Tuesday, November 5, 2013

DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.

Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.

Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,069 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,985 undi. -Mstar

6 comments:
Write comments
  1. Apa yg mampu Azam ni buat? Makan gaji & pension sahjala..mengutuk ngutuk kerajaan, tp bulan bulan amik duit dri kerajaan!! MAKAN & PENSION DUIT DUIT HARAM LAHH

    ReplyDelete
  2. Berbanding Calon UMNO yg kalah krn rakyt tahu mmbezakn yg mana mndatgkn kebaikn d Dunia dn akhirat hnyalah Parti Islam semalaysia. Rakyat seluruhnya perlu buat perubahan untk hapuskn kerajaan pmpinan UMNO yg rasuah, pemitnah, zalim, pgkhianat hnya menipu rakyat, Salah guna kuasa dn harga barg Naik terus menindas rakyat yg termiskin!!!!!

    ReplyDelete
  3. Yg sokong Calon UMNO/BN adalah mnusia pgkhianat dn zalim!!!!!

    ReplyDelete
  4. Anonymous said...
    November 5, 2013 at 10:20 AM:

    klu begitu, setiap hr pun sy "HARAM" menggunakan jalanraya govt/BN la? ini mesti gara2 1Malaysia2Allah kan? @ pun UMNgOk cipta lagi allah ke-3, kan kan kan???

    ReplyDelete
  5. JANGAN CEPAT MELATAH SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM SAYA RASA DIA TAHU APA YANG BAIK DAN TIDAK BAIK.JGN TERUS MENUDUH YANG NEGETIF ORANG PUN TAHU KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS BUKAN JUTAWAN SEGERA LAIN LAH MCM PARTI PEMERINTAH SEGALA GALA ADA.INGAT DUNIA AKHIR ZAMAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.