Friday, November 22, 2013

Cadangan serap ramai wakil Sabah, Sarawak wajar

Cadangan agar lebih ramai wakil PAS Sabah dan Sarawak diangkat ke peringkat tertinggi PAS Pusat turut disokong sorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut beliau, tidak boleh dinafikan bahawa wakil Sabah dan Sarawak sangat penting lebih-lebih lagi dalam usaha menempatkan PAS di persada politik kedua-dua negeri Borneo itu.

"Ini sangat penting untuk kita (PAS) lebih dekat dengan masyarakat di sana.

"Dengan keterlibatan di peringkat pusat, keputusan berkitan negeri menjadi lebih mudah dan cepat," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membuat cadangan dan seruan agar lebih ramai pemimpin Sabah dan Sarawak menyertai PAS di peringkat pusat termasuk dewan-dewan.

Cadangan itu dilontar beliau ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat di Shah Alam malam tadi.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata dalam keadaan negeri Sabah berdepan saman dalam isu royalti, tentu sekali suara wakil Sabah sangat penting untuk didengari.

Sehubungan itu, apabila suara wakil Sabah ini berada di pusat, ia mudah mencetus muafakat untuk menggerakkan sokongan. -HD

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.