Thursday, November 14, 2013

Kerana Siti-KJ, pengikut berbalah di Twitter

Khairy_Siti_1

Gara-gara teguran Siti Nurhaliza kepada Khairy Jamaluddin, pengikut setia mereka berbalah di Twitter.

Ramai yang menghentam Siti kerana ada yang menyifatkan penyanyi tersebut tak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata seorang pengikut Khairy, lapor mStar Online.

Khairy_Siti_2

Pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut dan menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.


Khairy_Siti_3

Peminat Siti kelihatan lebih berhemah membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

3 comments:
Write comments
  1. Keegoan pd mnteri dn penyokgnya itu sgt ketara dn kurg mendlami agama. Fahami betul2 maksud dn mesej yg sitti sampaikn.

    ReplyDelete
  2. Masih ingat kata2 seorang menteri dulu: saya apa peduli saya menteri dia bukan menteri!

    ReplyDelete
  3. Apa ada pada siti.... tegur orang buat kerja.... pergilah tegur menteri makan rahsuah ke...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.