Tuesday, November 19, 2013

ADUN DAP dipecat kerana tak beri sumbangan

DAP hari ini memecat keahlian ADUN Pujut Fong Pau Teck atas dakwaan tidak membayar sumbangan bulanan yang diwajibkan kepada parti.

NONEPerkara itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan hari ini.

Pujut merupakan satui kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Miri.

Menurut Tan, keputusan jawatankuasa tersebut berdasarkan tindakan Fong yang sering menunjukkan perbuatan ingkar dan melanggar disiplin parti dalam banyak kes.

"Keengganan Fong untuk membayar sumbangan bulanan kepada parti dan juga jumlah tertunggak hasil dari peningkatan elaun ADUN Sarawak, merupakan perbuatan ingkar kepada arahan parti.

"Jawatankuasa disiplin mendapati keingkaran Fong ke atas mandat parti menjadi duluan yang sangart teruk yang tidak boleh dimaafkan.

“Oleh itu, jawatankuasa disiplin mencapai keputusan sepakat untuk menyingkirkan Fong," katanya.

Tan berkata Fong telah diarahkan untuk mengosongkan jawatannya sebagai ADUN Pujut mengikut peruntukan IV perenggan 12(c) perlembagaan parti.

Katanya, Fong masih boleh merayu dalam bentuk bertulis dalam tempoh 14 hari. -MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.