Kita sudah terbiasa mendengar kisah gila dan aneh yang pasti melibatkan penyanyi antarabangsa, Lady Gaga, jadi apabila mendengar berita terbaru ini, tidak begitu terkejut. Tidak terkejut, namun saya akui memang rasa jijik.
Baru-baru ini semasa berada di set rancangan TV Andy Cohen, ‘Watch What Happens”, air kencing Lady Gaga telah diambil dengan tujuan akan dijadikan minyak wangi!
Untuk memendekkan cerita panjang, Lady Gaga telah membuang air kecil di dalam tong sampah bilik persalinan rancangan TV Andy Cohen. Dengan gaya diva, beliau beri alasan bahawa beliau tidak jumpa tandas jadi terpaksa buang air di situ.
Andy dan pembantu produksi terus menyimpan sampel air kencing tersebut dalam sebuah botol. Kebetulan pembantu tersebut menemui cara membuat minyak wangi dengan mencampurkan sampel tersebut dan alcohol.
Lady Gaga telah tweet kejadian tersebut dan siap memberi amaran agar peminat beliau berhati-hati sekiranya dihampiri Andy Cohen dan ‘minyak wangi’ tersebut.
-.mylaunchpad.com.my
Wednesday, November 27, 2013
Air kencing Lady Gaga dijadikan minyak wangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.