Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas terkena beberapa tikaman dari rusuk kiri sehingga ke kaki.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang baru selesai mengutip bakul kuih dan makanan di warung-warung di sekitar kampung tersebut telah pergi ke rumah kenalannya, Mohd. Zaihan Mohd. Zaid, 25, di Kampung Nara untuk berbual-bual seperti biasa.
Antara yang dijual mangsa ialah karipap, lompat tikam, laksa dan bihun goreng.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/
Monday, November 25, 2013
Hilang nyawa angkara cinta janda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan angkara janda tu tapi angkara BODOH.
ReplyDelete