Thursday, November 14, 2013

Digantung kerana Simbol R4BIA

Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (R4BIA) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28, mencampuradukkan politik dengan sukan.

Perbuatan Abdel Zaher mendapat kritikan daripada Menteri Sukan kudeta, Kelab Al-Ahly dan Persekutuan Bola Sepak Mesir yang menganggap perbuatan itu sangat menghinakan.

Abdel Zaher menyatakan, "Saya mengangkat tanda R4BIA, tetapi tidak memaksudkan sebarang unsur politik kepada mana-mana pihak atau peminat. Saya melakukannya bagi memperingati mereka yang telah meninggal, tak kira di Rabaah, mana-mana warganegara ataupun polis"

Menteri Sukan kudeta Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.

Difahamkan, laporan dipetik dari Al Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang R4BIA dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.

Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Sumber : Sinar Harian/Egyptian Streets

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.