Tuesday, November 19, 2013

Sertai PAS Semula: Hassan Ali Menderita "Sakit Jiwa"?

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

“Seterusnya ialah tentang PR itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR.

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad ketika diminta mengulas kesediaan Hasan itu, beliau berkata, tiada masalah untuk Pas menerimanya semula sekiranya beliau benar-benar memahami perjuangan parti itu yang meletakkan Islam yang teratas.

“Jika dia (Hasan) kata akan pertimbangkan kembali kepada Pas jika kita perjuangkan Islam, Melayu, institusi diraja dan Perlembagaan bagi saya itu alasan yang tiada kekuatan.

“Apa yang penting, jangan letakkan Melayu, raja, dan agama setaraf kerana Islam lebih penting dari segalanya-galanya kerana kedudukan Melayu dan raja itu perlu dibela dari sudut dan kehendak Islam.

“Kalau Hasan boleh memahami ini dan meletakkan keadilan Islam sebagai yang terpenting maka kita tiada masalah tetapi jika ia diperjuangkan dalam konteks yang tidak selari dengan tuntutan Islam, itu sebabnya dia menghadapi masalah dengan Pas,” katanya.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula berkata, pendirian Hasan itu sebenarnya membawa banyak mesej antaranya mahukan Pas kembali ke jalan yang benar jika keluar berpisah daripada DAP.

Dakwanya, Pas dilihat kurang memperjuangkan Islam contohnya seperti isu kalimah ALLAH, azan dan hukum hudud.

“Pada pendapat saya, selagi Pas ada dalam kelompok DAP, parti itu sukar untuk melaksanakan perjuangannya yang dikatakan berlandaskan Islam itu,” katanya. -SH

4 comments:
Write comments
  1. Ini lah pertama kali aku lihat seorang PhD yg 'mental disorder'..

    ReplyDelete
  2. Nyanyi ramai-ramai ! "HASAN BUDAK JAGA LEMBU (Sharizat punya), HARI-HARI DOK MERAPU, MEMANG MUKA TAK TAU MALU, NAK RUJUK PAS SIAPA YANG MAHU"

    ReplyDelete
  3. Beritahu hassan anak Ali, tak payah nak ajar dan nak tunjuk pandai, Pemimpin PAS yg ada sekarang ramia datang dengan kecerdikan dan kepandaian yang Allah anugerah, mereka pandai menilai mana buruk dan baik. dan mereka Istiqomah..dgn perjuangan mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan WADAH YG MEREKA PERJUANGKAN. yAKIN DAN PERCAYA LAH IKHLAS KERANA ALLAH, BUKAN KERANA PANGKAT DAN WANG RINGGIT. Kalau lah dia Sabar hari ini tentu dah jadi Menteri Besar...tetapi Kebenaran tetap menolak kebathilan...tak gitu

    ReplyDelete
  4. Sejak bila pula Hasan Jati ni prihatin dgn dasar perjuangan PAS? Biarkan saja PAS jadi lemah dgn adanya 'parasit dan anai-anai', itu lagi bagus. Kami penyokong PAS akan berpindah sokongan kpd Jati bila PAS runtuh dgn kewujudan 2 jenis agen tersebut. Persiapkan dan perkemaskan Jati sebaik2nya untuk menerima kami nanti, kemudian parti PAS hanya tinggal sejarah. Buatlah slogan spt 'Jati Ganti PAS' atau 'Jati Memperkasa Hanya Untuk Melayu', "Tiada Jati Tiadalah Beras' atau lain-lain seumpamanya. Minta Najib dapatkan kedudukan terbaik dlm mana-mana GLC untuk Hasan Jati ni! Najib tak kesian ke, kiri melepas dan kanan juga melepas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.