sewajarnya tiada campur tangan politik dalam pendidikan; biarkan mereka yang arif dalam bidang ini menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

2 comments:
Write comments
  1. menteri kita ni bukan cerdik sangat..... cuma nak tunjuk pandai semua hendak ubah maka terjadi la tranfomasi yang boleh mengelirukan guru-guru dan murid-murid ..saya rasa sudah 30 tahun lebih system pendidikan berubah tetapi tidak ada satu pon yang boleh kekal lama..sampai pengajaran dan pembelajaran di ubah menjadi pembelajaran dan pengajaran..syabas saya ucapkan kepada menteri pelajaran dan pegawai-pegawai yang sering mengubah system pendidikan kita

    ReplyDelete
  2. PPSMI dah gagal kenapa bangkitkan lagi? Mahadir nih dah nyanyuk tak ada kuasa pon... pedulikanlah dia.... Sekarang ini, sekolah dah di bebani dengan system online yang bertimbun.... ada pula pertindihan maklumat.... nih apa? masing2 tunjuk terror buat aplikasi..... akibatnya beban tugas guru2 bertambah.... kementerian pendidikan perlu memantau hal ini.... turunlah ke sekolah dan buat kajian.... muhyidin asyik jaga politiknya sahaja! porah umno gila....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.