Tuesday, November 12, 2013

Ramai Mahu Pembunuh Norazita Dihukum Tembak

"Saya bersyukur dan amat lega apabila mengetahui suspek yang membunuh isteri akhirnya diberkas polis," kata Irwan Kamarudin, 37, suami kepada pekerja AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.

Irwan ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, di sini, semalam, berkata, dia dan keluarga khasnya anak-anak sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Beliau berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui penahanan suspek utama kes isterinya, sehinggalah dihubungi rakan-rakan pada jam 9 pagi semalam, memaklumkan melihat perkara itu di internet.

"Saya dan anak-anak terus buka internet termasuk Facebook dan lihat banyak maklumat yang mengesahkan berhubung penahanan suspek utama.

"Berita di televisyen memaklumkan perkara sama, membuatkan kami sekeluarga yakin bahawa individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian isteri sudah ditangkap," katanya, semalam.

Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di Bukit Jelutong berkata, dia sangat berpuas hati dengan kecekapan polis dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.

"Saya harap dia (pembunuh) menerima hukuman yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukan dan gembira kematian isteri mendapat keadilan walaupun nyawanya tidak dapat dikembalikan," katanya yang akan mula bekerja esok (hari ini), setelah bercuti sejak kejadian itu.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, dan Mohd Hazimy, 8, Irwan berkata, anak-anaknya sudah boleh menerima kenyataan ibu mereka sudah tiada.

Menurutnya, dia perasan terdapat sedikit perubahan pada anak-anaknya yang dulu periang kini berubah sedikit pendiam.

"Kalau ada ahli keluarga lain bersama, anak-anak akan gembira tapi bila tinggal kami bertiga, mereka pasti teringat dan mula membelek album melihat gambar arwah bagi melepaskan rindu.

"Mereka masih kecil dan semuanya mengambil masa sebelum benar-benar memahami situasi sebenar yang berlaku. Saya sendiri pernah bermimpi akan arwah isteri," katanya.

Sementara itu, Nurnisa Nabilah berkata, dia sudah kembali bersekolah sejak Rabu lalu dan gembira dengan penerimaan rakan serta guru-guru yang banyak memberi sokongan. -SH



Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.

Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.

Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.

Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:

Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis

Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap

Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.

Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.

Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.

Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu

Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka. -astro awani

4 comments:
Write comments
  1. masa utk 'menuai' hasil drpd IC projek BN...TAHNIAH!!!

    ReplyDelete
  2. Gerammmmmmm Betullllll Hatiiiiiii iniiiiiii dg pgkhianatan hak mmberi ic kpd org asing. Siapa yg patut disalahkn dg kerja2 kotor lg terkutuk mmberi ic kpd pendtg asing?......

    ReplyDelete
  3. Kita mgharap agar penjenayah terkutuk ini sebelum digantung sampai mati atau di tembak mati, siksa dulu puas2 dpan keluarga Norazita dg cabut dulu semua kuku dan bakar tangan kiri-kanannya yg menembak mati Puan Norazita supya org lain tahu balasn akibat akn menakutkan tdk buat keja gila yg terkutuk!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.