Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) menafikan beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah atau memegang jawatan Pengerusi SPR di negeri itu sebagaimana dilapor akhbar Harakah.
Dalam penyataan saksi kepada Mahkamah Tinggi hari ini, Wan Ahmad, 65, berkata beliau tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya bersama SPR.
Oleh itu, Wan Ahmad berkata dua artikel yang diterbit akhbar itu jelas memfitnahnya apabila mendakwa beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah ketika menjadi Pengerusi SPR di negeri berkenaan.
"Ini sudah tentu memfitnah dan mengaibkan saya kerana saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan 'Projek IC' di Sabah," katanya pada perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.
Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemuramah pada 29 Januari lepas.
Beliau memaklumkan mahkamah akibat penerbitan artikel itu, reputasi dan kredibilitinya terjejas teruk.
"Tuduhan-tuduhan itu adalah sangat serius yang mana ia telah menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada saya serta keluarga saya di mata khalayak ramai dan masyarakat awam baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.
Menceritakan bagaimana reputasi dan kredibilitinya terjejas, Wan Ahmad berkata semasa diundang BernamaTV dalam satu rancangan yang bersiaran secara langsung, seorang penonton menuduh beliau sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana terlibat dalam 'Projek IC' dan mendesaknya meletakkan jawatan.
Wan Ahmad berkata kenyataan itu dibuat di khalayak ramai ketika rancangan itu ke udara selepas penerbitan artikel berkenaan.
Kepada soalan tambahan oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Wan Ahmad berkata selepas penerbitan artikel berkenaan beliau dan keluarga menerima banyak cemuhan, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta pertanyaan daripada orang tertentu dan perkara itu benar-benar memalukannya secara peribadi dan merosakkan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Pengerusi SPR.
"Sebagai Timbalan Pengerusi SPR, saya banyak menghadiri forum dan seminar di luar negara. Ada beberapa kenalan saya dari Thailand dan Indonesia bertanyakan saya mengenai perkara ini...kesannya begitu berat kepada saya, saya perlu menjaga maruah saya, keluarga dan anak-anak. Oleh itu, saya terpaksa membawa perkara ini ke muka pengadilan," katanya.
Wan Ahmad juga berkata saman itu difail atas kapasiti individu dan beliau mempunyai hak di sisi perundangan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, Wan Ahmad yang dilantik Timbalan Pengerusi SPR sejak 17 Dis 2004, tidak bersetuju kredibiliti beliau sudah dipersoal sebelum penerbitan artikel itu.
Pengarah SPR Sabah Datuk Md Idrus Ismail, 56, dalam penyataan saksi beliau berkata pada masa yang material, Pegawai Pilihan Raya Sabah ialah Wan Ahmad Wan Yusof dan bukannya Wan Ahmad Wan Omar.
"Setahu saya, plaintif tidak pernah berkhidmat di SPR Sabah sepanjang perkhidmatan plaintif," katanya sambil menambah beliau turut mengenali Wan Ahmad Wan Yusof.
Perbicaraan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong bersambung esok. - Bernama
Friday, November 22, 2013
Siapa Dalang ‘Projek IC’ di Sabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak tau la ini kes menafikan penglibatan atau memang tidak tahu kes ic palsu tetapi yg pasti ada Unit Khas Sabah yg berada dbawah JPN. Tujuan unit ini utk mngeluarkn ic kpd warga Filipina dan tak mustahil kpd warga Indonesia sebab kedua2 rakyat dr negara trsebut sememang nya ramai di Sabah sejak turun temurun lagi dan berlarutan hingga sekarang. Tak heran la jika di Indonesia beribu2 etnik yg kedapatan,begitu juga di Sabah. Mngikut Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Tangau ( UPKO ) keadaan pengeluaran ic palsu terlalu PARAH di Sabah dan mnggesa kerajaan mmanggil semula beratus ribu pemegang ic palsu warga Filipina yg mmasuki Sabah sejak 1980an lg.
