Cadangan perwakilan PKR dalam Kongres Khas parti itu semalam yang mahukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden disambut baik Mohamed Azmin Ali.
Menurut Timbalan Presiden PKR itu, sudah tiba masanya untuk Anwar dilantik menerajui parti berkenaan dan beliau mencadangkan agar pens parti dilakukan.
"Itu satu pengiktirafan perwakilan dalam kongres semalam. Ia bukan sulit. PKR menerima dan mengakui kepimpinan Anwar diperlukan," kata Mohamed Azmin ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam hari ini.
Mohamed Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak menegaskan, sebagai parti yang berteraskan reformasi, berada pada satu tahap yang sama untuk jangka masa panjang bukanlah amalan yang baik dalam mentadbir parti.
"Kita tak boleh berada di takuk sama terlalu lama. Ini parti berteraskan reformasi harus ambil kira pandangan akar umbi. Saya saranan ada penstrukturan semula dalam parti.
"Ia permulaan baik dalam perbincangan dan kita akan teruskan. Meletakkan Anwar di tempat yang selayaknya," kata Azmin.
Jelas beliau, ketika PKR dibentuk pada 1999, Anwar tidak dapat menerajui parti berkenaan disebabkan beliau berada di dalam penjara.
Malah, setelah dibebaskan juga, terdapat halangan perundangan untuk Anwar dilantik memegang jawatan berkenaan.
Presiden PKR merupakan isteri kepada Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
"Hari ini halangan dah tiada. Kami merasakan ini waktu terbaik beliau menerajui PKR," kata Azmin.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut berkata beliau telah membangkitkan perkara berkenaan dalam perbincangan peribadi dengan Anwar beberapa bulan lalu.
"Anwar kata masih terlalu awal untuk dimuktamadkan. Kita perlu terus berbincang.
"Ini bukan soal individu, ini soal institusi yang demokratik," katanya lagi.
Semalam Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.
Beliau yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas 2013 berkata cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.
Bagaimanapun, Anwar yang ditemui selepas kongres tersebut mengatakan masih terlalu awal untuk bercakap soal itu. –TMI
Monday, November 25, 2013
Azmin sokong Anwar terajui PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.