Friday, November 22, 2013

Jawapan isu guna Jet Kerajaan oleh Rosmah Mansor

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.



Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

“Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu.

Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman semalam mendedahkan bahawa jemputan Rosmah ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen semalam semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini. -TMI

3 comments:
Write comments
  1. MACC sudah kena picit biji looo...

    ReplyDelete
  2. Isteri PM kena jaga kepentingn KERAJAAN ? atau ke sana sekadar KERJAan sendiri utk berlibur atas nama negara. Apa hal isteri2 pulak kena jaga kepentingan negara. Benda tu adalah tugas KSN dan Kabinet. Apatah lagi Shahrizat Jalil pon ada. terkejut aku bila mngetahui yg Shahrizat Jalil telah dlantik sbg Penasihat Khas PM. kah kah kah. Dah jadi tradisi mana2 mangkuk hayun UMNO yg tewas akan dlantik ke jawatan Penasiht PM. Itu Punahsihat atau Penahtaksihat tu.

    ReplyDelete
  3. Dungu bangaulah kerajaan hari in.... mana khairi... buat ulasan skit... menteri lain semuanya pengampu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.