ReplyDeleteSelepas satu demi satu isu yang dimainkan, hanyut begitu sahaja dan pendedahan menunjukkan penglibatan serius Anwar dalam rekaan isu-isu tersebut, Anwar cuba pula untuk menaikkan kemarahan rakyat Sabah menerusi isu kad pengenalan kepada pendatang asing. Mangsanya adalah Tun Dr. Mahathir!
ReplyDeleteWalaupun Anwar Ibrahim cukup sedar, otaknya tidak setara dengan otak Tun Dr. Mahathir, Anwar menyangkakan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia itu sudah nyanyuk dan pelupa. Kesempatan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk memutarbelitkan beberapa fakta termasuklah penggunaan beberapa orang saksi yang diketahui pernah menjadi tahanan KEMTA kerana terbabit dengan skandal kad pengenalan biru yang mengancam keselamatan negara.
ReplyDeleteKeterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut, kini dipersoalkan, memandangkan kesemua mereka adalah individu yang terbabit dalam jenayah berkenaan. Dengan kata lain, mereka merupakan individu-individu yang mudah didorong oleh wang ringgit walaupun terpaksa mengkhianati negara.
ReplyDeleteDan sekarang, mereka menjadi saksi bagi pihak Anwar Ibrahim dan DAP yang mempersoalkan tentang pemberian kad pengenalan biru serta kewarganegaraan kepada kelompok warga asing beragama Islam di Sabah.
ReplyDeleteKetika Tun Dr. Mahathir membuka mulut dengan menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan bagi memudahkan siasatan RCI berhubung kes tersebut, tiba-tiba sahaja YB Jamban, Azmin Ali bersuara dan kelihatan cuba untuk membela Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteAzmin Ali cuba membersihkan tangan kotor Anwar Ibrahim dengan meletakkan seluruh kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981-2005. Benarkah dakwaan Azmin Ali bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes pemberian kad pengenalan tersebut? Sudah tentulah tidak!
ReplyDeleteBahkan Azmin Ali sangat tahu, Anwar Ibrahim adalah orang yang lebih banyak tahu tentang pendatang asing yang diberikan kad pengenalan biru dan taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebabnya, siasatan RCI kini sedang menghala ke arahnya dan Anwar Ibrahim mulai resah dan gelisah.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada anggota kabinet pada tahun-tahun di mana kontroversi pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan tersebut dipertikaikan. Pada tahun 1991, sebuah unit khas telah ditubuhkan di bawah Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memantau kebanjiran pendatang haram di Sabah. Faktor tersebut bukanlah merupakan satu kebetulan apabila Anwar Ibrahim MENANG BESAR dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan undi terbesar kemenangannya datang dari Sabah.
ReplyDeleteRamai yang masih ingat, bagaimana Anwar Ibrahim dengan tersenyum simpul dan penuh angkuh menyatakan, dia tidak dapat menolak pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk menandingi jawatan yang sedang disandang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba pada waktu itu walaupun pada mulanya, kononnya dia tidak berminat untuk bertanding.
ReplyDeletePencalonan terbanyak Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO juga datangnya dari Sabah walaupun sebelum penubuhan Unit Khas pada tahun 1991, Sabah merupakan kubu kuat Tun Ghafar Baba.
Ramai saksi yang masih hidup dan sudi menceritakan bagaimana Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memantau isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Malah Anwar SECARA SUKARELA telah menawarkan dirinya untuk menjadi 'PEMANTAU' kebanjiran pendatang haram di Sabah.
ReplyDeletePendatang asing di Sabah merupakan pemain sosio-ekonomi yang sangat penting. Justeru perhatian khusus diberikan untuk masalah berkenaan. Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Dr. Mahathir) konon-kononnya untuk memikul tanggungjawab menangani masalah pendatang.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim tidak sahaja dipercayai untuk menangani politik Sabah, tetapi juga WANG dan PERUNTUKAN yang sangat besar, termasuklah juga WANG PARTI. Justeru tidaklah menghairankan bagaimana Anwar sekarang umpama berada di atas bara api. Dia kelihatan tercungap-cungap dengan siasatan yang sedang dijalankan, sehinggakan tidak mampu menunggu lebih lama untuk membuka mulut bagi melindungi dirinya. Dan bukan dengan mulutnya sahaja, dia turut menggunakan Azmin Ali bagi tujuan tersebut.
ReplyDeletePada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!
ReplyDeleteKemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteIdea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.
ReplyDeleteDalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal. Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.
ReplyDeleteAnwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".
ReplyDeleteAnwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.
ReplyDeleteJika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!
ReplyDeleteDalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar lulusan Sastera Sains Sosial!
ReplyDeleteBenar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.
ReplyDeleteApakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.
ReplyDeleteJika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, "masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar.
ReplyDeleteMaka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu.
ReplyDeleteMacam tipu jer macam tipu jer
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera
ReplyDeleteProject IC la!
ReplyDeleteEverybody has done their best in this. Mahathir should be blamed
ReplyDeleteCruelty
ReplyDeleteThe State Government has identified investors with expertise in bio-technology to invest and set up biomass processing plants here in Sabah.
ReplyDeleteDeputy Chief Minister cum Industrial Development Minister, Datuk Raymond Tan said the government at the moment is working with several factory and plantation owners to create awareness among them on the potential in biomass-based downstream industry.
ReplyDeleteHe noted that Sabah was already working with several plantation and mill operators, particularly in increasing awareness on the potentials in the biomass downstream sector.
ReplyDeleteRelated technologies are also evolving rapidly and are expected to mature after 2015. Among the downstream products that could be developed are biofuels, bio-based chemicals, bio ethanol like petrol, diesel and jet fuel, and bio-based chemicals that could produce bioplastic, nutraceiticals and other products.
ReplyDeleteTan said based on its current momentum Sabah was expected to achieve or even exceed the targeted RM3.883 billion foreign investment this year.
ReplyDeletecuba tanya itu dr in the toilet aka melayu palsu [itu pun klu 'melayu x mudah lupa' la]...
ReplyDeleteSemua penyokong kuat umno dlm ni forum adalah pti yg dpt ic haram. Inda heran la...tengok saja org sabah konon yg jadi sekuriti bunuh org rupanya pti. Ini bukti laa... Mangkali banyak org pelipin dlm ni forum..mangkali laa..
ReplyDeletePKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0
ReplyDeleteSetelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.
ReplyDeleteBelum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu
ReplyDeleteIngat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?
ReplyDeleteInilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.
ReplyDeleteOrang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.
ReplyDeleteInikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?
ReplyDeletePembangkang cuba membawa isu rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis
ReplyDeletePembangkang menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.
ReplyDeletepembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar
ReplyDeleteNi salah nama je kot.. orang ingat Wan Ahmad Wan Yusof.kalau yang pertama salah, orang2 yang dengar lepas tu pun bagilah tanggapan yang sama dengan orang yang pertama bagi kenyataan tu.
ReplyDeleteTau la akhbar Harakah tu siapa punya.bukan pembangkang??saja nak jatuhkan orang kerajaan.betul tak??
ReplyDeleteIngatlah hukum yang membuat fitnah tu.bukan daapat pahala pun..
ReplyDeleteJanganlah buat kesimpulan awal kalau belum tau hal yang sebenar2nya..nanti rakyat pun akan terpesong.susahlah nanti
ReplyDeleteSaman..jangan tak saman dengan orang yang sembarang cakap macam orang yang tulis artikel tu.
ReplyDeleteLagi tinggi jawatan,lagi tinggi risiko..
ReplyDeleteProjek IC memang ramai yang benci dan tidak puas hati.itulah sebabnya siapa2 yang terlibat memang dicemuh
ReplyDeleteDisebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga..
ReplyDeleteMastermind dia sorang je tapi rakan subahat memang ramai..
ReplyDeleteSatu negara dah rosak sebab dalang projek IC ni..
ReplyDeleteSepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman.
ReplyDeleteRamai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah
ReplyDeletetidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah
ReplyDeleteWalaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan
ReplyDeleteWalaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan
ReplyDeleteyang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun
ReplyDeleteMengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar
ReplyDeleteSabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya
ReplyDeleteDaerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor
ReplyDeleteMusa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.
ReplyDeletekeluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini
ReplyDeleterezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
ReplyDeletekerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini
ReplyDeletedisebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah
ReplyDeletereputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini
ReplyDelete